Bukannya calang-calang orang boleh berhadapan dengan ujian yang dilalui oleh gadis yang berasal dari Melaka yang juga pemilik nama Nur Sarah, 30 ini. Semasa di awal temubual anak bongsu dari lima beradik ini, cukup risau jika kisahnya akan mengguris hati keluarga yang hingga kini masih belum mengetahui tentang penghijrahannya. Namun dek kerana semangat jitunya yang boleh dijadikan contoh terbaik dalam mengorak langkah sebagai seorang muslim pastinya warna warni kehidupannya mampu memberi contoh terbaik kepada mereka yang senasib.
Memeluk Islam pada tarikh 28 Oktober 2014, rahsianya itu disimpan rapi daripada pengetahuan keluarga, namun ibunda tercinta baru-baru ini dapat menghidu pengislamannya apabila melihat perubahan yang berlaku pada Nur Sarah. Gadis yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, sangat bersyukur kerana ibunya menghormati dan menerima pendiriannya dalam memilih agama Islam.
“Selepas saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, maka perasaan saya bercampur baur kerana keluarga masih tidak mengetahui penghijrahan ini. Pada awalnya saya berasa sangat tertekan kerana hingga kini saya masih tinggal bersama keluarga. Hingga kini saya perlu berpura-pura di hadapan keluarga. Di mana apabila di depan mereka saya tidak bertudung dan apabila berada di luar saya akan mengenakan hijab. Saya akui terlalu banyak cabaran jika ingin saya nyatakan, namun saya tidak mudah mengalah.
“Apabila berada di rumah saya mempunyai masalah untuk lakukan solat kerana takut diketahui oleh ibu dan ayah. Semasa mula-mula memeluk Islam, setiap kali nak solat di rumah saya terpaksa berlakon seperti saya sedang mandi, disebabkan tandas bilik saya berhubung dengan bilik ibu bapa, kadang-kadang masa sedang solat ibu memangggil. Jadi saya terpaksalah batalkan solat. Kadangkala saya perlu tunggu sehingga semua orang sudah terlena barulah saya akan mengerjakan solat.
“Saya pernah luahkan kisah saya kepada seorang ustaz dan dia menasihati untuk melakukan solat tahjud. Setiap malam saya akan bangun untuk solat tahjud, keajaiban berlaku hari demi hari, di maan Allah mendengar rintihan saya. Segala urusan saya di rumah dipermudahkan sekarang, alhamdulillah ibu yang baru tahu mengenai hijrah saya ini menerima dengan baik, cuma ayah dan ahli keluarga yang lain masih belum mengetahui hal ini,” jelas Nur Sarah.
Ads
Islam Dekat Di Hati
Agama Islam bukanlah satu perkara baru bagi nak kacukan Cina dan India ini, di mana semasa zaman persekolahannya terutama ketika sekolah menengah dia gemar memakai baju kurung uniform.
“Saya selalu lepak dengan kawan-kawan, teman mereka ke surau di sekolah bola tiba waktu solat. Malah sewaktu SPM juga saya mengambil subjek Tasawur Islam. Memandangkan di sekolah tidak ada subjek tersebut saya ke rumah ustazah bagi kelas tambahan. Malah ayah sendiri yang menghantar saya ke rumah ustazah. Perasaan mendalam pada Islam Islam tidak sahaja berhenti di situ, sewaktu sy meneruskan pendidikan di peringkat Diploma dan Ijazah, saya juga mengambil Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Tidak dinafikan, saya lebih selesa bergaul dgn kawan-kawan Melayu dan kebanyakkan kawan-kawan baik saya merupakan orang Islam.
“Setelah dua tahun berkeja, tiba-tiba perasaan sy untuk mendalami agama Islam kembali. Pada waktu itu perasaan saya sangat kuat dan saya menghubungi rakan baik saya. Dia menasihati saya untuk ke kelas-kelas agama dan saya juga ke Perkim Seksyen 17, Petaling Jaya. Apabila ke sana ustaz menyangka saya mahu belajar mengaji kerana wajah saya persisi orang Melayu, kemudian saya terangkan hajat sebenar saya dan ustaz berkata “Allah jemput awak datang ke rumah Dia dengan rahmat”. Saya berasa sebak dari saat itu saya mula belajar mengaji dan agama Islam dan tiga bulan kemudian saya memeluk Islam,” luah Nur Sarah yang gemar melihat cara orang Islam lakukan solat dan menghafal doa-doa sebelum memeluk Islam.
Ads
Tidak pernah terfikir untuk melafazkan syahadah, Nur Sarah berasa cukup tenang selepas bergelar muslim.
“Selepas memeluk Islam sy mendalami ilmu agama dengan mengikuti kelas di Masjid Shah Alam yang dianjurkan oleh ABIM untuk pelajar-pelajar Mualaf. Di sini ustaz mengajar agama Islam secara asas termasuklah Fiqah dan Tauhid. Saya juga sangat beruntung kerana mendapat sokongan moral dari kawa-kawan rapat yang banyak memberi penerangan setiap apa yang menjadi kekeliruan dalam diri saya.
“Saya juga akan menghafal surah menerusi bacaan yang dibaca ole rakan-rakan. Setiap kali di dalam kereta saya akan memasang surah hinggalah saya mampu menghafal. Selain itu saya juga ke kelas anjuran MAIS setiap hari di Madrasah Hidayah di Seksyen 9, sinilah saya belajar mengaji dan syukur saya makin hmpir untuk habiskan Iqra 6, dan tidak lama lagi boleh mula membaca al-Quranal-Quran.
Percaya Ketentuan Allah
Nur Sarah juga mengakui dalam kesusahan yang perlu ditempuhinya ini, insyaAllah akan disusuli dengan hikmah dan rahmat dari Allah terutamanya buat umatnya yang bersabar.
Ads
“Alhamdulilah, kini saya berasa sangat bersyukur dengan segala ujian yang saya lalui ini. Saya selalu berpegang kepada ayat al-Quran dalam Surah Insyirah, di mana setiap kesusahan, akan datang kesenangan. Saya juga percaya hikmahnya di mana hanya Allah sahaja yangmaha mengatahui. Jika Allah simpan rahsia pengislaman saya selama ini saya percaya, jika Dia berkehendak bila-bila masa kebenaran akan terbongkar. Selepas merahsiakan empat tahun pengislaman akhirnya ibu ketaui hal ini.
“Ujian terbesar saya adalah untuk berhadapan dengan ayah, kerana ayah merupakan seorang yang sangat garang. Namun saya percaya hari tersebut akan sampai dan ayah akan ketahui hal sebenar. Apabila ayah mengetahui kelak saya berharap dia dapat menerima saya seadanya. Malah sejak beragama Islam saya dapati kehidupan saya semakin diberkati. Saya berjaya menyambung pelajaran dengan tajaan dari Lembaga Zakat Selangor,” akui Nur Sarah yang sangat mengsyukuri rahmat dari Allah SWT.
Berbuka Puasa Dengan Keluarga Angkat
Bulan Ramadan cukup dinantikan oleh umat Islam termasuklah Nur Sarah. Bagi dirinya ketika bulan puasa amalan perlu diperbanyakkan. Malah dia juga pada kebiasaannya akan berbuka di masjid dan melakukan solat terawih.
“Saya akui sangat sedih apabila terpaksa buka bersendirian. Saya gemar berbuka di masjid dan kemudian lakukan solat terawih. Alhamdulilah sebenarnya saya tidak pernah berseorang, Allah temukan saya dengan ramai kawan-kawan dan saudara Islam. Malah ramai kakak dan keluarga angkat yang sudi menjemput saya berbuka puasa di rumah mereka. Saya berasa sangat terharu dengan pelawaan mereka dan hilang rasa duka kerana berpuasa bersendirian tanpa keluarga.
“Bila bersahur di rumah sudah tentu saya tidak akan bangun sahur kerana takut keluarga tahu. Jadi pada kebiasaannya saya akan makan kurma, minum susu dan roti di dalam bilik yang gelap. Supaya tidak ada yang perasan saya bangun untuk bersahur. Namun itu semua bukanlah satu halangan dalam saya meneruskan perjuangan saya sebagai seorang muslim,” akhiri Nur Sarah yang cukup beruntung kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang cukup baik dan sangat memahami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perempuan tak pernah salah, kak girl prank kawan pesan “perisa baru” starbucks bikin dekah. Ramai yang kata perempuan tak pernah salah hingga ia menjadi modal bagi orang lelaki setiap kali merujuk kepada gelagat wanita.
Terbukti, kenyataan ini sekali lagi betul bila mana walau pun salah selepas “salah” membuat order, gadis ini cuba “mengajar” dalam lembut barista Starbucks hingga pesanannya adalah betul dan barista itu “salah”.
Dikongsikan dari Tik Tok @meerajames7974 atau mesra disapa Kak Girl yang terkenal dengan gelagat lip syncnya hingga pernah menarik perhatian Shah Rukh Khan, dia telah membuat prank kepada kawannya dengan mengatakan Starbucks ada perisa baru.
Kawannya mungkin tidak menyedari dia dikenakan telah membuat pesanan mahukan perisa “SALMON MACCHIATO” ketika melalui pandu lalu Starbucks.
Sebaik dia menyebut perisa Salmon Macchiato itu (sepatutnya Caramel Macchiato), barista Starbucks bagaikan terpinga kerana bertanya kembali “apa dia..apa dia” sebelum menyebut kita hanya mempunyai Caramel Macchiato sahaja.
Gadis itu dengan yakinnya siap membetulkan memang “Salmon Macchiato Sayang” bukan Caramel Macchiato dan masa yang sama kawannya, Kak Girl sudah berdekah-dekah di sebelahnya sebelum hal ini dibetulkan oleh barista bahawa ianya adalah caramel bukan salmon. Adoi, kalau 10 kawan otak camnie mau keras perut setiap hari gelakkan.
Dan nasib baiklah, tiada yang di prank perisa lain seperti “siakap frappucinno”. Apa pun memang ramai yang gabra setiap kali membuat pesanan di Starbucks kerana tidak terbiasa dengan menu-menunya.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
Sarabeth dan Amelia yang berusia setahun dianggap melalui keajaiban kedua dalam hidup mereka.Ia memandangkan pakar perubatan tidak menyangka mereka akan selamat ketika dilahirkan.
Karakter & Personaliti Berbeza
Portal Mirror melaporkan, ketika dilahirkan, kembar perempuan itu mempunyai dua pasang tangan, dua pasang kaki, namun berkongsi hati.
Bapanya, Phil memberitahu sebuah blog dia tidak percaya kedua-dua anaknya itu tidak lagi bercantum dan tidur di katil yang berbeza.
“Sarabeth dan Amelia adalah dua budak berbeza, dengan karakter serta personaliti sendiri,” katanya.
24 Doktor Terlibat
Dalam pada itu, prosedur berkenaan membabitkan lebih 24 doktor daripada pelbagai bidang kepakaran dan jururawat.Mereka mengambil masa dua jam hanya untuk mempersiap kembar itu bagi menjalani pembedahan.
Selain itu, mereka menggunakan model tiga dimensi dan kod warna untuk membezakan bahagian tubuh Sarabeth serta Amelia.Untuk membolehkan kembar itu dibedah, pakar bedah plastik turut memasukkan alat khas bagi mengembangkan tisu.
Pakar kardiologi kemudian mengasingkan struktur di bahagian dada, sementara pakar paediatrik membahagikan hati dikongsi oleh pasangan kembar itu.
Pasukan sama turut menggunakan pewarna bagi memastikan bahagian hujung hati terbabit.
Sementara itu, ibu kembar berkenaan, Alyson berkata, dia tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua anaknya itu membesar.
“Saya tidak sabar melihat mereka merangkak dan berjalan,” katanya.
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
MW: Tahniah atas kejayaan pembedahan ini. Semoga pasangan kembar ini, membesar dengan sempurna dan kembali sihat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
“Kesiannya sampai mengigil-gigil tangan” begitulah antara komen netizen di Instagram pelakon popular Maya Karin. Pelakon jelita itu alami serangan panik sebelum naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-32 terharu dengan pertolongan Faizal Hussein yang juga rakan penyampainya ketika mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. .
Maya akui walaupun tidak sepatutnya dia memegang Faizal namun dia benar-benar perlukan pertolongan ketika itu.
“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan”
Seperti mana yang dilaporkan Maya begitu hargai pertolongan Faizal.
“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Dia juga bantu saya ketika saya melepaskan kasut. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’.
“Walaupun saya tidak sepatutnya memegangnya tapi saya betul-betul perlukan pertolongan ketika itu. Malah dia jaga saya sampai tugas kami selesai.
“Orang lain mungkin tak ambil peduli dan tak faham situasi yang saya alami, tapi dia sangat ambil berat. Sampaikan kasut saya pun dia tolong pegangkan,”
“Sebelum naik atas pentas saya sudah bercakap dengan Faizal boleh tak dia umumkan dua kategori utama itu berseorangan. Bagaimanapun, dia pujuk dan yakinkan saya boleh buat dan minta saya kekal bertenang. Jadi saya pun cakap pada diri sendiri dan cuba kuatkan hati.
“Namun, sebaik berada di atas pentas fikiran saya mula terganggu melihat penonton dan kamera sedangkan sewaktu majlis Anugerah Seri Angkasa sebelum ini semuanya okey.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku. Serangan panik ini datang tiba-tiba dan boleh dikatakan kerap juga berlaku sekarang ini apabila ada tekanan yang datang,” terang Maya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Sempat Jumpa Doktor Pakar
Maya juga akui dirinya menghidapi serangan panik hampir empat tahun lalu.
“Saya tak sempat ke hospital untuk bertemu doktor pakar. Selepas menjalani penggambaran filem Telaga Suriram, saya terus ke Amerika Syarikat dan melawat empat bandar dalam tempoh tiga minggu. Kemudian saya ke Bangkok, Thailand sebanyak dua kali atas urusan kerja dan sambung berkerja di sini.
“Mungkin minggu depan saya akan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan memandangkan rakan-rakan sudah mula risau selepas melihat keadaan saya di FFM32,” ungkap Maya.
“Rupa-Rupanya Baru Tahu Ada ‘Panic Attack'” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan serangan panik yang dilalui oleh Maya Karin
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.