Lagi beberapa hari kita bakal meninggalkan Ramadan. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini, walau mak-mak ‘datang bulan’ pun masih boleh gandakan pahala dengan amal ibadah.
Tapi tak bermakna, tak boleh berpuasa, mak-mak biarkan jiwa tu kosong. Banyak amalan ibadah yang mak-mak boleh sempurnakan.
Ini yang dikongsikan Da’i Hamidah untuk panduan wanita haid di bulan Ramadan.
“Jom manfaatkan malam ganjil di 10 terakhir Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kita tahun ini berkualiti. Bulan inilah peluang terbesar untuk kita perbanyakkan melakukan kebaikan.”
6 Cara Mak-mak ‘Datang Bulan’ Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan
Bagi wanita haid yang tidak boleh berpuasa, kita juga dapat mengumpul pahala di antaranya dengan :
1. Berzikir dan berdoa sungguh-sungguh.
Ads
2. Mendengar alunan ayat Quran dan zikir.
3. Tadabbur terjemahan dan tafsir Al-Quran.
4. Mendengar tazkirah dan menuntut ilmu.
Ads
5. Membantu memudahkan urusan berbuka puasa dan bersahur ahli keluarga dan sahabat.
6. Membanyakkan bersedekah dan memberi khidmat.
Bacalah Juga Doa Ini
Perbanyakkan membaca doa berikut:
. اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “ .
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku “
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal kebaikan.
Susah gamaknya, nak bersabar dengan isteri sendiri. Lagi-lagi yang merasakan kahwin ni satu percubaan. Suka-suka nak nikah, bila dah tak suka kau cerai.
Sedih tau, baca realiti rumahtangga yang Bonda Nor kongsikan ni. Isteri-isteri muda yang diceraikan ini mengadu. Tanpa sebab, suami ‘melepaskan’ dirinya. Bukannya isteri itu tak reti jaga penampilan, malah cantik-cantik pula isteri tu.
Taulah kuasa talak tu di tangan suami, tapi jangan salah gunakan kelebihan yang tuhan beri tu.
Yang peliknya tu, lebih kurang sama je kes mereka. Baru je setahun dua kahwin dah jadi janda. Yang lebih peliknya, ramai wanita yang diceraikan ni cantik-cantik belaka. Dan setakat saya kenal, baik-baik pula adab dan agama mereka.
Tapi itulah, berderau darah bila mereka datang mengadu sudah diceraikan. Alasan yang diberi bekas suami – tidak serasi.
Betul! Bukan satu dua kes macam ni. Ramai! Itu yang saya pelik tu. Cerai tanpa sebab ni sejenis penyakit menular ke apa?
Allah.
Kahwin ni bukan testing-testing, cik abang! Suka hati kau je nak try, lepas tu boleh selamba je nak say goodbye.
Once kau dah setuju nak ambil sorang perempuan jadi isteri, kau kena tuluskan hati untuk terima dia seadanya. Yang baik pada dia, syukuri. Yang tak baik, bimbing. Ajar dia baik-baik. Itu memang tugas kau!
Takkan baru setahun dua kahwin dah mengaku kalah, lepas tu terus ambil jalan mudah.
“Maaf. Kita tak serasi. Cukuplah sampai sini. Saya ceraikan awak talak satu.”
Eh, kau apa hal? Apa cerita ni? Ingat cerita nikah kahwin ni main-main?
Orang kat luar sana ada yang struggle giler kumpul duit nak kahwin. Kau dah dapat, tak tahu nak jaga. Sesuka hati je nak jadikan bini kau janda!
Orang kat luar sana struggle giler pertahankan rumahtangga walaupun teruji dengan jatuh cinta lagi, teruji dengan duit tak cukup, teruji dengan kerenah ipar duai dan segala macam mak nenek ujian, but still mereka menolak untuk bercerai.
Kau? Atas alasan tak jelas, boleh pula senang-senang jatuhkan talak!
Allah.. sudahlah. Belajar jadi seorang yang matang. Jangan buat keputusan ketika sedang marah atau sedih. Rasa marah, rasa sedih hanya bersifat sementara. Perasaan tu yang patut berakhir. Bukan rumahtangga kau!
Hidup bukan semata-mata melayan emosi. Kita semua ada tanggungjawab yang perlu dilunasi. Teruji dengan perasaan itu ini, sabarkan diri dulu. Walau sesakit mana pun hati kita, jangan terburu-buru. Fikir dulu. Istikharah. Tanya Allah! Jangan ikutkan kau punya logik akal atau emosi saja!
Ingat! Bahagia itu bukan letaknya pada cinta semata-mata. Ia juga ada pada usaha untuk membuat orang lain bahagia.
Eh.. kau tak rasa bersalah ke buat orang yang sayang kau jadi janda? Kau tak rasa bodoh melayankan ego?
Buat para wanita yang teruji diceraikan suami dengan cara yang tidak adil seperti ini, saya doakan moga beroleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Move on. Tak perlu dirayu pada yang tak mahu. Jangan terhegeh-hegeh macam perempuan tak laku. Kadang ada sesetengah lelaki ni makin dirayu, makin melangit egonya. Buang masa saja layan mereka!
Ayuh move on. Bina semula hidup. Tingkatkan kredibiliti dan harga diri sendiri. Fokus kerja. Cari duit. Sibukkan diri. Tabur bakti. Be somebody. Hah, masa tu nanti, entah-entah si dia yang tak tahu hargai itu pulak yang gigit jari. Lepas tu tetiba datang merayu-rayu nak kembali. Euwww..
Hari ini merupakan hari kesebelas umat Islam menjalani ibadah puasa. Setiap hari sudah pasti golongan ibu memikirkan cara kreatif yang perlu disediakan untuk menjamu seisi keluarga semasa berbuka. Sekali sekala golongan suami apa kata berilah isteri berehat dan bawalah anak-anak menikmati makanan yang pelbagai di hotel. Pastinya insan yang bernama ibu akan berterima kasih jika dihadiahkan suami untuk berbuka puasa di luar.
Sepanjang Ramadan ini Kafe Makan Coffee House di Hotel Royal Kuala Lumpur menyediakan juadah tradisi yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu. Pelbagai hidangan yang membuka selera dihidangkan sepanjang Ramadan.
Menurut Pegawai Perhubungan hotel, Nur Qistina Charmaine Wong, setiap tahun Hotel Royal Kuala Lumpur menyajikan hidangan yang pelbagai dan menambat selera pengunjung khususnya di bulan Ramadan.
“Kali ini kami telah menjemput seorang chef yang pakar memasak berasal dari Sabah. 13 menu disediakan daripada 13 buah negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak sebagai sajian kepada pengunjung hotel yang memilih untuk berbuka puasa di hotel kami.
“Masakan atau makanan tradisi Melayu yang disediakan oleh chef di hotel ini bukan sahaja sajian yang membabitkan lauk pauk. Selain daripada menu utama, tentunya kami juga menyajikan secara bufet segala jenis kuih-kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut citarasa Barat walaupun fokus utama ialah Khazanah Warisan Melayu.
“Saya percaya, selain daripada menu makanan, kuih muih yang menjadi pencuci mulut yang disediakan oleh chef di hotel juga menepati selera dan citarasa kebanyakan orang,” ungkap Qistina sambil tersenyum.
Qistina juga menerangkan Bufet Ramadan akan sehingga 3 Jun depan, para pengunjung Hotel Royal Kuala Lumpur juga boleh menjamu selera tanpa perlu bimbang untuk mengerjakan solat Maghrib dan terawih kerana di hotel ini juga turut disediakan surau yang mampu menampung bilangan pengunjung.
Chef Berpengalaman
Chef Sudin Ahmad, anak kelahiran Tuaran, Sabah yang diberi tanggungjawab menyediakan sajian Bufet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur ini yakin dengan hidangan yang bertemakan Khazanah Warisan Melayu digemari ramai.
