tak-boleh-puasa

Dalam sebulan, pasti ada hari yang orang perempuan tak boleh puasa. Bila duduk di rumah, tiada masalah lah kalau nak makan sorok-sorok.

Kalau tak berpuasa di pejabat itu, akan cari ‘geng’ dan nak beli pun melalui drive-tru. Sebab malu punya pasal nak membeli makanan di bulan puasa.

Sayangnya, akhir-akhir ini ada pula segelintir orang perempuan yang tanpa segan silu order makanan di kaunter. Lebih parah siap duduk makan dalam restoran.

Hadamkan teguran lelaki ini, Azuan Mohamad kenapa tindakan sebegitu boleh mengundang rasa kurang senang kepada umat Islam lain yang sedang berpuasa.

Tak Boleh Puasa, Order Nugget, Duduk Makan Di Kedai

Kisah viral pasal 3 orang akak bertudung yang order nugget 9 piece, cheezy fries dan ice lemon tea, kemudian duduk makan di kedai yang sama, sambil berborak riang sesama sendiri masih hangat dibahaskan.

Ianya bukan tentang, “Saya uzur ni, datang bulan, tak boleh berpuasa.”
Iya, ianya bukan tentang, “Eh saya berpuasa ni, janganlah makan dihadapan saya.”
Ianya bukan tentang, “Saya hamil, badan lemah membawa budak. Tak kan nak biar saya lapar.”
Ianya juga bukan tentang, tiada rasa empati dan simpati terhadap mereka-mereka tadi.
Bukan.

Ianya tentang adab dan menghormati orang lain yang sedang berpuasa. Sekaligus mengelak bangsa beragama lain berpandangan serong terhadap kita.

Tidak semua penganut agama lain tahu yang perempuan tak boleh berpuasa jikalau uzur.
Tidak semua tahu yang kita dibenarkan berbuka kerana mengandung dan sedang bermusafir.

Aku kata tidak semua, okay. Sila baca balik, tidak semua.

IKLAN

Kita yang Islam ni, kalau rasa tak boleh puasa.
Makanlah.
Minumlah.
Berbukalah,
tapi dengan cara paling beradab.

Bolehkan beli dan bungkus makanan tu bawa balik rumah atau makan saja di pejabat. Elakkanlah diri dari makan dikhayalak yang ramai orang.

Baca sini : Mak-mak Datang Bulan, Da’i Hamidah Terang Cara Manfaat 10 Malah Terakhir Ramadan

Ada Sebab Wanita Tak Berpuasa Kena Berbuka Sembunyi-sembunyi

Teringat kata dari mantan mufti besar Arab Saudi dulu. Katanya,
Sesiapa yang berbuka puasa di bulan Ramadhan kerana keuzuran, maka hendaklah dia berbuka secara sembunyi, seperti seorang yang musafir yang tidak diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang musafir, dan wanita yang tidak diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang haid, maka dia hendaklah makan dan minum secara sembunyi supaya dia tidak dituduh bermudah-mudahan dengan arahan Allah.”

Kita ni bukannya berada di negara yang seratus peratus rakyatnya Islam. Kalau semuanya Islam, bolehlah kita nak berhusnuzon.

Oh, mesti dia tak puasa sebab uzur.”
Haa, gitu husnuzon.

IKLAN

Tapi,
Kita ni dalam negara yang ada pelbagai bangsa dan agama. Kalau bangsa lain yang kurang tahu pasal agama islam tengok, kita nak jawap apa. Kau nak jumpa sorang-sorang beri penerangan, jelaskan situasi satu persatu. Macam tu?

Tolonglah,
Tolong jauhi agama kita dari diperkotak katik serta menjadi bahan umpatan dan fitnah.
Nak ikut negara lain yang membenarkan rakyatnya makan di kedai makan seperti biasa? Boleh, silakan. Tapi, dimanalah manisnya bulan Ramadhan ini nanti.

Tak minta banyak pun, sebulan saja untuk kita membezakan kebiasaan hari-hari kita. Biarlah bulan Ramadhan ini lebih istimewa dari bulan-bulan lain yang ada.

Begitulah.

#azuansocool

IKLAN

Ibarat Tak Menghormati Ramadan

Bak kata Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, tindakan semacam itu sebagai tidak menghormati Ramadan yang termasuk dalam senarai perkara saling difahami oleh penduduk bukan beragama Islam.

Malah, tindakan itu boleh menimbulkan rasa kemarahan kepada umat Islam yang lain.

Kalau di Maghribi, Kuwait, Arab Saudi pesalah boleh dikenakan hukuman.

Malah Malaysia sendiri, kesalahan makan minum di khalayak ramai ini, bila disabit boleh dikenakan hukuman denda malah penjara.

Di Perak misalnya, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992, Bahagian IV iaitu kesalahan berhubung maruah agama dan institusinya.

Sumber/Foto : Azuan Mohamad, Sinar Harian, Gimme Delicious

Beli BAJU RAYA 2022 di sini : https://invol.co/claikqx

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI