Kata Lufya, “Banyak Pengorbanan Isteri Seorang Doktor Ni..”

Kerjaya doktor ini boleh dikatakan antara pekerjaan yang paling tak cukup masa. Lagi-lagi doktor hospital kerajaan yang bertugas baik secara on call mahupun tidak. Luahan hati pelakon Lufya Sheikh Omar ini terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom membuktikan kebenarannya.

Boleh dikatakan, diri mereka bukan untuk diri sendiri mahupun keluarga. Malah hak milik orang ramai. Sebagai isteri seorang doktor, tentu-tentulah Lufya memahami kerjaya suaminya.

Dalam instagramnya baru-baru ini, Lufya maklumkan yang suaminya bergurau ketika cuti hari Sabtu. “Hubby saja melawak di hari cuti Sabtuday ni. Dia kerja sokmo.

Banyak pengorbanan isteri seorang doktor ni. Suami jadi hak milik kerajaan.” Tulisnya ketika mengimbas kembali gambar mereka berdua ketika baru-baru mendirikan rumah tangga.

Lainnya muka kami. Hilang terus gelaran Barbie jadi Barney pula.” seloroh Lufya.

Salute Buat Isteri Doktor Yang Lain

Dalam pada itu, sempat lagi Lufya berkongsi rasa kagumnya dengan isteri-isteri doktor yang lain. Apatah lagi, doktor-doktor wanita yang bertugas di hospital.

IKLAN

Yang doktor perempuan lebih hebat! Dengan on call nya, tanggungjawab pada anak-anak dan suami. Dan sebagainya.”

Hebat doktor kat Malaysia ni. Kelas A.”

Haa.. ini lebih mengejutkan. Bila mana tiba musim cuti perayaan, bukan semua doktor berpeluang untuk bercuti Hari Raya dengan keluarga. Demi tugas dan menyelamatkan nyawa orang ramai.

IKLAN

Hmm.. Raya ni entah dapat cuti ke tak? Whuaaa.. Haura nangis. Mummy steady je.” Nampaknya Lufya pun dah terbiasa dengan kerjaya suaminya itu.

Memahami tugas suami adalah satu perkara yang membuatkan hubungan suami isteri jadi lebih erat. Begitulah hidup berpasangan, saling melengkapi dan bertoleransi dalam apa juga situasi.

 

IKLAN

Selamat Hari Doktor Kebangsaan

All we can say is Thank You Very Much Doctors. Credit to my sister Dr. Naifah. We love you too. My sister, who work as anaesthetic doctor in the government hospital.

Ucap Lufya yang juga ibu kepada Laana Haura yang mini berusia 4 bulan.

Dalam pada itu, Lufya juga berkongsi rasa sedihnya apabila instagramnya sebelum ini telah digodam. Keadaan itu menyebabkan banyak gambar kenangan bersama keluarga hilang. Kini, beliau menggunakan akaun instagram yang baru.

Sumber/Foto : Instagram Lufya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI