Bila jenazah tiba, kepala arwah rapi berjahit.. remuk hati ustaz uruskan jenazah mangsa campak datuk tiri yang meninggal pada hari Ahad lepas. Menurut ustaz ini, dia terbayangkan anak seusia mangsa yang belum mengerti apa-apa , namun menjadi mangsa keadaan.
Pada hari Ahad yang lalu kita dikejutkan dengan berita kekejaman yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Nigeria yang berjaya ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga meninggal dunia dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak, Kuala Lumpur.
Si pelaku dikatakan berbuat demikian adalah kerana berang cubaan untuk merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu gagal apabila dia dihalang isteri serta anak-anak yang lain.
Akibat pergelutan tersebut, anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mengetahui apa-apa akhirnya menjadi mangsa.
Ustaz Kongsi Pengalaman
Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi kini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di Kuala Lumpur selepas urusan kafan selesai di Kontena Wakaf Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) isnin lalu.
Pengerusi SPJM, Muhammad Rafiuedin Zainal Rasid turut berkongsi pengalaman menguruskan jenazah kanak-kanak malang itu seperti apa yang dikongsikan di Facebook miliknya semalam.
“Allahuakbar… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata saat melihat jasad anak kecil berusia 4 tahun yang mati gara-gara perbuatan tidak berperikemanusiaan datuk tirinya yang juga merupakan warga Nigeria.
Ketika menerima jasad itu yang tiba dari hospital, perasaan saya saat itu sangat remuk. Membayangkan anak saya yang seusia dengannya cukup pedih hati ini untuk melihat keadaan jasad anak syurga ini.
Apalah dosanya sehingga sanggup manusia dewasa yang berakal seperti datuk tirinya itu sanggup mencampakkan anak kecil yang sedang tidur dibuai mimpi saat itu dari tingkat 4 ke bawah dengan kejam?
Saya gagahkan diri untuk memandikan jasad kecil itu dengan berhati-hati. Perasaan bercampur baur saat merasai kepala arwah yang telah dijahit rapi yang sebelumnya retak kesan hentakan yang kuat ke bawah. Marah. Geram. Sedih. Allahuakbar!!!
Andai ada manusia berhati syaitan itu di hadapan saya ketika itu, akan saya pijak mukanya berkali-kali! Nafsunya mengalahkan binatang!
Hanya kerana terlepas peluang untuk memperkosa ibu anak kecil ini, anak yang tidak bersalah ini pula menjadi mangsanya!
Arwah Kematian Ayah Sejak 2 Tahun Lepas
Sudahlah anak ini kematian ayahandanya sejak 2 tahun lepas. Kini si ibu terpaksa pula menerima hakikat yang dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu.
Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya warga Nigeria itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.
Ads
Insya’Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.
Selayaknya penjenayah itu dihukum sebat dan gantung sampai mati atas segala perbuatan hinanya itu!
Semoga keluarga arwah Adik Muhammad Adam Sufi bin Norkhusairi diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayangi dirinya.
Jenazah arwah Adik Adam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, KL selepas urusan mandi kafan selesai di Kontena Wakaf SPJM malam tadi.
MW: Perkara yang berlaku ini adalah di luar kewarasan manusia, kerana nafsu manusia sanggup melakukan apa saja. Bayangkan kanak-kanak yang manja dan lincah bermain dalam usia emoat tahun diperlakukan sedemikian rupa. Berat mata memandang, lagi berat bahu sang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak ini. Semoga keluarganya terus tabah.
Pakai bra atau baju dalam yang betul akan membantu melindungi dan menyokong payudara. Pemilihan pakaian dalam yang tepat serta pemakaian betul akan membantu wanita memelihara aset berharga ini agar kekal mantap dan pejal.
Namun begitu, hakikatnya ramai wanita di luar sana tidak pakai bra dengan cara yang betul. Akibatnya payudara cenderung menjadi kendur, tidak anjal dan berlakunya masalah benjolan lemak di sana sini. Semak lima kesilapan pakai bra ini, kot-kita buat buat tanpa sedar.
Pakai Cangkuk Bra Terakhir
Cara Tepat: Ramai wanita yang memakai cangkuk bra yang terakhir kerana mahukan keselesaan atau mengetatkan bra pada tubuh. Sebenarnya pemakaian bra mempunyai langkah khusus. Untuk pemakaian bra baru, anda disaran memulakan dengan cangkuk yang paling longar. Jika bra terletak baik pada tubuh tanpa memberi kesan ketat, itu tandanya anda sudah menemui bra yang sesuai.
Cara Tepat: Perhatikan bahagian belakang anda, pastikan tali bra tidak terangkat. Jika ini berlaku, anda salah memilih bra. Tali bra yang dipakai sepatutnya selari dari bahagian depan sehingga ke belakang. Barulah ia melekap sempurna pada tubuh.
3. Memendekkan Tali
Cara Tepat: Ramai wanita yang mengetat atau memendekkan tali bra sehingga meninggalkan kesan pada bahagian mahu. Tali yang ketat mencengkam isi di bahagian ini dan membuatkan tubuh berasa sakit. Sepatutnya, tali bra yang sepadan tidak akan meninggalkan bekas pada tubuh. Jika anda mengetatkan tali bra kerana mahu mengemaskan payudara, itu tandanya mangkuk (cup) tidak sesuai dengan saiz payudara.
4. Terdapat Benjolan
Cara Tepat: Perhatikan dengan telus, jika terdapat benjolan terkeluar di bahagian bawa ketiak, sisi dada atau bahagian atas, itu tandanya mangkuk tersebut tidak dapat menampung saiz payudara anda. Sepatutnya saiz bra yang tepat, tidak menyebabkan benjolan terkeluar daripada mangkuk. Anda disaran memilih mangkuk yang besar bersesuaian dengan saiz payudara anda. Pastikan tiada benjolan terkeluar walaupun ketika anda mengangkat tangan.
5. Mangkuk Tidak Melekap
Cara Tepat: Mangkuk yang sesuai mestilah melekap elok pada payudara dan tubuh anda. Jika mangkuk terangkat, ertinya bra itu tidak sesuai buat anda. Mangkuk bra yang tepat akan melindungi dan menampung payudara agar terletak elok tanpa meninggalkan rasa sakit pada bahagian ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ya Allah, bukan galakkan buang bayi tapi nak selamatkan nyawa insan tak berdosa ini. Jiwa saya sentiasa diruntun setiap kali membaca berita mahupun mendengar cerita mengenai penemuan bayi. Ada yang ditemui masih hidup dan banyak juga bayi-bayi yang meninggal dunia.
Sedihnya melihat mayat-mayat bayi yang dibuang di longkang di hutan dan merata tempat yang tidak sepatutnya. Mudah air mata ini mengalir melihat insan-insan yang tidak berdosa ini. Apa tidaknya, ada bayi yang ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati…dihurung semut dan ada yang dimakan binatang. Ya Allah…bagaimana menderitanya insan-insan kecil ini sebelum menemui ajal. Apa salah mereka sehingga diperlaku sedemikian rupa?
Jangan HUKUM, Bagi PELUANG BERUBAH
Adakah insan yang mengandungkan bayi-bayi ini tidak mempunyai hati? Tidakkah mereka mempunyai ihsan, empati, simpati dan kasih sayang sehingga sanggup berlaku zalim terhadap darah daging sendiri.
Berzina sudah tentulah berdosa tapi Allah masih memberi kemaafan jika kita benar-benar bertaubat. Untuk ibu bapa atau keluarga di luar sana, jika ada ahli keluarga atau kenalan rapat yang mengandungkan anak luar nikah. Berilah bimbingan dan bantu mereka kembali ke pangkal jalan. Jangan memaki hamun, jangan menghina dan jangan sekali memulaukan golongan ini.
Benar mereka tersilap langkah, berilah peluang untuk mereka berubah. Jangan menghukum golongan ini, bimbing mereka menjadi hamba Allah yang taat. Insya-Allah dengan bantuan dan ihsan kita golongan ini tidak melakukan dosa besar dengan membuang dan membunuh zuriat.
Golongan ini ada yang hatinya mati sehingga tidak dapat melihat kebenaran. Mereka melakukan maksiat dan membuang bayi tanpa rasa bersalah. Asalkan diri terlepas daripada pandangan serong masyarakat.
Tapi bukan semua insan yang terlanjur ini hatinya mati. Ada yang sangat tertekan dan terdesak sehingga mereka melakukan perbuatan di luar jangkaan…Mereka menjadi insan yang tidak berperi kemanusiaan kerana mahu menjaga maruah keluarga…kerana malu dan kerana takut atas segala kesilapan yang dilakukan. Sebab itu mereka mahu menghapuskan segala bukti dengan cara membuang bayi.
Jangan dibunuh BAYI TAK BERDOSA
Ya Allah, tiada sekelumit langsung niat di hati ini untuk menggalakkan maksiat. Cuma saya pernah terfikir berkali-kali, sekiranya ada insan yang sangat-sangat terdesak selepas melakukan dosa dan melahirkan anak luar nikah. Jangan dibuang, jangan dibunuh insan kecil yang tidak berdosa ini. Renung mata anak yang dilahirkan…Kasihanilah dia. Anak ini berhak untuk hidup di muka bumi Allah.
Ramai insan di luar sana berhabis wang puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat. Berilah anak-anak ini kepada golongan yang mahukan zuriat. Jangan dibuang anak ke longkang ke hutan dan sebagainya.
Kini banyak rumah kebajikan yang membantu wanita yang mengandung anak luar nikah antaranya Pusat Kebajikan ORPHANCARE. Beri anak kepada orang jika tidak mampu menjaganya. Doakan agar anak-anak ini menjadi anak syurga.
Maaf jika kenyataan saya tidak disetujui oleh pembaca di luar sana. Saya bukan mahu menggalakkan perbuatan yang tidak baik tetapi saya mahu menyelamatkan nyawa-nyawa insan kecil yang tidak berdosa. Semoga coretan ini membuka mata kita agar menjadi masyarakat yang penyayang dan mengambil berat bukannya masyarakat yang menghukum dan menghina orang.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Admin tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibu bapa tiga belas remaja lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di sini, bulan lalu.
Perselisihan faham kerana wang berjumlah RM35 dan RM50 hilang dipercayai punca seorang pelajar mati dipukul oleh rakan penghuni asrama kolej vokasional.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.
Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dalam program Bioteknologi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.
Prosiding secara tertutup berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana membabitkan kes juvana.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.
Terdahulu media melaporkan seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, dipercayai dibelasah rakan di sebuah Kolej Vokasional di sini.
Tidak Sedarkan Diri
Muhd Nazmie Aizat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.
Katanya, mangsa merupakan penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Romantisnya ungkapan suami buat Neelofa. Selamat ulang tahun buat Noor Neelofa Mohd Noor yang ke 35. Ibu kepada dua cahaya mata ini cukup bertuah kerana mendapat...