Keluarga Basman personal cara kematian anak jatuh bangunan sekolah, musykil 4 cctv rosak satu masa. Tanda pagar keadilan untuk Basman #justiceforbasman sedang berlegar di media sosial kala ini. Ia mengenai kisah seorang remaja berusia 15 tahun, Basman Nafa Yasykura Binny Nurdin Yusuf.
Remaja ini dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah swasta elit iaitu SMP Islam Athirah, Makassar Sulawesi pada 24 Mei Rabu lalu.
Keluarga Basman Persoal Cara Kematian Anak Jatuh Bangunan Sekolah
Biar pada awalnya ia diungkap seakan kes bunuh diri kerana dakwaan menghadapi tekanan ibu bapa yang mahu anak sentiasa menjadi nombor satu di sekolah selain masalah rumahtangga ibu bapa yang mahu bercerai, namun ia segera dinafikan oleh ahli keluarga arwah kerana hubungan mereka sangat rapat dan baik.
Lahir dari golongan keluarga elit, kematian remaja berusia 15 tahun ini menarik perhatian di negara jiran. Masa yang sama, keluarganya mengharapkan siasatan dan keadilan terjadi dalam kes kematian anak mereka.
Basman, anak bongsu dari tiga beradik
Dikongsi dari beberapa laporan media Indonesia, terdapat lima kejangalan berlaku dalam kes remaja yang dikatakan terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah swasta elit ini.
Bahkan sepupu kepada arwah yang melancarkan #justiceforbasman iaitu Nursuci Sulva Octoviani yang meminta warganet menviralkan kes kematian saudaranya ini.
Jelas Nursuci, biar belum ada jawapan khusus dari pihak polis lagi, namun di pihak keluarga wujud berbagai persoalan.
Musykil 4 CCTV Rosak Satu Masa
Ini termasuklah empat cctv sekolah iaitu di tingkat lapan (tempat Basman dikatakan jatuh) rosak dalam satu masa dengan dakwaaan angin ribut merosakkan cctv tersebut,lokasi di mana Basman dikatakan terjatuh dari lantai ini.
Norsuci menyenaraikan tempat cctv rosak iaitu tempat ambil wuduk wanita, cctv yang mengarah ke kantin, di kantin juga rosak selain mengarah ke pintu keluar lif juga diberitakan rosak.
Ads
“Jika ramai berkata Basman bunuh diri, keadaan jenazahnya tidak menggambarkan begitu iaitu seseorang yang jatuh dari jarak 43 meter ke bawah. Kepalanya langsung tidak pecah, bahkan hanya patah di bahagian kaki selain luka-luka. Ikut hukum fizik, benda terberat akan jatuh dulu ke tanah iaitu kepala.
“Masa yang sama, jika seseorang jatuh, pasti tubuhnya tidak akan tercampak pada jarak 15 meter dari kaki lima tapi kedudukan jenazah Basman berada pada jarak itu.
Ads
Arwah Basman ditemui di gelanggang bermain bola tampar dan jika benar seorang membunuh diri keran tekanan, dari kaki lima ia tidak akan berjarak sehingga 15 meter (dari kaki lima)JIka jatuh pada kedudukan 43 meter ke bawah, ikut hukum fizik kepala akan terhempas dahulu. Tapi jenazah Basman kepalanya tidak luka sedikit pun. “Lebih musykil, kepalanya langsung tak ada pendarahan. Hanya wajah dan dadanya lebam, tangan dan kaki kiri patah, tapak kaki seperti tersayat (robek) sedikit, tumit luka, kuku kaki ada yang hampir tercabut (selebihnya membiru), ada lebam di pergelangan tangan.
“Lebih musykil, kepalanya langsung tak ada pendarahan. Hanya wajah dan dadanya lebam, tangan dan kaki kiri patah, tapak kaki seperti tersayat (robek) sedikit, tumit luka, kuku kaki ada yang hampir tercabut (selebihnya membiru), ada lebam di pergelangan tangan,” kata Norsuci yang mengakui dirinya bukan doktor. Tapi dari filem kebanyakan ditontonya, orang yang terjatuh dari tingkat 8 akan mengalami pendarahan di kepala tetapi ini tiada langsung.
Masa yang sama, pada hari kematian Basman, jejak pada telefon bimbitnya menunjukkan dia berada 17 km dari kedudukan sekolah dan pada saat ibunya cuba menyusul ingin mencarinya di lokasi, anaknya itu diberitakan sudah meninggal dunia di sekolah.
Ads
Dan lebih musykil lagi, dalam satu pesanan ringkas dihantar kepada ibunya, remaja ini menggunakan bahasa ANDA, sesuatu yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini.
Mengakui anak remaja ini seorang yang berintelektual, baik budi bahasa tetapi cara kematiannya masih belum terjawab hingga kini oleh pihak berkuasa.
Dah kahwin, mak mentua pulak tak sebulu, serba tak kena dengan menantu. Apa nak buat bila dah macam ni? Ini jawapan yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Pendakwah Bebas dan perkongsian daripada Puan Yanti Yushilla.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga. Diduga Cico Ditimpa Musibah. Begitulah kasihnya seorang ibu kepada anak.
Seperti yang diketahui umum Uji Rashid diuji apabila anak tersayang, Cico Harahap, ditimpa musibah. Cabaran yang perlu dihadapi ibu ini sangatlah hebat, apatah lagi bagi menyembuhkan Cico yang mengalami masalah kesihatan, sejak beberapa tahun lalu.
Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga
Berkongsi kisah tentang Cico, Uji akui cabaran yang ditempuh bukanlah mudah.
“Masalah itu memberi kesan kepada otak, jantung dan vokal Cico. Akibatnya, Cico tidak pandai membaca dan tidak kenal huruf.
“Malah, Cico tidak kenal saya dan anaknya serta tidak boleh bercakap. Ini semua berlaku ketika saya menghadiri pengebumian seorang rakan artis.
“Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.
“Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.
“Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.
“Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.
“Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.
“Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun,” kongsi Uji seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian.
Cico Masih Belum 100 % Pulih
Tambah Uji lagi, anaknya itu belum pulih 100 peratus.
“Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.
“Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulilla,” ungkapnya.
Menyentuh tentang Aidilfitri dia dan keluarga menyambutnya secara sederhana.
“Kami hanya raikan dengan apa yang ada, persiapan pun tiada,” akhirnya.
Dua beradik bergaduh di wad ketika ayah nazak, sabit kesalahan boleh di penjara 6 bulan. Tindakan dua beradik bergaduh di wad di hadapan ayah yang sedang nazak memakan diri apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. Keduanya dituduh melakukan gaduh gempar di dalam wad Hospital Melaka ketika menjaga bapa mereka yang nazak, Januari lalu.
Tertuduh, Normala Othman, 47 dan Julaiha Othman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan pergaduhan di tempat awam.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di Wad 42, Katil 2A Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 19 Januari 2025.
Memetik laporan Kosmo Online, sabit kesalahan kedua-kedua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit berhubung hal persiapan bagi lokasi pengebumian bapa mereka, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada keesokkan harinya.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan bagi setiap tertuduh.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainudin yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mereka masing-masing menjaga ibu yang sakit, anak orang kurang upaya mental dan menanggung anak-anak yang masih kecil.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 setiap seorang dan menetapkan tarikh 3 Jun depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kecoh di media sosial, rata-rata netizen panas dengan berita seorang bayi perempuan berusia 47 hari maut selepas dipercayai didera keluarganya di Kampung Tok Panjang, 10.45 pagi.
Apa yang cukup menyedihkan, bayi kecil itu mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.
Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.
Tubuh Badan Bayi Lebam Dan Melecet
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.
“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.
“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.
Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.
Ibu Bapa Bebas Pengaruh Dadah
Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu.
Sumber: astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.