Kes Zara Qairina: Bapa nafi anak terlibat, sudah berhenti sejak awal tahun. Keluarga kepada seorang pelajar yang gambarnya tular di media sosial kerana dikaitkan dengan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menegaskan anaknya tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Kes Zara Qairina: Bapa Nafi Anak Terlibat, Sudah Berhenti Sejak Awal Tahun
Menurut kenyataan dipercayai dimuat naik oleh bapa pelajar berkenaan di Facebook, anaknya telah meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar sejak awal tahun ini.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut berkongsi salinan laporan polis dan sijil pemberhentian sekolah sebagai bukti bahawa anaknya meninggalkan sekolah berkenaan selepas menerima tawaran melanjutkan pengajian di sebuah kolej vokasional.
Bapa pelajar itu menjelaskan anaknya hanya menuntut di sekolah tersebut dari tahun 2022 hingga 2024, dan pada waktu insiden yang membabitkan Zara Qairina berlaku, anaknya sudah pun tidak bersekolah di situ.
Beliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lahad Datu pada Jumaat lalu bagi menolak dakwaan yang tular dalam bentuk video dan gambar, selain bimbang akan keselamatan keluarga.
Sarah Hildebrand bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Perkhabaran manis itu disampaikan sendiri oleh Sarah menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Sarah atau nama penuh Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkongsi foto bersama suami tersayang serta bayi mereka yang baru lahir di bilik bersalin, tidak lama selepas proses kelahiran berlangsung.
Kehadiran si kecil itu nyata mencuri perhatian ramai apabila ruang komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta peminat, yang mendoakan agar keluarga kecil ini terus dilimpahi rahmat.
Terdahulu, pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan bahawa dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.
Kemudian pada Februari lalu, dia memuat naik foto kit ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan dirinya sedang menantikan kelahiran zuriat sulung.
Untuk makluman, Sarah pernah bernikah dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019. Namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah meskipun tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian.
Sekadar mengimbas, pelakon popular drama Pujaan Hati Kanda itu pada tahun 2022 pernah mengumumkan pengunduran dirinya daripada industri hiburan.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai pasukan beruniform Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat, memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia” Raja Permaisuri Agong. Terbaru Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda bertitah isu buli di sekolah kini semakin membimbangkan apabila ia dilihat sudah menjadi satu budaya buruk yang berleluasa di Malaysia.
Baginda turut melahirkan kebimbangan, buli di sekolah berlaku lebih kerap daripada yang disangka, malah ia benar dan ia berleluasa.
“Antara topik dan isu yang sering menjadi perbualan santai bersama keluarga kami adalah seperti kesihatan ahli keluarga yang sudah berusia, keadaan cuaca, hinggalah kepada berita antarabangsa dan tempatan.
“Hal ini selalunya berakhir dengan kebimbangan yang sama terhadap isu-isu tempatan, yang sukar untuk diabaikan dan sentiasa menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
“Sejak hujung Julai, kita semua telah mengetahui berita gembira dan duka yang tersebar luas di media arus perdana dan media sosial. Namun, perbualan kami lebih tertumpu kepada isu buli di sekolah dan institusi pendidikan negara.
“Sudah bertahun-tahun, berita tentang insiden buli dan kesannya yang tragis amat meruntun hati kita semua.
“Pada tahun 2017, Zulfarhan Osman Zulkifli, seorang kadet tentera laut, meninggal dunia akibat kesan melecur di tubuhnya. Pada tahun yang sama, T. Nhaveen dari Georgetown, meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepalanya. Kedua-duanya adalah mangsa buli.
“Sekolah dan institusi pendidikan termasuk universiti sepatutnya menjadi tempat di mana anak-anak kita berasa selamat. Namun hakikatnya, tempat itu menjadi mimpi ngeri bagi pelajar yang menjadi mangsa buli rakan sebaya.
“Mengapa ada antara mangsa buli memilih untuk menyimpan penderitaan mereka sendiri? Dalam satu lagi perbualan dengan seorang kenalan, saya difahamkan bahawa antara sebab pelajar enggan mendedahkan identiti pembuli ialah kerana mahu melindungi rakan-rakan mereka: jika mereka melaporkan tentang pembuli, rakan-rakan mereka pula akan menjadi sasaran. Maka mereka memilih untuk berdiam diri.
“Ada di antara kalangan mangsa buli yang bernasib baik boleh memilih untuk berpindah sekolah, namun bagi yang tidak mempunyai pilihan itu, mereka terpaksa kekal dan menanggung apa jua penderitaan yang dialami.
“Selepas berbual tentang isu buli yang membimbangkan ini bersama keluarga dan rakan, saya meneliti pula pelbagai platform media sosial. Beberapa sanak saudara saya yang lebih muda mencadangkan agar saya menonton sebuah siri tempatan dan filem tentang kes buli di sekolah berasrama, yang diinspirasikan daripada kisah benar. Saya hanya menonton treler cerita tersebut, namun tidak berhasrat untuk menontonnya secara keseluruhan. Ia bukan karya hiburan yang ringan.
“Satu artikel yang mengulas siri tersebut menyatakan, “…Jika anda pernah bersekolah asrama, anda akan merasai pengalaman pahit dan manis kehidupan asrama…Namun bagi ramai rakyat Malaysia, perkataan ‘asrama’ akan mengingatkan mereka tentang perkara negatif, contohnya seperti buli.”
“Buli di sekolah telah menjadi satu budaya yang amat buruk di Malaysia. Perbualan bersama keluarga dan sahabat handai sudah cukup membuktikan bahawa ia sebenarnya berlaku lebih kerap daripada yang disangka. Ianya benar dan ia berleluasa.
“Adakah kita mengabaikan perkara ini hanya kerana ia tidak berlaku kepada anak kita sendiri? Haruskah seorang lagi remaja atau belia mati dengan derita sebelum kita berkata cukup? Berapa ramai lagi ibu bapa dan keluarga harus menanggung derita dan pilunya kehilangan insan tersayang? Jika kita benar-benar ingin dikenali sebagai sebuah masyarakat “penyayang”, maka sudah tiba masanya kita menjawab soalan-soalan ini.
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat ialah memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia,” titah Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Duda maut ditikam di hadapan rumah, baru dua minggu bertunang. Seorang lelaki yang maut ditikam di hadapan rumahnya di Taman Seri Pagi, Senawang semalam, baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati kira-kira dua minggu lalu.
Menurut adik mangsa, Muhammad Amirul Hakim Mohd. Niza, 27, dia sepatutnya menemani abang sulungnya, Muhammad Amirul Rasyid, 28, yang merupakan duda, untuk membeli barang hantaran pada hari kejadian, namun hasrat itu tidak sempat dilaksanakan.
“Abang menduda sejak tiga ke empat tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.
“Sepatutnya abang akan berkahwin dengan tunangnya yang berasal dari Sendayan tahun ini,” katanya.
Anak kedua daripada 12 beradik itu berkata, pada waktu kejadian sekitar jam 6.40 petang, dia sedang duduk bersama arwah di luar rumah dan ternampak sebuah kereta, dipercayai milik suspek, diletakkan bersebelahan.
“Saya sangka itu (suspek) kawan abang. Tiba-tiba suspek datang ke arah abang dengan sebelah tangan di belakang lalu menikam dada.
“Saya segera pegang suspek untuk selamatkan abang kerana dia masih memegang pisau sebelum menjerit memanggil abah. Lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap jiran yang mengikatnya dengan tali,” jelasnya.
Tambahnya lagi, arwah abangnya meninggal dunia di pangkuannya sendiri, malah sempat menyebut nama Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Masa kejadian, kami semua 12 beradik, emak dan ayah berada di rumah. Emak hampir pengsan kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan di otak,” ujarnya.
Muhammad Amirul mengakui kehilangan itu sangat dirasai kerana dia dan arwah mempunyai hubungan rapat serta sering bersama ke mana sahaja.
“Kira-kira 10 minit sebelum kejadian, saya dan arwah abang baru pulang berjalan bersama anaknya,” katanya yang memberitahu anak arwah tinggal bersama mereka sejak berpisah dengan bekas isteri.
Jenazah Allahyarham Muhammad Amirul Rasyid yang dibawa pulang dari Jabatan Forensik, Hospital Rembau, disolatkan di Surau Taman Seri Pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Heights.
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...