Siapa yang tak sebak lihat barisan hadapan yang berdepan secara direct pesakit Covid-19. Hinggakan ada yang terpaksa memakai baju PPE yang dibuat dari plastik sampah. Begitu sekali pengorbanan Frontliner ini demi kesihatan dan kesejahteraan negara.
Mereka tidak minta lebih, mereka cuma mengharapkan agar anda DUDUK DI RUMAH. Dan biar mereka yang keluar bekerja. Namun, ada yang masih berdegil tidak menghiraukan arahan pihak kerajaan ini.
Semakin hari, kes Covid-19 semakin bertambah. Kerana perkumpulan orang ramai, tidak jaga jarak itulah punca tersebarnya. Usahlah buat barisan hadapan ini kepenatan mental dan fizikal.
Sebak membaca catatan, Dr Redza Zainol ini. Hari ini, sudah 14 kes kematian akibat Covid-19. Jika anda masih tidak bertindak mengikut arahan, tentunya semakin sukar untuk barisan hadapan.
Sanggup Menipu Semasa Ujian Saringan Covid-19
Kita sedang ketinggalan.
Sehingga ke hari ni, makin banyak hospital yang melaporkan wujud pesakit yang positif Covid-19 di wad masing-masing.
Puncanya ialah pesakit dan waris tak jujur ketika memberi sejarah perjalanan dan sejarah kontak rapat pesakit.
Sampaikan sanggup mengaku ujian saringan Covid-19 dia negatif. Bila kami periksa dengan pihak berwajib, rupanya nama dia tak pernah disaring. Ujian saringan tak pernah dibuat.
Gila!
Waktu begini, bukan masa untuk bermain-main dengan kami. Kami staf kesihatan juga ada keluarga masing-masing.
Ads
Namun, kami tetap rawat, kami tetap beri perkhidmatan sebaik mungkin. Kami berikrar untuk beri rawatan tanpa prejudis.
Usahakan Sendiri Baju PPE Dari Plastik Sampah
Kita sedang ketinggalan.
Kes makin meningkat, namun peralatan PPE tak mencukupi.
Pelindung muka, penutup kepala sampaikan ke topeng muka, tak cukup. Tak cukup kawan-kawan.
Namun, kami usahakan untuk buat sendiri peralatan yang tak cukup ni. Dalam group watsapp, kami sama-sama berkongsi video macam mana nak buat pelindung muka (face shield).
Ada kawan yang usahakan untuk cari baju PPE.
Ada yang tawar diri untuk cari bahan untuk buat alat-alat ni.
Kami tak nak dikuarantin. Kami nak bekerja. Dengan pastikan diri kami selamat, barulah kami boleh keluar untuk merawat anda dan anak anda.
Pagi ni, kami berkongsi video bagaimana nak guna plastik sampah sebagai ganti untuk pakaian PPE.
Ads
Kami tak malu.
Kalau plastik sampah yang perlu kami pakai sebagai baju, seluar dan penutup kepala, kami akan pakai.
Putuskan Rantaian Jangkitan Covid-19
Kita sedang ketinggalan.
Fasiliti KKM sedang bersedia untuk gelombang Covid-19 yang seterusnya. Di Johor, Hospital Kluang akan dijadikan sebagai hospital Covid-19.
Pesakit sedia ada (yang bukan Covid-19) di Hospital Kluang akan dipindahkan ke hospital berdekatan. Hospital Permai, JB pula akan terus menerima pesakit kategori PUI (person under investigation).
Namun, kemampuan KKM ada batasnya. Sungguh kawan-kawan.
Negara Australia, Itali, UK yang jauh lagi maju pun bergelut dengan peralatan yang tak cukup. Buka mata dan baca tulisan doktor dan ahli kesihatan dari sana.
Yang mampu ubah keadaan sekarang ialah kita semua.
Awak, awak, awak dan awak.
Ads
Putuskan rantaian jangkitan Covid-19. Satu orang yang dijangkiti Covid-19 berupaya pindahkan virus ni pada 3 orang. 3 orang tadi boleh pindahkan pada 9 orang lain dan gandaan itu terus meningkat hingga nombornya tak masuk akal.
Rendahkan “epidemical curve”. Itu apa yang pakar-pakar katakan di TV dan di media sosial.
Anda tak faham tak apa. Tapi sokonglah perintah kerajaan #StayAtHome.
