Kotex letak di sinki & seluar dalam biar bersepah, tuan rumah kongsi perangai penyewa cantik tapi pengotor. Kadang tuan rumah yang ada homestay boleh sakit kepala dengan perangai penyewa.
Niat nak cari rezeki dengan menyewakan rumah tetapi adakala ia boleh mendatangkan kecewa kerana kurangnya sikap bertanggungjawab.
Dalam satu hantaran di fb Naomel Harun yang menjalankan perniagaan homestay, kereta sewa dan lain lagi berkongsi sikap penyewa yang mana menurutnya cantik dengan bau minyak wangi semerbak dari jauh tapi sayang agak pengotor.
Berikut adalah perkongsiannya :-
Bila ada guest’s tinggalkan rumah macam ni dan adakalanya lebih teruk dari ini sebenarnya kami ok jerrrr.
Kadang-kadang tu, kotex letak di sinki, pampers anak di celah pintu, sampah dibiarkan sepah-sepah, pinggan mangkuk penuh sinki. Itu belum lagi sisa makanan dibiar bersepah, spenda ‘pakai buang’ tak dibuang.
Jelasnya, walau diuji dengan perangai penyewa begini, itu perkara biasa bagi tuan rumah sepertinya.
“Kerana, kami boleh cuci, bersih dan kemas semula. Kami tak kisah pun guest nak buat macam tu. Tetapi kalau boleh, tolonglah common sense dalam bab-bab kebersihan.
“Kotex, sebelum letak kat sink tolonglah basuh darah tu bagi bersih. Kami owner bukan minta suruh kemas seperti awal check-in tetapi cukuplah sekadar dapat menjaga kebersihan rumah.
“Bila tetamu dah check-out baru kita tahu, rupanya muka yang cantik, yang bertudung labuh, berkereta mewah dengan minyak wangi 10km boleh bau itu adakalanya gagal dalam bab-bab kebersihan. Okey gaiss, sekian terima kasih, ” ujarnya.
Tak puas hati dipecat, pekerja bakar majikan di tempat kerja. Seorang lelaki ditahan polis selepas membakar majikannya di tempat kerja. Ini kerana dia tidak berpuas hati dengan tindakan pengusaha itu memecatnya.
Ketua Polis Bahagian Medan Tembung, Kompol Jhonson Sitompul yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden itu berlaku pada Isnin dan mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Dia (pelaku) sakit hati selepas dipecat bosnya, kemudian dia mengambil bahan api terus dicurahkan kepada mangsa lalu dibakarnya menggunakan mancis.
“Anak mangsa yang mendengar keriuhan di kawasan itu segera datang dan melihat ayahnya telah terduduk serta mengalami lecur di badan akibat dibakar,” katanya.
Sementara itu, pelaku sempat melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.
Tambah Kompol, polis berjaya menahan pelaku setelah beberapa saksi memberitahu pihaknya lokasi suspek.
“Polis mendapat maklumat bahawa pelaku berada di Jalan Sunggal, kawasan Sei Sikambing B, lantas kami melakukan penangkapan,” ujarnya.
TIP MENJADI MAJIKAN YANG BAIK DAN DISENANGI PEKERJA:
Menjadi majikan yang disenangi oleh pekerja bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ia adalah aspek yang sangat penting dalam memastikan persekitaran kerja yang positif dan produktif. Pekerja yang berasa dihargai dan dihormati cenderung untuk lebih setia, produktif, dan bersemangat dalam melaksanakan tugas mereka.
Berikut adalah beberapa tip untuk menjadi majikan yang disenangi pekerja.
1. Komunikasi Terbuka dan Jelas
Komunikasi adalah kunci utama dalam membina hubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Sentiasa berkomunikasi secara terbuka dan jelas mengenai harapan, tugas, dan objektif syarikat. Dengar dan beri perhatian kepada pandangan dan idea pekerja. Dengan cara ini, pekerja akan berasa dihargai dan didengari.
2. Berikan Penghargaan dan Pengiktirafan
Penghargaan terhadap usaha dan pencapaian pekerja adalah sangat penting. Berikan pujian secara lisan, anugerah, atau bonus sebagai tanda pengiktirafan terhadap kerja keras mereka. Ini akan meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja.
3. Sediakan Peluang Pembangunan Diri
Majikan yang baik sentiasa menyediakan peluang untuk pekerja mengembangkan kemahiran dan kerjaya mereka. Ini boleh dilakukan melalui latihan, kursus, atau peluang naik pangkat. Pekerja yang melihat bahawa majikan mereka mengambil berat tentang perkembangan profesional mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja.
4. Amalkan Keseimbangan Kerja dan Kehidupan
Pastikan pekerja mempunyai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi mereka. Elakkan daripada menetapkan beban kerja yang terlalu berat dan memberi masa rehat yang mencukupi. Fleksibiliti dalam waktu kerja juga boleh membantu meningkatkan keseimbangan ini.
5. Sediakan Persekitaran Kerja yang Selesa
Persekitaran kerja yang selesa dan selamat adalah faktor penting dalam memastikan pekerja gembira dan produktif. Pastikan tempat kerja bersih, kemas, dan dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan. Selain itu, pastikan pekerja mempunyai peralatan yang sesuai untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.
6. Beri Sokongan Emosi dan Moral
Majikan yang baik bukan sahaja memberi sokongan profesional tetapi juga emosi dan moral. Sentiasa peka terhadap perasaan dan keadaan pekerja, dan berikan sokongan apabila mereka menghadapi masalah peribadi atau profesional. Ini akan menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang kesejahteraan mereka secara menyeluruh.
7. Jadilah Teladan yang Baik
Sebagai majikan, anda adalah contoh kepada pekerja anda. Tunjukkan etika kerja yang baik, dedikasi, dan sikap positif dalam setiap tindakan anda. Ini akan menginspirasikan pekerja untuk mencontohi anda dan meningkatkan moral serta budaya kerja yang positif dalam organisasi.
Menjadi majikan yang disenangi pekerja memerlukan usaha dan komitmen untuk memahami dan memenuhi keperluan serta harapan mereka. Dengan mengamalkan komunikasi yang baik, memberikan penghargaan, menyediakan peluang pembangunan, memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan, menyediakan persekitaran kerja yang selesa, memberikan sokongan emosi, dan menjadi teladan yang baik, anda boleh membina hubungan yang kukuh dan positif dengan pekerja anda.
Ini bukan sahaja akan meningkatkan kepuasan pekerja tetapi juga produktiviti dan kejayaan syarikat secara keseluruhan.
Syatilla Melvin tak tahu dijangkiti virus apa, tekanan muntah & cirit birit buat mata jadi merah. Pelakon terkenal, Syatilla Melvin berkongsi keadaan matanya yang agak merah menyala dan memaklumkan ianya berlaku akibat presscure muntah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla menunjukkan keadaan matanya yang merah dikatakan akibat tekanan daripada muntah yang dikeluarkan.
Masa yang sama dirinya berkongsi, badannya jadi lembik akibat muntah dan cirit birit hingga tak mampu membalas sebarang whatsapp.
“Tilla sakit mata plus muntah-muntah. Cerry berry dah seminggu. Akibat pressure muntah, mata jadi macam ni (mata merah). Sapa pernah? Kongsinya.
Masa yang sama dirinya meminta maaf kepada siapa yang mencarinya di mana dirinya tak mampu menjawab sebarang whatsapp.
“Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak bukak reply wasap apa pun sebab Tilla lembik xdak energy. Anak-anak pun sama. Harini baru boleh senyum sikit.
Orang ketiga bukan punca perpisahan, bekas suami akui Irma Hasmie sudah dimaklumkan perkahwinan baru. Selepas timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung perceraian pelakon Irma Hasmie, bekas suaminya Redza Syah Azmeer akhirnya tampil memberi penjelasan.
Memetik laporan Harian Metro, Redza berkata dia dan Irma telah menjalani proses perbincangan yang mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.
“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.
“Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya selain memperbetulkan salah faham atau ‘miscommunication’ yang berlaku selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.
Katanya, pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dan mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.
“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Irma juga sudah diberitahu mengenai perkahwinan itu.
“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” katanya.
Menurut Redza, dia mohon agar semua pihak menghormati privasi dan sensitiviti setiap ahli keluarganya.
“Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
“Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah,” katanya.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu. Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Story yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris menerusi platform sama.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.