“Saya memulakan karier dalam bidang kulinari sejak tahun 1999, saya juga seorang chef berpengalaman dan pernah berkhidmat di beberapa hotel dalam negara. Antaranya, saya pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La di Sabah, Hayatt Hotel di Johor, Hotel Sheraton Imperial dan Westin Hotel di Kuala Lumpur.
“Dengan pengalaman yang ditimba, apabila berkhidmat di Hotel Royal Kuala Lumpur, saya mahu menyajikan 80 peratus makanan Melayu di sini.
“Signature dish yang menggamit pelanggan untuk berbuka puasa di hotel ini ialah Rendang Tok, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Singgang dan banyak lagi.
“Selain itu pelbagai jenis ulam-ulaman juga ada dan pencuci mulut seperti bubur juga disediakan. Semuanya mengikut citarasa dan tekak Melayu,” katanya akhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lagi-lagi tuan rumah yang baru berstatus ibu tunggal. Kita tak tahu apa kepayahan yang telah dilaluinya sebelum ini. Walaupun masih mampu tersenyum di pagi Syawal, dalam hati merintih, kita pun tak dapat teka.
Padu pesanan yang dikongsikan Puan Marliya Ramli, macam mana cara beradap nak bersembang time beraya di rumah orang. Lagi-lagi bila tuan rumah itu baru saja lalui ujian musibah dalam hidupnya.
Bagi wanita yang melalui proses penceraian, ianya ibarat ditikam dada. Sakitnya ibarat mati walaupun masih bernafas. Kesedihannya teruk namun di bibir senyuman masih diberi.
Hanya insan terdekat menjadi saksi melihat. Hanya insan terdekat merasai kepedihan hati.
Tahun ni ada beberapa individu yang terdekat dengan akak menyambut raya sebagai ibu tunggal. Ya… ini raya pertama mereka sebagai ibu tunggal.
Akak tak harap banyak, akak cuma harap sedara mara yang berkunjung ziarah tidak menyibuk bertanyakan itu ini.
Masih tak tahu cara nak beradab? Meh sini akak senaraikan :
1 – elakkan menyebut segala-gala yang berkaitan dengan bekas suami beliau. Tak kiralah secara langsung atau tidak langsung.
2 – layan ibu tunggal seperti biasa. Jangan guna perkataan kesian, sedih, sepi, awan terpilu, duka lara. Mak ko ijau.
3 – bercakap isu semasa seperti cuaca, kerjaya, perniagaan, resepi kuih, memori sekolah. Jauhi dari menyentuh topik peribadi.
4 – elak bertanya anak kecil, Papa adik kat mana? Papa hilang ke? What? Jangan sampai cow dihilangkan nanti. #apeni
5 – fikir tiga kali sebelum mulut mengeluarkan sebarang soalan atau kenyataan. Fikir dan bayangkan kalau kita di tempat ibu tunggal tersebut.
6 – jangan tayang sangat kebahagiaan anda dengan suami. Ada yang memerhati dan tercalar hati.
Saudara kita sedang bersedih gais! Bersedih yang teramat sedih. Kena ingat tu!
Malang sungguh bila masyarakat masih miskin dengan adab. Masih miskin dengan kebijaksanaan. Selamba je bertanya itu ini. Mentang-mentang la bodoh tu percuma, tak perlulah cow sorang nak borong semua.
Kita selamba bercakap apa yang kita suka. Mentang-mentang la cow bahagia dengan suami. Semoga raya tahun depan cow bukan ibu tunggal lah ya…
Jangan lupa, dunia ni ibarat roda. Hanya masa menentukan nasib kita. Tik… tok.. tik.. tok…
Kurangkan bercakap. Ada benda rasa nak cakap, tak perlu cakap semua. Cukuplah biarkan hati yang berkata-kata. Diam itu berharga seperti berlian dan emas 999.
Raya adalah hari untuk kita menyambung ukhuwah. Bukan untuk membuat hati saudara rasa susah.
Tak kaya harta tak pe, tapi jangan MISKIN ADAB. Tak skolah tinggi tak pe, jangan ditayang kebodohan diri.
typo malas nak edit : cow = kau
Salam sayang
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!