Sebaiknya kalau mak, ayah tak mampu berlapang dada bab duit, lebih elok tinggal asing dengan mertua. Bukan mudah jika tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai.
Melainkan hanya tinggal bersama mertua, tentu tidak mengunakan belanja yang besar. Tinggal bersama mertua ini bukan hanya melibatkan emosi, malahan juga kos sara hidup juga perlu diambil kira.
Kongsi Firdaus Shakirin, duduk atau tinggal di rumah mertua, barang rumah siapa beli?
Kalau Tak Mampu Berlapang Dada Bab Duit
Menurutnya, kalau kita tidak mampu berlapang dada bab duit ini, maka elok saja duduk berasingan dengan mertua…
Jadi bila sudah duduk asing, sendiri hendak masak atau sendiri mahu makan, maka duit sendirilah yang akan dikeluarkan…
Kalau duduk rumah mertua ini, mesti tidak sampai hati hendak kata,
“Bahagian mertua, mertua beli dan kemudian bahagian kita, kita yang beli. Satu peti ais untuk mertua dan lagi satu peti ais untuk keluarga sendiri…”
Peti ais kita, letak kunci sebab tak mahu bagi orang lain terguna barang makanan kita…
Lebih Elok Tinggal Asing Dengan Mertua
Pelik bukan, tapi ada yang duduk dengan mertua dan tinggal di rumah mertua, makanan dia simpan dalam bilik sebab dia yang beli makanan itu… Hak dialah, duit dia kan…
Ads
Tapi kalau kita tengok keadaan macam itu berlaku dekat anak menantu kita yang tinggal dalam rumah kita, kita rasa macam mana?
Kalau pasangan tak mampu untuk tanggung semuanya, ada adik ipar lagi, kemudian ada biraslah dan mertua lagi, maka pindahlah…
Tak perlu hendak serabut kepala dan semakkan fikiran setiap bulan siapa yang kena keluarkan duit belanja…
Berbeza Jika Mertua Uzur
Namun jika mertua sudah uzur, sudah tiada pekerjaan, hanya tinggal mertua sahaja dan tidak ada orang lain tinggal bersama, maka rasanya kos perbelanjaan itu tidah adalah jauh beza sangat…
Duit yang sepatutnya guna untuk sewa rumah atau beli rumah, gunalah untuk buat belanja beli barang dapur…
Mingguan Wanita : Sebelum tinggal bersama dengan orang tua, bincang dahulu sebaiknya dengan pasangan. Teliti baik, buruk tinggal bersama. Tidak semua mampu tinggal bersama mertua, namun ada juga yang bahagia tinggal bersama mertua.
Jaja kisah mentua, mungkin ada sesetengah menantu yang tidak ‘gam’ dengan mentua. Habis segala buruk diceritakan. Biasanya, berkongsi cerita dengan adik beradik atau kawan rapat.
Sedangkan sebelum bergelar suami isteri, segalanya nampak baik. Tak kiralah bagi pihak menantu atau mentua. Namun, bila dah ‘masuk’ dalam keluarga itu, mulalah nampak segalanya. Paling sedih, bila sanggup jaja kisah mentua.
Suka atau tak suka, jaga aib keluarga mentua. Sebab kita berkahwin dengan pasangan bermakna kita menerima pasangan kita seadanya, sanggup susah senang bersama.
Perasan tak ada menantu yang susah nak balik rumah mentua. Macam-macam alasan yang diberikan. Adakah sebab rumah mentua di kampung, keadaan rumah yang tidak cantik seperti rumah sendiri. Mungkin inilah menjadi salah satunya.
Itulah hakikatnya yang mungkin berlaku sekarang ini. Bukan setakat tidak suka tapi lebih teruk, jaja kisah mentua pada orang lain. Sedar tak, apa yang menanti cakap itu adalah kelaurga pasangan sendiri.
Tak perlu nak cerewet dan terimalah seadanya. Semoga perkongsian Anie Ajla ini membuka mata buat menantu agar tidak buka aib kehidupan pasangan kita. Itulah cara dia diberarkan terimalah.
Acik cukup menyampah orang datang rumah sekali-sekala dan mulalah jaja kisah buruk rumah tangga kita kepada orang luar. Sudahlah datang sekadar jadi tetamu, buatlah perangai semegah sikit. Tak perlulah sental lantai, susun atur kabinet rumah orang. Semua itu tak perlu.
Kalau kisah rumah dia kotor, boleh kacau anak cucu korang macam isu saka melewati generasi demi generasi. Tulislah buku, buat trilogi. Jual, dapat duit pulang modal berubat.
Tapi kalau korang datang sekali-sekala, balik nak menjenguk muka mak ayah mentua. Nak raikan anak-anak kita yang masih ada datuk dan nenek, tak perlulah berkongsi kisah rumah mentua kotor. Cerita sesama kita adik-beradik saja, masa minum petang nak mengumpat.
Kalau tak malu dengan mentua sekali pun, hormat sikit suami. Rumah kotor itulah suami kita dibesarkan dan kita PILIH dia jadi suami. Apa korang tak bertandang dulu ke rumah dia, sebelum nak bertunang? Tak nampak jamban berkerak dan tak nampak dapur berminyak?
Orang tua-tua ni, tak ada kederat dah nak cerewet macam kita yang banyak tenaga. Nak-nak kalau jenis berkebun. Dia tak ada kederat nak belek rumah, cuci gilap menciut-ciut.
Kalau balik sekali-sekali, anak cuculah diharapkan dapat membantu. Kalau korang cerewet sangat, ISO tinggi langit, bawa balik orang gaji. Pinjamkan kepada mak ayah buat seminggu dua. Mesti rumah dia pun bersih macam rumah kita.
Ini balik sekali-sekala, semua tak kena. Entah-entah sarapan pagi pun, mak mentua yang sediakan. Menantu bangun tidur lepas subuh gajah. Orang tua dah kat kebun menebas rumput.
Mingguan Wanita : Ingat, tak perlulah nak komplen dan nak cerwet itu ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Akan tiba satu masa bila kita pasrah dengan pasangan, apa yang dia lakukan bukan lagi menjadi keutamaan buat kita. Langsung tidak terkesan.
Mungkin selama ini mak-mak terlalu beremosi bila sang suami tidak berubah laku, puas diluah tetapi seakan mencurah air ke daun keladi. Kini hanya mampu dan berserah saja kepada Allah.
Jika dia mahu berubah, maka berubahlah. Jika tidak abaikan saja bila terlalu pasrah dengan pasangan. Betul tak?
Kongsi Firdaus Shakirin, bila kita sudah pasrah dengan pasangan. Maka apa yang dia buat bukan lagi satu keutamaan untuk kita fikirkan sehingga serabut fikiran…
Kita sudah tak lagi sakit hati, terasa hati atau pun ambil hati…emosi kita kekal tenang dan tenteram walaupun dia ada depan-depan…
Tanggungjawab jalan, kewajipan jalan…
Tak miss, tiada mogok, tak tunjuk perasaan… Deep inside, tak berharap langsung sesuatu yang luar biasa berlaku pada dia… Jika dia hendak macam itu sampai bila-bila pun ikut dia lah…
Usaha sudah, doa juga sudah dan tawakal pun sudah… Mungkin belum masanya untuk Allah bagi Hidayah kepada dirinya…
Bila kita akan pasrah dengan pasangan? Bila kita sudah cakap berkali-kali, bila kita sudah tegur berkali-kali, bila kita sudah nasihat berkali-kali tapi satu apa pun tak masuk ke dalam telinga dia, otak dia…
Dia tak nampak kebaikan dari apa yang cuba disampaikan…
Dia hanya nampak pasangannya itu hendak kawal dirinya, hendak sekat pergerakannya, hendak ganggu kebebasannya… Setakat itu saja yang dia boleh fikir dan mampu fikir…
Ada tahap di mana kita akan merasakan bahawa pasrah dan berserah itu adalah satu pilihan yang terbaik untuk dilakukan…
Kerana jika kita masih hendak teruskan dengan beremosi atau terasa hati untuk setiap apa yang dia buat, maka kerja tak berjalan, hendak buat apapun terganggu dan yang penting, hendak beribadah pun tak boleh fokus…
Give your head and your heart a rest…stop thinking about it…
“I’m Done”
Mingguan Wanita : Pasrah bererti menyerah saja kepada Allah SWT, apa-apa yang berlaku selepas ini adalah atas kehendak Allah.
Dari mata turun ke hati. Itulah permulaan bagi seorang lelaki yang mula suka dan tertarik pada seorang perempuan. Mungkin inilah pasangan yang layak dijadikan isteri dan permaisuri hatinya.
Jika sudah sampai jodoh, kenal hati budi dan rasa serasi, tidak perlu tunggu lama-lama. Memang layak untuk menjadi ibu rumah pada bakal anak-anak.
Namun, bagaimana ditakdirkan bila kenal dan mula rasa tidak selesa dek perangai yang terbongkar satu persatu. Peel dan perangai yang mungkin ‘menjengkelkan’. Baik lelaki mahu pun perempuan, ada masanya kita akan rasa dia ini tak layak dijadikan pasangan dan tidak serasi walaupun beberapa kali berjumpa.
Perumpamaan ini selalu diberikan, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Tapi apa yang boleh dikatakan lelaki yang baik juga mampu membimbang isterinya ke jalan yang lebih baik lagi.
Perkongsian daripada Samuel Dzul ini, cukup menarik untuk dijadikan panduan buat wanita di luar sana. Sikap-sikap inilah yang kita sendiri tanpa sedar ada dalam diri.
Bagi wanita yang sudah berkahwin kenalah perbaiki dan bagi wanita yang belum berkahwin, elakkan daripada sikap ini dan sebenarnya kita layak jadi isteri solehah.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat kepada kaum lelaki agar tidak menikahi 6 jenis perempuan iaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Asy Syaddaqah.
Siapakah mereka ini?
Al-Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.
Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial, keluarga sendiri dan pihak ketiga.
Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu, suami juga akan mengalami tekanan perasaan dan boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mertua atau sahabat.
Al-Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat. Ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada isteri.
Al-Hananah adalah wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami.
Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya.
Namun yang paling teruk adalah jika wanita itu pernah mempunyai teman lelaki dan wanita itu membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan. Nauzubillah.
Al-Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan suka meminta ataupun memaksa suami untuk membelikannya. Jika jenis-jenis wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan Suami.
Walaupun wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros patut dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak Isteri yang berlebih-lebihan.
Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari.
Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi.
Perkara ini adalah lebih teruk jika wanita itu berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai.
Asy Syaddaqah adalah seorang wanita yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran itu bukanlah untuk memperbaiki atau pun memberi manfaat, akan tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.
Terdapat perkara yang boleh ditegur apatah lagi jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa menegur tanpa unsur periksa.
Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.
Sebelum berkahwin, adakanlah sesi taaruf secara terjaga syariatnya sebagai usaha lahir.
Lakukan istikharah, minta Allah pandu agar bersesuaian dengan diri kita.
Untuk para wanita yang kasihi, berhati-hatilah di dalam mengendalikan 9 nafsu kalian.
Jangan turutkan emosi dan perasaan. Tapi rujuk semula Hadith dan Al-Quran sebagai panduan.
Jadilah seperti yang Allah dan Rasul suka. Bukan seperti yang diri sendiri suka.
Buat para lelaki yang saya kasihi, kejar dan usahakanlah taqwa agar Allah jadi pembela buatmu sentiasa serta mampu didalam mendidik para wanita sehingga ke hujungnya.
Hidup yang tanpa mujahadah adalah hidup yang menolak redha Allah secara terang-terangan.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhkan dari sikap-sikap ini. Jadilah orang bersederhana dan sentiasa bersyukur.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bukan sedikit nilainya, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.