Keguguran kandungan sulung, Rafidah Ibrahim sedih namun reda. Begitulah berita sedih yang dikongsikan oleh pelakon ini menerusi akaun Instagramnya. Rafidah juga memaklumkan bahawa dia mengakui berasa amat sedih, namun reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Perkhabaran duka tersebut sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat Rafidah dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib.
Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda
“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.
“Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.
“Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.
Dugaan buat suami isteri ini.
Sesuatu (Berbentuk Pejal) Telah Keluar
“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat.
“Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku, pada hari yg sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yg ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.
“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran.
Ads
“Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah S.W.T itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.
Bersyukur Nikmat Kegembiraan Yang Dipinjamkan Sementara
“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yg dipinjamkan sementara itu.
“Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.
“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh.
“Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yang sedang menghadapi ujian yang dilalui dengan sabar,” kongsi Rafidah.
Tak mudah dan bukan semua lelaki rajin buat tetapi realitinya ini adalah tanda suami sayang pada isteri, jadi adakah anda sudah merasa situasi ini?
Kalau belum, mari baca sedikit nota kecil istimewa dari Puan Intan Dzulkefli, pastinya anda mampu berubah perlahan-lahan untuk jaga hubungan suami isteri dan Pencipta. Ingat, bahagia itu Allah bagi! Jom semak…
Suami kena jadi penasihat utama penampilan isteri. Sebelum keluar rumah, pastikan scan dulu penampilan isteri.
Tudung yang dipakai pastikan tidak jarang seperti pelapik langsir, wajib menutup dada & paling baik sekali tutup juga punggung.
Baju pastikan tidak jarang, longgar tidak menampakkan susuk tubuh & seeloknya melepasi paras punggung. Seluar juga jangan sampai menampakkan bentuk kaki ya.
Di samping itu, pastikan isteri pakai stokin, pakai handsock. Jika isteri jenis bermekap pastikan jangan berlebihan sangat, cukuplah sekadar kemas & bersih tanpa berwangian yang terlalu menonjol.
Sebaik-baik penampilan seorang wanita, pakaian yang dia pakai ketika keluar dari rumah boleh terus dipakai untuk menunaikan solat.. sebenarnya tak perlu telekung pun kalau betul-betul dah menutup aurat dengan sempurna.
Isteri hanya patut cantik di mata suaminya.. bukan di mata suami kawan-kawannya atau kawan-kawan suaminya.
Jadi tak perlu jeles kalau isteri orang lain bukan main vouge bila diluar, cukuplah kita berusaha untuk berhias diri untuk suami di rumah. Yang penting suami & Tuhan redha dengan kita.
Sila fahamkan & praktikkanlah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja. Tapi boleh bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Sementelah kalau suami tidak membantu langsung dalam kerja rumah.
Mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami. Hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal ruamh tangga.
Bab-bab ‘mengungkit’ nie, bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami. Tapi mungkin kerana isteri penat sehinggakan suami mula senang hati sebab isteri dapat mengurangkan beban.
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
Bukan Tidak Ikhlas
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa…
Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan…
Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, Nursery anak saya bayar, Bil-bil utiliti pun saya tanggung, abg boleh plak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?”
Suami : “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit mcm ni…”
Isteri Bayar
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana dah pun dibayar isteri…
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU…
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…
Kita kena ambik balik apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita dah mampu bayar…
Buat Perjanjian
Jangan terus pejam mata sbb dah buat agreement, rumah dgn kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan agreement tu plak dibuat di awal usia perkahwinan dahulu…
Now anak dah 3…belanja dapur yg isteri kluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima…same goes to bil-bil utiliti dan sebagainya…kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana dah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang…
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia…
Ingat, kita akan dikira “berhutang” dgn isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar…
Setiap anak-anak memang ada ‘perangai’ masing-masing. Ada anak yang mudah diurus, ada pula yang sebaliknya. Jenis memberontak tak reti diam. Pengacara Yatt Hamzahmenggunakan pendekatan sabar dalam mendidik anak-anak. Terutama anak kedua nya, yang dimaklumkan ada ciri-ciri itu.
