Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di Kemaman.

Remaja 15 tahun beranak sendiri di rumah, nekad tamatkan nyawa bayinya sebaik melahirkan. Entahlah apa yang difikirkan ibu muda ini bila melihat bayinya. Allahuakbar beratnya ujian.

Sudah pasti apa yang terjadi, bukan setakat menguji ibu yang masih remaja ini, malahan ahli keluarga juga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Remaja 15 Tahun Beranak Sendiri Di Rumah

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di Kemaman, Terengganu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Terdengar Bunyi Sangkakan Kucing, Bayi Cukup Sifat Dibuang Di Kawasan Pembuangan Sampah

Remaja Tutup Mulut Bayi, Masukkan Dalam Beg Sekolah & Ayah ‘Tolong’ Buang!

Terlanjur & Terberanak Tolong Jangan Buang Merata, ‘Baby Hatch’ Selamatkan Bayi

IKLAN

Nekad Tamatkan Nyawa Bayinya

“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.

“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sebaik Melahirkan

Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.

IKLAN

Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana. Anak remaja dalam usia sebegini amat memerlukan perhatian dan belaian mak, ayah. Oleh itu jangan ambil mudah dalam mendidik anak anak dalam usia begini. Dalam usia 15 tahun, apalah yang dia tahu apatah lagi perlu melalui proses mengandung dan melahirkan.

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI