Siapa kita untuk menyangkal ketentuan takdir dan jodoh yang telah tertulis. Meskipun berbeza latar belakang dan budaya namun keserasian menyatukan hati pasangan ini.
Perkenalan di tempat kerja membuka pintu hati Nur Nadhirah Roslee untuk mengenali pemuda warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain dengan lebih dekat.
Ditakdirkan, mereka jatuh cinta sebelum Nur Nadhirah 26, bernikah dengan Mohammad Samim, 25.
Mereka diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.
Bekerja Tempat Sama
Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.
Nur Nadhirah dari Kampung Nesam di sini, berkata, keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.
“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja.
“Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.
“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.
“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” katanya.
Ads
Awal Perkenalan Rahsiakan Perhubungan
Di awal perkenalan, Nur Nadhirah terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.
Setahun kemudian, barulah Nur Nadhirah memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.
“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.
“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.
“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.
Bernikah Di Bangladesh
Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.
“Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi kami teruskan pernikahan di kampung halaman suami.
“Saya ke sana dengan ditemani ibu (Shahrom Mohd Jasin), ayah (Roslee Muda) dan adik (Nur Nabilah Roslee).
Ads
“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.
“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Ramai Mendoakan Hubungan
Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.
“Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.
“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap jodoh kami panjang.
Ads
“Buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh,” katanya.
Mungkin terlalu geram apabila hutang yang diminta seakan tidak diendahkan, jadi cara ini mungkin langkah terakhir si pemberi hutang.
Setelah sekian lama menuntut hutang, akhirnya wanita dari Jakarta, Indonesia ini mengambil keputusan kirim bunga dengan ucapan paling pedas ke majlis perkahwinan jadi cara terakhir tuntut hutang.
Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan
Mengirimkan jambangan bunga dengan ucapan paling ‘pedas’ ke majlis perkahwinan.
Itu cara unik seorang wanita di Indonesia bagi menagih hutang daripada individu yang menganjurkan wang kutu.
Ternyata perkongsian Irena Junita Sari dalam video TikTok itu mengundang perhatian warganet hingga ia ditonton lebih 1.5 juta kali, 90,000 like (tanda suka) dan lebih 1,000 komen.
Ramai warganet mendapat inspirasi dengan keunikan wanita itu menagih hutang bernilai satu bilion rupiah (RM287,932). Menurut Irena, wang kutu itu hasil kutipan hampir 300 individu ahli kumpulan WhatsApp yang dilarikan seorang individu yang melangsungkan perkahwinan, pada 23 Disember lalu.
Sudah Minta Hutang Cara Baik
“Saya sudah meminta secara baik dengan dia, tetapi tidak mendapat maklum balas daripadanya.
“Geram dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, saya nekad mengirimkan bunga dan kad ketika majlis perkahwinannya,” katanya seperti dipetik portal Detik.com. Dalam video tular itu, Irena menulis ucapan selamat pengantin baharu kepada individu itu selain turut menyindir.
Tulis Ucapan Selamat Sambil Menyindir
“Selamat menikmati wang haram, hasil curi wang kutu.
“Bila hendak bayar?” tulisnya dalam ucapan itu.
Katanya, kiriman bunga dan ucapan itu usaha terakhir dilakukannya selepas meminta secara baik dengan individu terbabit.
Selain itu, dia turut mendapatkan bantuan pihak berkuasa, tetapi usaha itu belum berhasil.
MW: Membayar hutang adalah wajib. Jangan sesekali abaikan pembayaran balik hutang. Mungkin di dunia mak ayah selamat, namun di akhirat belum tentu. Maka beringatlah iya.
Watak penyondol drama ‘Curang Tanpa Niat,’ Sharifah Sakinah dianggap terlalu tua. Sharifah Sakinah bengang dengan warga maya yang mendakwa dirinya penyondol tua dalam naskhah Curang Tanpa Niat memandangkan diberi karakter berusia 40 tahun.
Watak Penyondol Drama ‘Curang Tanpa Niat’
Pelakon Sharifah Sakinah tampil mempertahankan dirinya selepas digelar ‘penyondol’ tua oleh penonton drama Curang Tanpa Niat. Dalam drama yang turut dibintanginya Shukri Yahaya dan Mira Filzah tersebut, Sakinah membawa watak sebagai ‘penyondol’ yang cuba menggoda teman sepejabatnya.
Namun rata-rata penonton drama tersebut kurang gemar dengan karakter Sakinah yang membawakan watak sebagai Astrid.
Sharifah Sakinah Dianggap Terlalu Tua
Rata-rata warga maya menyifatkan Sakinah kelihatan terlalu tua untuk beraksi sebagai ‘penyondol’. Mereka mahukan pelakon seperti Sophia Albarakbah yang membawakan watak antagonis itu.
“Korang, aku ni pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“Dalam cerita ini umur aku 48 tahun. Sebab tu perlu nampakkan aku tua. Korang faham ke tidak? Aduhai, nak kena jelaskan pula,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.
Ujar Sakinah wajahnya merupakan satu bonus dan boleh berubah-ubah mengikut karakter.
“Lepas ni kalau aku berlakon jadi umur 18 tahun, korang tengok la muka aku macam umur 18 tahun,” ujarnya.
Drama Curang Tanpa Niat sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menggantikan drama fenomena, Andai Tiada Dia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada sesetengah anak kecil suka tidur malam dengan pasang lampu dan tanpa ambil tahu risikonya, mak ayah ikutkan kehendak anak dan akhirnya jadi tabiat!
Rutin ini sebenarnya tak bagus, boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang. Malah ia juga boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya. Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!