Yatt Hamzah yang lebih selesa membahasakan dirinya ‘Bonda’ di instagram dikurniakan tiga orang cahayamata, Suci Hanania Malika, Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Media. Ketika ini, Yatt sedang hamilkan anak keempatnya.
Menerusi instagramnya Yatt berkongsi tip keibu bapaan; bagaimana seharusnya mak ayah melayani anak-anak jenis memberontak ini. Pendekatan sabar itu lah kuncinya. Nak dapatkan sabar itu, mak ayah kena buat 5 tip yang Yatt kongsikan ini.
“Bonda faham sangat jika ada ibu bapa yang stress didik anak-anak yang XTRA AGRESIF, TAK RETI DIAM/HYPER & REBELLIOUS. Sebab anak Bonda yang no. 2 pun macam.
“Tapi SABARLAH, kerana SABAR je kuncinya.”
“YES, it’s THE ONLY KEY TO HANDLE AGGRESSIVE CHILD. Kalau kita guna kekerasan, macam siram petrol pada api. Makin teruk dan buruk bukan makin elok.
“Yang penting BERSYUKUR, Allah bagi anak, Anugerah yang tak ternilai ini. Bayangkan jika hidup kita tanpa mereka. Pasti jauh lebih buruk. Maka, bersyukur dan bersabar.”
5 Tip Yatt Hamzah ‘Handle’ Anak-anak Dengan Sabar
“Ni Bonda share beberapa tips untuk handle anak-anak Agresif dengan cara psikologi dan Islamik. Moga bermanfaat.”
1. Jangan Jerit Pada Anak
Kenapa perlu jerit bila boleh cakap baik-baik dengan anak? Buang masa dan sakitkan tekak je. Kajian menunjukkan anak-anak lebih taat bila ibu bapa bercakap dengan nada yang baik dan lembut.
Menjerit pada anak-anak hanya buat mereka rasa down, takde harga diri dan malu. Lebih-lebih lagi jika depan orang lain. Mereka akan lebih degil dan memberontak.
Lebih teruk, mereka akan ikut perbuatan kasar kita dan buat pada orang lain dan ahli keluarga. Boleh tinggikan sedikit tone suara menunjukkan ketegasan bila menegur. Tapi jangan sesekali menjerit dan menengking.
2. Jangan Pukul Anak Dari Lutut Ke Atas
Kawal diri sebagai ibu bapa. Elak pukul anak dari lutut ke atas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Jangan sesekali pukul badan, tangan, lebih-lebih lagi bahagian muka dan kepala.
Percayalah ini hanya beri kesan negatif pada anak, lebih teruk mereka akan jadi trauma kerana dipukul bila buat silap. Rapatlah dengan anak. Nasihat dulu, baru pukul (jika perlu).
3. Jangan Guna Tangan/Kaki Untuk Pukul Anak
Walaupun kita mungkin pernah alami perkara ni, jangan sesekali menampar anak dengan tangan. Ia akan jadi lebih buruk.
Anak akan lebih nakal dan degil. Worse, ada ibu bapa guna kaki untuk tendang anak-anak. Ini bukan mengajar tapi mendera dan sangat ditentang ISLAM.
4. Jangan Mengeluh Depan Anak
Jangan mengeluh dalam membesar dan mendidik anak-anak. Keluhan adalah racun yang rosakkan hubungan ibu bapa dan Anak. Keluhan akan buat anak-anak rasa diri mereka beban.
5. Jangan Tipu Anak
Na’udzubillah. Ibubapa kena bijak explain pada anak-anak tentang sesuatu agar mereka faham. Bagitahu kebenaran dan mengelak dengan bijak jika kebenaran itu akan memudaratkan mereka.
MW : Dapatkan tipnya mak ayah, masih sempat untuk kita perbaiki mana yang kurang dalam mendidik anak-anak ya mak ayah.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...