Sumber / Sumber Foto : Facebook Keter Antik

“Kami akan terus memelihara, manjakan kucing-kucing kesayangan Adibah” begitulah ungkapan yang diluahkan oleh pemilik akaun Facebook Keter Antik yang juga pembantu peribadi Allahyarham Adibah Noor yang dikenali sebagai Todd.

Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.

Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.

“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap haiwan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)ad SAW yang sangat disayangi.

“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah”

Semasa hayatnya Allahyarham telah menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk-makhluk ciptaan Ilahi yang lain. Kucing-kucing milik Allahyarham Adibah tidak akan terbiar dan akan dijaga oleh Todd dan keluarga penyanyi itu.

“Bismillahhirahmonirohim

“Assalamualaikum wrb.

“Bagi pihak keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah Adibah Noor, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian kasih sayang serta doa yang telah kalian hulurkan di kala kami amat berduka dengan pemergian beliau, insan yang terlalu kami kasihi.

IKLAN

“Semoga kecekalan, semangat juang dan sifat pemurah yang beliau tunjukan ketika hayatnya akan terus dikenang serta menjadi tauladan dan amalan hidup kita jua.

Penawar Rindu Kami

“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah” Penawar Rindu Pada Allahyarham

“Meskipun masa mungkin mengubat duka, namun masa tidak akan mungkin memudarkan cinta dan kerinduan kami terhadapnya.

“Bukan hanya sesama manusia, Diba juga sentiasa menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk makhluk ciptaan Ilahi yang lain.

“Justeru, kami jua akan terus memelihara dan memanjakan kesemua kucing kucing kesayangannya, seperti mana yang telah beliau lakukan selama ini.

“Barangkali, di situ jualah sedikit sebanyak penawar rindu kami. Al – Fatihah,” luah Todd.

“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah” Penawar Rindu Pada Allahyarham

IKLAN

Kebajikan Kucing-Kucing Arwah

Menerusi satu ciapan di Twitter Adibah, turut dikongsikan pesanan kepada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu.

“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA (pembantu peribadi) Adibah Noor dan keluarga arwah.

“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing itu,” tulisnya.

Baca Disini : Adibah Sebak Kehilangan Kucing, “Bobby, Kau Hantar Kepadaku 15 Tahun Lalu Ketika Aku Jatuh Tersungkur”

Tandas Kucing Di Pasir Mas, Disiplinkan Si Bulus Dari ‘Membuang Merata’

IKLAN

“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah” Penawar Rindu Pada Allahyarham

“Terima Kasih Tolong Jagakan Kucing-Kucing Kesayangan Arwah Diba” Warganet

“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah” Penawar Rindu Pada Allahyarham “Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah” Penawar Rindu Pada Allahyarham

Mingguan Wanita :  Berbuat baik kepada haiwan adalah satu perkara yang amat dituntut dan merupakan satu tanggungjawab dalam Islam.

Sumber Sumber Foto : Facebook Keter Antik

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI