Ads

Abang Minyak Hitam Jalanan Terharu Dapat Rezeki Pakej Umrah, “Ini Tiket Untuk Mak…”

Abang Minyak Hitam Jalanan
Abang Minyak Hitam Jalanan

Emosi bercampur-baur, Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan, menerima rezeki tidak dijangka hari ini apabila dihadiahkan pakej umrah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan.

Abang Minyak Hitam Jalanan Terharu Dapat Rezeki Pakej Umrah

Abang Minyak Hitam Jalanan Terharu Dapat Rezeki Pakej Umrah, “Ini Tiket Untuk Mak…”

Penghargaan tersebut diberikan atas sifat keprihatinan yang ditunjukkan Mohd Yusof, serta merealisasikan impiannya yang sebelum ini belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Menerusi temu bual bersama Berita Al Hijrah dia berkata, “Alhamdulillah rezeki daripada Allah. Terima kasih kepada Menteri kerana bagi saya pergi umrah. Saya memang sebelum ni dah niat dalam hati, dari tahun lepas saya nak bagi mak pergi umrah.

Ads

“Tiket dah ada, ini tiket untuk mak, inshaa Allah usaha yang terbaik untuk mak dan family kita sendiri.”

“Saya buat content-content minyak hitam jalanan ini selama tujuh hitam, saya tak minta balasan mana-mana pihak.

“Ini semua rezeki daripada Allah. Dia sudah aturkan.

Terima Kasih Kepada Isteri

Abang Minyak Hitam Jalanan Terharu Dapat Rezeki Pakej Umrah, “Ini Tiket Untuk Mak…”

Ads

“Terima kasih rakyat Malaysia, ramai lagi yang baik. Bukan saya sahaja, yang infak dan sedekah. Dia Nampak benda kecil tapi dia besar di mata semua.

“Terima kasih yang doakan saya minyak hitam jalanan dan terima kasih juga kepada isteri saya selama ini bagi kata-kata semangat. Tanpa dia saya tak berada di sini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Mendengar kata-kata yang keluar daripada Abang Minyak Hitam Jalanan pun sudah membuatkan kita terharu. Jelas orangnya jenis meratukan ibu dan isterinya, cukup bagus untuk dijadikan inspirasi dalam hubungan kekeluargaan.

Semoga cerita Abang Minyak Hitam Jalanan akan dijadikan contoh dan tauladan buat pembaca Mingguan Wanita untuk terus berbuat kebaikan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Aliff Syukri

Qadejah Dedah Karakter Aliff Syukri, Rumah 28,000 Kaki Persegi Pun Kena...

Qadejah dedah karakter Aliff Syukri yang tegas dan pantas sehingga mempengaruhi keluarga. Rumah 28,000 kaki persegi pun kena berlari.