Gembiranya pasangan suami isteri ini apabila menerima kehadiran bayi perempuan dari kumpulan embrio yang disenyawakan pada masa sama dengan anak lelaki mereka melalui kaedah IVF tetapi dilahirkan terpisah 2 tahun.
Melalui artikel yang diterbitkan oleh Daily Mail, Karen, 33, dan James Marks, 35, menerima kelahiran anak pertama mereka, Cameron, dua tahun lalu. Kanak-kanak lelaki ini dilahirkan pada 1 September 2018.
Mereka menyimpan embrio yang boleh dibekukan sehingga dapat menambah keluarga mereka di kemudian hari. Dua tahun kemudian, Isabella dilahirkan.
Karen dan James Mark bersama anak-anak IVF mereka, Cameron dan Isabella. (Kredit gambar: Tom Wren /SWNS)
Isabella dilahirkan pada bulan 15 September 2020. Kedua adik-beradik ini dianggap ‘kembar’ kerana mereka disenyawakan pada hari sama melalui kaedah IVF dari kumpulan embrio yang sama.
Karen berkata,“Kami gembira dapat memiliki anak lelaki dan perempuan. Memiliki bayi yang sihat pasti hebat. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
“Ada harinya saya berfikir setelah bertahun-tahun mencuba, saya semestinya sedang bermimpi. Saya bukan hanya mempunyai seorang anak tetapi dua anak yang cantik.
“Kami mempunyai seorang anak lelaki yang hebat, tetapi saya tidak pernah mahu dia menjadi anak tunggal.
“Cameron benar-benar menyayangi adik perempuannya. Dia bangga menjadi seorang abang dan selalu meminta pelukan.”
Ads
Cameron sangat menyayangi adiknya Isabella. (Kredit gambar: Tom Wren /SWNS)
Masih Ada Lagi 2 Embrio Beku
Karen diberi dana untuk satu kitaran IVF di NHS pada tahun 2017 di Bristol Center for Reproductive Medicine.
Isabella Grace dilahirkan di Musgrove Park Hospital, Taunton, dengan berat 7lb 4.5oz, dan Karen mengatakan bahawa dia tidak pernah teragak-agak untuk memberitahu orang ramai bahawa anaknya adalah bayi IVF.
Isabella Grace dilahirkan di Musgrove Park Hospital, Taunton. (Kredit Gambar:Tom Wren SWNS)
Perjalanan Karen dan James mungkin tidak berakhir dengan Isabella kerana mereka mempunyai dua embrio beku yang masih ada di BCRM.
Karen berkata, “Mudah-mudahan kami mempunyai lebih banyak anak. Saya selalu mahukan empat orang anak.”
Ads
Pasangan itu, yang berkahwin pada tahun 2014, bimbang mereka mungkin tidak akan mempunyai anak sendiri setelah Karen gagal hamil dan didiagnosis dengan masalah kesuburan.
Karen berkata, “Kami berusaha selama setahun untuk hamil secara semula jadi dan tidak ada yang berlaku, jadi kami pergi ke GP dan kami menjalani beberapa ujian.
“Tidak ada penyebab khusus, saya tidak ovulasi secara berkala jadi itu perkara utama, tetapi selain itu tidak ada penyebabnya – kami tidak mempunyai masalah.”
Karen menambah, “Kami memiliki lima embrio. Kami kehilangan satu – saya keguguran tahun lalu. Kami mempunyai anak kembar. Saya akan mencuba dan mempunyai dua yang lain. Saya berharap mereka boleh menjadi kembar empat.
Ads
“Rasanya sangat ‘gila’ kerana mempunyai anak kembar yang lahir beza dua tahun. Pelik – banyak orang mengatakan bahawa mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah kembar. Ini gila.”
Ibu kepada dua anak itu mengatakan bahawa bayi-bayi itu ‘tidak kembar seiras ‘ disebabkan embrio Isabella berpecah. Jika tidak mungkin Isabella boleh menjadi kembar seiras.
Karen berkata, ” Ketidaksuburan tidak pernah meninggalkan anda. Pengumuman kehamilan masih boleh menyakitkan, terutamanya apabila seseorang itu mudah hamil.
“Sekiranya anda telah menghabiskan semua pilihan lain,maka teruskan dan dapatkannya. IVF bagus. Jangan menangguhkannya atau mengelakkannya. Ini adalah rawatan kesuburan yang paling mungkin berhasil, dan ia berlaku untuk kami.”
Karen melahirkan Cameron pada 1 September 2018.(Kredit gambar: Tom Wren /SWNS)
Wow, kalau mak-mak bersalin dapat anak perempuan, kemungkinan termasuk dalam kategori wanita cantik yang dinyatakan dalam hasil kajian ini.Malah kajian juga menyatakan, wanita yang memiliki rupa paras cantik juga cenderung mempunyai ramai anak.
Memetik laporan newidea.com, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.
Kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.
Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi di temuramah.Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Hasil kajian beliau dilakukan terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain.
Mungkin antara kita yang berfikir hasil kajian ini mungkin hanyalah satu kebetulan.Tidak semestinya seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan, mahupun mempunyai anak ramai atau sikit bergantung kepada rupa paras kecantikan yang dimiliki ibunya.
Namun ia hanyalah satu kajian. Sebenarnya tak kiralah bagaimana rupa parasnya mak mahupun ayahnya. Dikurniakan rezeki dengan anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan pun adalah suatu anugerah yang tidak ternilai!
Anak sulung Diana Amir, Khawlah Al Azwar ni dah 3 tahun umurnya. Semakin comel dan penuh keletah. Kata ibunya, sejak akhir-akhir ini Khawlah semakin manja. Dah tak boleh duduk diam. Bila Diana Amir kongsikan gambar Khawlah sampai terbaring, memang lucu habis.
Ketika ini Diana Amirsedang mengandungkan anak ketiganya. Waktu kandungannya 10 minggu pun, Diana tetap gagahkan diri ke misi kemanusiaan ke Bosnia selama 8 hari. Kuat betul ibu hamil yang seorang ini.
Namun, keletah Khawlah tetap menggembirakan hati ibu muda ini. Ini yang dikongsikan Diana dalam instagramnya.
“Khawlah makin manja sekarang. Tak reti dok diam, tengoklah gambar last tu sampai terbaring dia “rusuhan” tak bagi mummy dia amek gambar. Nak suruh dukung dia dan pegang tangan dia selalu.”
Sayang.. Mummy Tak Boleh Dukung Awak Sangat Sekarang
Haa. ini sebab kenapa Diana tak dapat nak layan keletah anak sulungnya itu. “Sayanggg, mummy tak boleh dukung awak sangat sekarang, sian adik awak dalam perut ni.”
Kata orang lama, kalau dalam perut ibu ada ‘baby’ memang kakak atau abang akan buat perangai manja nakkan perhatian. Mungkin ke Khawlah ini terkena tempias sindrom kakak nak dapat adik? Apa pun aksi Khawlah, ia tetap comel dan lucu tau.
Rasa-rasanya mak-mak hamil lain ada tak anak-anak yang atas buat keletah macam ini bila tahu yang dia bakal dapat adik. Apa pun mak kenalah tahu macam mana nak terangkan pada si kecilnya yang dia bakal menjadi kakak yang hebat pada adiknya kelak. Yang ini memang kena guna pendekatan psikologi, pujuk dan peluk.
Himpunan Artis Sayang Al Quran
Perkongsian kisah lucu anak sulungnya itu sebenarnya berlaku sewaktu Diana menghadirii majlis Himpunan Artis Sayang Al Quran untuk tahun ke-3 yang berlangsung di Istana Budaya.
Kata Diana, “I personally can’t wait!. Tahniah usrah fitrah kerana terus berjuang mendekatkan kita semua terutamanya ‘Artis’ dengan Al Quran.”
Tambah ibu kepada 2 orang cahaya mata ini, Khawlah Al Azwar dan Khadijah Azzehra, 1 tahun 4 bulan acara sebenarnya akan berlangsung pada 4 Jun nanti.
Baju sekolah kain putih memang susah nak jaga apatah lagi untuk kekalkan ‘keputihannya’ lebih-lebih lagi baju sekolah anak-anak yang tengah lasak dan aktif. Memang kena ada extra baju sebab setiap hari perlu ditukar ganti.
Tetapi kali ini mak-mak boleh hilangkan kotoran degil pada pakaian dengan cara guna sabun mandi ketul saja.
Cuci Baju Kotor Dengan Sabun
Siapa sangka sabun jenama paling murah ni berkesan untuk menghilangkan kotoran degil‼️
Tak perlu lagi guna clorox nak hilangkan kotoran degil. Dah la mahal, menghakis dan menipiskan kain pula tu.
Dengan kos serendah rm2.70 sahaja, untuk satu set buku sabun fruit tale mak-mak boleh parut sabun tu dan simpan dalam bekas. InsyaAllah tahan seminggu-dua.
Boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah, kasut sekolah, baju kemeja tanpa perlu disental. Kotoran degil hilang serta merta.
Cara-cara:
1. Wajib guna sabun fruit tale.
2. Parut dulu sabun fruit tale dan simpan dalam bekas. Supaya lebih jimat.
3. Tuang air panas dalam besen.
4. Letak serbuk fruit tale dalam besen.
5. Biarkan hingga larut. Guna sudu kayu nak larutkan.
6. Rendam baju dalam besen tdi semalaman.
7. Tengok hasil tak perlu sental. Kotoran degil hilang selepas bilas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...