Mungkin mak-mak ada yang pertama kali dengar nama Kuih Kalakatar. Istimewanya kuih ini adalah kuih tradisi warisan Banjar. Cukup sedap dibakar cara tradiosional menggunakan sabut kelapa.

Nak tahu bagaimana rasanya, boleh cuba kuih tradisi warisan Banjar seperti yang dikongsikan oleh Amira Sayuti ini.

“Percubaan pertama buat kuih ni, Kuih Kalakatar.”

Terpengaruh sebab tengok Majalah 3, terus nak buat. Teringin nak rasa, sebab kat belah utara ni tak pernah ada kuih ni. Saya usaha untuk masih mengekalkan cara tradisional untk buat kuih ni, bakar guna sabut nyok.

Kuih warisan Banjar, kini dinikmati semua kaum di Malaysia.

*Saya sertakan resipi kat sini, saya pun cari dalam FB juga. Mungkin ada kawan-kawan yang ada resipi warisan turun temurun, boleh share resipinya.

IKLAN

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
4 cawan air kelapa muda
*1 cawan santan pekat
Isi kelapa muda secukupnya
Sebiji telur
Garam secukup rasa.

IKLAN

Cara Membuatnya pun mudah saja:

1.Gaulkan tepung gandum+tepung beras dengan gula, garam dan telur. 2.Lepastu masukkan air kelapa+santan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati. 3.Bila dah sebati boleh tapiskan, barulah masukan isi kelapa muda.
4.Masak atas api sekejap sampai adunan ni pekat sikit, pastu boleh masukkan dalam loyang.
5.Bolehla bakar guna kaedah masing-masing. Bila permukaan kuih dah jadi golden gitu, dah boleh angkat.

IKLAN

Siap untuk dinikmati.

Baca Lagi Di Sini:
RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda
Kuih ‘Beko Nyor’ Yang Original Atau Perisa Pandan, Guna Kelapa Parut Muda Lebih Sedap!

MW:Nampak menarik resipi Kuih Kalakatar ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan nak buat pun mudah je.

Sumber: Amira Sayuti

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI