Kesan Virus HPV, Lakukan Sendiri Ujian Mudah & Selesa Di Rumah

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Woo Yin Ling berkata, wanita kini  boleh melakukan sendiri ujian saringan virus Human Papillomavirus atau HPV sendiri di rumah.

Kesan Virus HPV, Lakukan Sendiri Ujian Mudah & Selesa Di Rumah
Dr Woo Yin Ling

Mereka tidak perlu lagi berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan “mulut itik / speculum” yang kurang menyelesakan.

Ujian mengesan virus HPV ini penting bagi memastikan wanita tidak menghidap kanser serviks.

Kanser serviks juga salah satu penyakit kanser yang paling mudah dicegah dan dirawati, jika ia dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Pemeriksaan serviks yang tetap boleh menyelamatkan nyawa malahan membantu menghapuskan kanser serviks sama sekali.

Tidak Ada Lagi Rasa Sakit

ROSE atau Removing Obstacles to Cervical Screening adalah kaedah pengujian alternatif secara calitan menggunakan kit khas yang boleh dilakukan sendiri oleh wanita di rumah masing-masing.

IKLAN
Kesan Virus HPV, Lakukan Sendiri Ujian Mudah & Selesa Di Rumah
Guna putik kapas sahaja

Wanita akan diberi kit persendirian di mana mereka boleh melakukan saringan serviks sendiri secara peribadi tanpa rasa sakit dengan menggunakan kit ujian berbentuk putik kapas.

Bekas silinder khas disediakan dengan keputusannya boleh diproses dengan segera.

Kit itu tidak memerlukan peralatan klinikal khusus seperti pap smear, tetapi penguji boleh melakukan sendiri bagi mengambil sampel di vagina.

Sampel kemudian dibungkus dengan selamat sebelum dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya.

IKLAN

Kaedah penghantaran sama ada menghantar sendiri, menggunakan perkhidmatan e-hailing atau pekerja penghantaran. Keputusannya akan dihantar ke telefon bimbit wanita tersebut.

Wanita yang dijangkiti virus dan kemudiannya didapati mempunyai sel pra-kanser boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah kanser.

Saringan Serviks Percuma

Kaedah diadaptasi kit pemeriksaan serviks dari Australia mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia disyorkan buat  wanita yang tidak selesa dan takut melakukan pemeriksaan itu.

IKLAN

Kesan Virus HPV, Lakukan Sendiri Ujian Mudah & Selesa Di Rumah

Pada Julai 2019 lalu program Saringan Serviks Percuma Etiqa dengan kerjasama Rose Foundation untuk seluruh negara telah bermula.

Ia telah  dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Program yang berjumlah lebih RM 1.2 juta ini akan menyaring sejumlah 6000 wanita, dalam lingkungan umur 30 hingga 49 tahun, daripada komuniti B40 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam tempoh satu tahun.

Program yang dibiayai oleh Etiqa dan dilaksanakan dengan kerjasama ROSE Foundation, ini menawarkan penyelesaian inovatif dalam mengesan virus HPV pra-kanser di kalangan wanita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI