Peguam ibu Zara Qairina nafi terima arahan saman doktor terkenal – “Tidak betul..” Peguam kepada Noraidah Lamat, 45, iaitu Hamid Ismail, menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai tindakan saman terhadap seorang doktor terkenal adalah tidak benar.
Peguam Ibu Zara Qairina Nafi Terima Arahan Saman Doktor Terkenal – “Tidak Betul..”
Menurut Hamid, kenyataan yang mendakwa anak guamnya mengarahkan beliau memfailkan saman itu tidak berasas.
“Tidak betul (kenyataan itu),” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sejak awal pagi Jumaat, beberapa hantaran di Facebook mula tular dengan dakwaan kononnya keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut.
Ads
Antara hantaran tersebut berbunyi, “Terkini! Ibu Zara Qairina arah peguam saman seorang doktor terkenal” dan “Memang dia terjun sendiri – Keluarga Zara Qairina bakal saman doktor”.
Untuk rekod, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar. Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Ads
Kematian remaja ini mencuri perhatian ramai, termasuk di media sosial, apabila ia dikaitkan dengan dakwaan berlakunya kes buli di sekolah berkenaan.
Bapa kongsi kisah anak perempuan jadi mangsa buli emosi gara-gara enggan benarkan rakan meniru. Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Rembau didakwa menjadi mangsa buli emosi oleh rakan sekelas selepas enggan membenarkan rakannya meniru jawapan ketika peperiksaan.
Bapanya, Mohd Anas Sudin, berkata anak perempuannya memaklumkan bahawa sejak kejadian itu, dia sering dihina dan diejek dengan panggilan ‘kacip’, sehingga membuatkan dia enggan ke sekolah.
“Saya pelik juga sebab dia selalu beritahu tidak mahu pergi ke sekolah dan minta ditukarkan ke sekolah lain.
“Anak pada awalnya tidak mahu menceritakan sebabnya, namun selepas dipaksa beberapa kali, dia akhirnya mengaku sering diganggu rakan sekelas sejak tidak membenarkan meniru kertas peperiksaannya,” katanya.
Menurut Mohd Anas, anaknya pernah membuat aduan kepada guru disiplin, namun tiada sebarang tindakan diambil, menyebabkan gangguan itu berterusan. Beliau tidak menolak kemungkinan guru terbabit menganggap perkara itu sebagai hal biasa, sedangkan ia memberi kesan mendalam kepada emosi anaknya.
“Anak saya jadi tidak bersemangat untuk belajar dan saya sebagai bapa turut terkesan dengan keadaan itu.
“Jadi saya berbincang dengan isteri untuk membuat permohonan memindahkan anak ke sekolah lain, tetapi prosesnya agak sukar kerana tidak mendapat kerjasama daripada pihak sekolah yang memberi alasan guru besar tiada,” katanya.
Bagi memastikan keselamatan anaknya, Mohd Anas meminta anak membuat laporan polis, selain bertujuan mempercepatkan proses pertukaran sekolah. Tidak lama kemudian, permohonan tersebut diluluskan dan anaknya dilihat lebih ceria.
“Anak saya sangat gembira apabila dapat berpindah ke sekolah lain dan saya kembali melihat semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Bila terjadinya kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu, saya teringat kembali apa yang terjadi kepada anak saya.
“Walaupun anak hanya menjadi mangsa buli emosi, jika saya tidak bertindak awal mungkin ia akan memberi kesan yang lebih buruk,” katanya.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir mengakui pernah hidup mewah dengan gaya berbelanja besar termasuk membeli sebuah beg tangan berjenama bernilai lebih RM100,000!
Namun, perjalanan hidup dan pertambahan usia telah mengubah pandangan ibu kepada dua cahaya mata ini.
“Kalau dulu, saya dengan mudah boleh berbelanja lebih daripada RM100,000 untuk beli barangan mewah. Sekarang pun saya masih beli apa yang saya suka, cuma tidaklah berlebihan macam dulu.
Sebab sekarang saya mula sedar, harga sebuah beg tangan berjenama boleh beri makan kepada ramai keluarga, membantu ibu bapa yang sedang susah, atau tolong seseorang untuk bangkit semula dalam hidup,” tulisnya menerusi perkongsian di Thread.
Anzalna yang kini berusia 37 tahun mengakui apabila usia meningkat, hatinya semakin ingin mendekatkan diri dengan Allah berbanding mengejar kemewahan semata.
“Bila umur makin meningkat, hati saya makin ingin dekat dengan Allah.
Hidup terasa lebih bermakna apabila saya gunakannya untuk berbuat baik, memberi, dan mencari reda Allah.
Saya harap akan kekal begini selamanya. Doakan saya,” luah pelakon Gemersik Kalbu itu.
Kisah yang dikongsi Anzalna ini nyata menyentuh hati peminat. Ramai yang mengakui turut melalui perubahan yang sama dari mengejar kemewahan kepada mencari ketenangan jiwa.
Perkongsian isteri kepada Hanif Zaki ini turut mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya turut mengalami perubahan yang dilalui pelakon itu.
“Betul, bila dah sampai umur tertentu barangan mewah ini tak beri kita kegembiraan lagi. Kita boleh beli lagi, tapi benda itu tak beri kita perasaan tenang,” tulis seorang peminat.
“Antara tanda Allah mahukan kebaikan kepada seseorang hamba, dia akan kurangkan rasa cinta hamba itu kepada dunia, semoga kita tergolong dalam orang-orang yang kejar cinta Allah,” tulis satu komen.
“Saya doakan awak akan selalu berasa cukup dengan apa yang awak ada,” kata komen yang lain.
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat, memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia” Raja Permaisuri Agong. Terbaru Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda bertitah isu buli di sekolah kini semakin membimbangkan apabila ia dilihat sudah menjadi satu budaya buruk yang berleluasa di Malaysia.
Baginda turut melahirkan kebimbangan, buli di sekolah berlaku lebih kerap daripada yang disangka, malah ia benar dan ia berleluasa.
“Antara topik dan isu yang sering menjadi perbualan santai bersama keluarga kami adalah seperti kesihatan ahli keluarga yang sudah berusia, keadaan cuaca, hinggalah kepada berita antarabangsa dan tempatan.
“Hal ini selalunya berakhir dengan kebimbangan yang sama terhadap isu-isu tempatan, yang sukar untuk diabaikan dan sentiasa menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
“Sejak hujung Julai, kita semua telah mengetahui berita gembira dan duka yang tersebar luas di media arus perdana dan media sosial. Namun, perbualan kami lebih tertumpu kepada isu buli di sekolah dan institusi pendidikan negara.
“Sudah bertahun-tahun, berita tentang insiden buli dan kesannya yang tragis amat meruntun hati kita semua.
“Pada tahun 2017, Zulfarhan Osman Zulkifli, seorang kadet tentera laut, meninggal dunia akibat kesan melecur di tubuhnya. Pada tahun yang sama, T. Nhaveen dari Georgetown, meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepalanya. Kedua-duanya adalah mangsa buli.
“Sekolah dan institusi pendidikan termasuk universiti sepatutnya menjadi tempat di mana anak-anak kita berasa selamat. Namun hakikatnya, tempat itu menjadi mimpi ngeri bagi pelajar yang menjadi mangsa buli rakan sebaya.
“Mengapa ada antara mangsa buli memilih untuk menyimpan penderitaan mereka sendiri? Dalam satu lagi perbualan dengan seorang kenalan, saya difahamkan bahawa antara sebab pelajar enggan mendedahkan identiti pembuli ialah kerana mahu melindungi rakan-rakan mereka: jika mereka melaporkan tentang pembuli, rakan-rakan mereka pula akan menjadi sasaran. Maka mereka memilih untuk berdiam diri.
“Ada di antara kalangan mangsa buli yang bernasib baik boleh memilih untuk berpindah sekolah, namun bagi yang tidak mempunyai pilihan itu, mereka terpaksa kekal dan menanggung apa jua penderitaan yang dialami.
“Selepas berbual tentang isu buli yang membimbangkan ini bersama keluarga dan rakan, saya meneliti pula pelbagai platform media sosial. Beberapa sanak saudara saya yang lebih muda mencadangkan agar saya menonton sebuah siri tempatan dan filem tentang kes buli di sekolah berasrama, yang diinspirasikan daripada kisah benar. Saya hanya menonton treler cerita tersebut, namun tidak berhasrat untuk menontonnya secara keseluruhan. Ia bukan karya hiburan yang ringan.
“Satu artikel yang mengulas siri tersebut menyatakan, “…Jika anda pernah bersekolah asrama, anda akan merasai pengalaman pahit dan manis kehidupan asrama…Namun bagi ramai rakyat Malaysia, perkataan ‘asrama’ akan mengingatkan mereka tentang perkara negatif, contohnya seperti buli.”
“Buli di sekolah telah menjadi satu budaya yang amat buruk di Malaysia. Perbualan bersama keluarga dan sahabat handai sudah cukup membuktikan bahawa ia sebenarnya berlaku lebih kerap daripada yang disangka. Ianya benar dan ia berleluasa.
“Adakah kita mengabaikan perkara ini hanya kerana ia tidak berlaku kepada anak kita sendiri? Haruskah seorang lagi remaja atau belia mati dengan derita sebelum kita berkata cukup? Berapa ramai lagi ibu bapa dan keluarga harus menanggung derita dan pilunya kehilangan insan tersayang? Jika kita benar-benar ingin dikenali sebagai sebuah masyarakat “penyayang”, maka sudah tiba masanya kita menjawab soalan-soalan ini.
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat ialah memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli tidak berakhir dengan sia-sia,” titah Raja Zarith Sofiah menerusi blog baginda.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!