BUAT penggemar kafien, hari anda pastinya tidak sempurna tanpa hirupan segar dari secawan kopi panas. Aromanya yang memukau seringkali dijadikan alternatif sebagai peneman setia kala berjaga waktu larut malam mahupun memandu di waktu malam. Tetapi sanggupkah anda meminum kopi yang dihasilkan dari ‘bahan kumuh’ haiwan. Jangan tak tahu, ada diantara kopi aneh ini dijual pada harga yang tidak masuk akal dan mendapat permintaan. Berikut adalah EMPAT jenis kopi pelik dan jelik yang wujud di dunia.

Kopi Pelik Hasil Buangan Haiwan Yang Wujud Di Dunia
1. Kopi Luwak, Indonesia
Kopi ini cukup popular dan dikenali kerana harganya yang mahal. Dihasilkan oleh najis daripada sejenis musang yang dipelihara, penghasilan kopi unik ini sedikit pun tidak menimbulkan rasa geli dikalangan pencintanya. Musang yang dipelihara ini akan diberikan makan yang terdiri daripada bijian kopi. Uniknya dalam lambakan bijian kopi yang diberi kepada musang ini,hanya bijian yang terbaik sahaja menjadi pilihan musang itu. Apabila sisa biji tersebut dikeluarkan menerusi najisnya, proses pengeringan dan penghasilan kopi luwak berkualiti tinggi kemudian dihasilkan. Terkini dilaporkan industri kopi luwak mendapat ancaman dengan produk palsu dan menjualnya pada harga mahal.

Kopi Pelik Hasil Buangan Haiwan Yang Wujud Di Dunia

IKLAN

2. Kopi Burung Jacu, Brazil
Kopi yang dihasilkan dari Burung Jacu ini cukup popular di negara Samba; Brazil. Sama seperti kopi luwak, kedua-duanya berstandard premium. Cara penghasilannya hampir sama dengan kopi Luwak. Burung Jacu yang dipelihara petani diberi kopi sebagai makanan. Uniknya, najis burung Jacu merupakan eleman utama kopi ini mempunyai tekstur rasa yang berbeza. Khabarnya lagi, ada yang mempunyai rasa manis dan pedas. Ada juga yang memaklumkan rasa kopi Jacu ini lebih kuat dan kompleks.

Kopi Pelik Hasil Buangan Haiwan Yang Wujud Di Dunia

IKLAN

3. Kopi najis Gajah, Thailand
Dihasilkan dalam skala yang besar, sama sifatnya seperti kopi Luwak dan kopi Jacu; kopi hasilan buangan gajah di Thailand didakwa mempunyai keistimewaan sendiri. Black Ivory Coffee Ltd adalah pengeluar ulung jenama Black Ivory Coffee yang beroperasi di utara Thailand, penggunaan bijian kopi jenis Arabica yang dijamah oleh gajah itu kemudian, diproses usai proses pencernaannya berlaku menerusi najis gajah. Proses pencernaan yang berlangsung membuatkan penghasilan protein dan enzim tambahan dalam perut gajah memberi tekstur rasa yang eksklusif.

Kopi Pelik Hasil Buangan Haiwan Yang Wujud Di Dunia

IKLAN

4. Kopi kera Formosan Macaques, Taiwan
Kera spesis ini terdapat di Taiwan. Tidak seperti tiga kopi terdahulu yang dihasilkan dari bahan kumuh, kopi ini terhasil dari ludah kera ini. Kera ini amat menyukai bijian kopi. Selesai makan bijian tersebut, lazimnya biji kopi ini akan diludah oleh monyet ini. Kemudian para petani akan mengutip dan membersihkan bijian kopi ini untuk memprosesnya menjadi kopi komersial. Rata-rata yang menggemari kopi ini memaklumkan, hasil kunyahan kera telah memberikan aroma vanila dan haruman yang nyaman saat menikmatinya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI