Baru-baru ini, ter dapat aplikasi terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dikatakan telah menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.Berita tersebut sungguh mengejutkan dan menimbulkan perasaan marah, kecewa dan kesal buat umat Islam.
Rata-rata ramai yang telah memadam aplikasi tersebut dari telefon masing-masing, walaupun aplikasi tersebut sangat bermanfaat terutama dari segi memberi peringatan waktu solat, penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah, menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.
Aplikasi Islamik ‘The Noor’
Terkesan dengan situasi tersebut dan bertanggungjawab pada ummah, inisiatif Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bakal melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang dikenali sebagai The Noor tidak lama lagi.
Neelofa, 31, berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya hari ini dengan memberi gambaran awal berkenaan aplikasi berkenaan.
“My New baby! Mudahkanlah ya ALLAH. Moga ramai yang akan dapat manfaat darinya,”ujar Neelofa menerusi Instastories.
IKLAN
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di @thenoor.app, kandungan aplikasi tersebut berkaitan gaya hidup Muslim.Aplikasi tersebut disediakan dengan lima pilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.
Bagaimanapun, buat masa ini belum ada maklumat terperinci berkenaan kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi tersebut.
IKLAN
Perkongsian Neelofa itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengharapkan agar aplikasi tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua.
Tidak kurang juga yang menganggap ia bakal menjadi pengganti atau alternatif kepada aplikasi Muslim Pro yang baru-baru ini berdepan kontroversi apabila dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak ketiga.
Rabu ini bersamaan 31 Januari 2018, rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan satu fenomena ‘Supermoon’ atau fenomena gerhana bulan penuh. Yang mana, gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
Ini yang dicatatkan dalam laman web rasmi Planetarium Negara “Fasa gerhana akan bermula dari 7:48 malam hingga 11:11 malam manakala Fasa Gerhana Penuh pula akan bermula dari 8:51 malam sehingga kemuncak pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Gerhana Bulan juga dikenali sebagai “Bloodmoon” kerana warna gerhana yang kemerahan.
“Pada malam tersebut, Bulan dikenali sebagai “Bluemoon” kerana ianya merupakan bulan penuh kali kedua pada bulan Januari 2018. Bulan penuh yang kedua di dalam bulan yang sama dikenali sebagai “Bluemoon”.
“Pada ketika itu juga, Bulan dikenali sebagai “Supermoon” kerana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.
Gabungan ketiga-tiga fenomena dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”. Fenomena pada malam tersebut pernah berlaku pada tahun 1866 iaitu kira-kira 152 tahun yang lalu.
Sebagai umat Islam di negara ini, amat disarankan agar mak ayah bukan sekadar menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Malah lakukanlah juga solat sunat gerhana.
Bila Perlu Solat Sunat Gerhana Bulan
Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, pada tarikh itu, bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada jam 7.09 petang, kira-kira 10 minit sebelum waktu matahari terbenam.
“Di Malaysia, solat sunat boleh dilakukan sebaik tompokan hitam mula kelihatan kira-kira jam 7.49 malam dan berlarutan sehingga gerhana berakhir, kira-kira jam 11.12 malam.
“Solat sunat gerhana ini adalah sunat muakad yang amat dituntut. Jadi diharapkan umat Islam bersama-sama memanfaatkan peluang yang ada ini untuk melihat fenomena ini.
“Sekali gus dapat melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan ALLAH S.W.T dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik.
Ini Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan
Apa Perlu Dilakukan Semasa Berlakunya Gerhana Bulan Penuh Ini
Selain melakukan solat sunat gerhana bulan, mak ayah boleh lakukan perkara sunat yang lainnya. Ini yang disarankan:
1. Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.
2. Melaksanakan solat jika berjaya melihat gerhana bulan penuh dari tempat mak ayah berada.
3. Bertakbir, tahmid dan tahlil.
4. Berzikir dan beristighfar.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.” (HR Bukhari – 999)
5. Berdoa. Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah:
6. Mengeluarkan sedekah.
7. Membantu orang yang mengalami masalah dan kesukaran.
8. Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala
Apa Yang Jadi Ketika Fenomena Gerhana Bulan Penuh
Ketika fenomena ini berlaku, zon bayang pusat bumi (umbra) ketika ini mengunjur sejauh 1.4 juta km pada arah yang sama dengan orbit bulan, sedangkan jarak bumi ke bulan ketika ini sejauh 360, 000 km.
Bulan yang beredar dengan halaju relatif 3,400 km perjam akan mula memasuki zon bayang pusat bumi (umbra) kira-kira jam 7.49 malam dengan bayang bumi kelihatan mula menyentuh sisi sebelah bawah permukaan bulan.
“Secara perlahan-lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, bulan purnama ini bertukar menjadi ‘sabit’ sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh.
“Fasa gerhana bulan penuh ini akan berlangsung selama kira-kira 1 jam 16 minit, sehinggalah jam 10.08 malam apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan cerah semula kira-kira jam 11.12 malam.
Di beberapa tempat dalam negara, akan mengadakan program solat maghrib berjemaah diikuti aktiviti pencerapan dan solat sunat gerhana.
Tragedi rider dilanggar di Lampu isyarat, kutipan kilat berjaya kumpul RM204,322 dalam 48 jam. Jumaat lepas, negara dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan dua penghantar makanan yang dilanggar di persimpangan lampu isyarat. Kejadian malang dan menyedihkan ini berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.
Kemalangan pada jam 2.30 petang itu melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran.
Menyedihkan, seorang dari penghantar makanan dikenali sebagai Amin, 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih menambah sedih, arwah dikatakan baru saja mendirikan rumahtangga dua minggu sebelum kejadian.
Manakala seorang lagi penghantar makanan mengalami kecederaan parah dengan kedua belah kaki patah teruk. Isterinya dalam keadaan sarat mengandung.
Ternyata di sebalik musibah, rakyat Malaysia bersatu hati membuat kutipan yang dipantau oleh @adminmisirakyat313.
Apabila menyedari musibah ini terjadi, berdasarkan persetujuan ramai, satu tabung telah dilancarkan. Alhamdulillah sebanyak RM204,322 berjaya dikumpul dalam masa 48 jam melibatkan 13,299 orang yang bersedekah.
Kutipan ini dipantau oleh admin ini dan ia sangat telus kerana paparan nilai orang memberi dapat dilihat sekaligus misi membantu keluarga yang ditinggalkan sendirian.
Sekurangnya rezeki ini dapat membantu keluarga yang susah apabila kehilangan orang tersayang. Moga Allah terus memurahkan rezeki kita untuk bersama-sama meringankan bebanan mereka yang dilanda musibah.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.
Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.
Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”
“Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”
“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin
Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.
“Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”
Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.
Ubai kongsi kos belajar memandu kereta auto cecah RM2700, soalnya “kenapa makin mahal…”. Isu kos daftar kelas memandu dilihat tidak sekata. Kelas memandu dilihat...