Jauhkan diri 1 meter dari orang lain, cuci tangan dengan air dan sabun.
Dan tolong jangan sebarkan berita palsu. Runtuh semangat kami.
Seperti kata Perdana Menteri, just stay at home.
Bantu saya sharekan.
MW : Terkini, KKM memaklumkan berjaya memperoleh stok belakan PPE sebanyak 33 juta unit untuk menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan. Dan akan diedarkan dalam minggu ini.
Dan dari semasa ke semasa, menerima sumbangan bekalan PPE dari pelbagai pihak. Sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.
MW mendoakan petugas-petugas Barisan Hadapan ini dilindungiNya sentiasa.
Drama Keluarga Itu buka dedah realiti, ibu muda anak satu kongsi trauma jadi mangsa.Sekarang di TV3 tengah ditayangkan drama Keluarga Itu. Ia dibintangi oleh pelakon gred A seperti Datuk Rosham Nor, Datin Umie Aida, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Fattah Amin, Melissa Campbell dan lain lagi.
Drama Keluarga Itu Dedah Realiti
Ramai yang geram dengan Datin Ummi Aida yang seakan tidak mempercayai cerita anaknya, Puteri Balqis. Malah Rosyam Nor yang membawakan watak Iman yang terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya iaitu menagih tubuh anak sendiri.
Di sebalik kisah drama ini yang trending, seorang pengguna Tik Tok atas nama @mursalinhanif123 bertindak mendedahkan dirinya juga pernah menjadi mangsa. Dakwanya, dirinya seperti Aqish yang melakonkan watak Dhamiah dalam drama Keluarga Itu.
“Saya adalah seorang dari mangsa haruan makan anak ini. Ada orang kata kenapa buka aib keluarga, aib sendiri tapi apa yang orang tak tahu, ini pengalaman pahit atas jenayah yang dilakukan oleh ayah saya sendiri buat saya membesar dalam keadaan trauma. Bukan saja jadi mangsa haruan makan anak tapi juga jadi mangsa pukul.
“Ada orang tanya kenapa buka aib ayah sendiri, kenapa kongsi? Tapi masa saya jadi mangsa kerakusan ayah sendiri, ada ke ayah anggap saya anaknya? Seorang anak tak akan suka-suka membuat report pada ayah sendiri jika kejadian itu tak berlaku. Nak benci ayah sendiri? Anak tak bodoh dan tak akan buat semua itu.
“Macam aku, mak tak percaya apa aku ceritakan. Bila cerita demo salahkan kita. Dapat ayah narsistik, ajar benci pada mak sendiri. Banyak yang pahit dalam hidup saya kerana kejadian-kejadian teruk begini,” kata Lin yang mendedahkan trauma dilaluinya termasuk pernah dipukul dan tak dibenarkan ke sekolah. Sebaliknya perlu membantu jaga kedai runcit ketika usianya baru 13 tahun. Malah dirinya berkata, dia hanya sempat bersekolah beberapa bulan saja ketika tingkatan satu sebelum diberhentikan.
Dalam pada itu, dia yang bakal berusia 18 tahun pada Jun akan datang mengakui amat sukar untuk menerima takdir yang terjadi dan mengakui satu hari adanya kifarah atas perbuatan silam pernah terjadi padanya ketika remaja.
“Orang begini boleh terlepas di dunia tapi bukan di akhirat,” katanya yang dilihat tidak gentar walau tahu video pendedahannya itu ditonton oleh orang berkaitan dirinya. Jelas Lin dia melalui kesakitan itu seorang diri.Tiada siapa pernah mempercayai kisah diceritakannya dan itulah yang saya lalui,” katanya memaklumkan sudah berkahwin dan memiliki anak berusia 8 bulan.
Video viralnya sudah ditonton 2.6 juta dan Lin mengakui bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki yang baik selepas melalui episod duka ketika remaja.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki suami isteri! Itulah yang boleh digambarkan hasil usahasama suami isteri membuahkan hasil yang terbaik. Dua selebriti popular tanah air, Puteri Sarah dan Nad Zainal telah menerima Anugerah Khas di Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 6 Julai lalu.
Menurut Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
Anugerah itu diberikan apabila melihat impak positif diterima oleh syarikat MommyHanna mengenai produknya melalui akaun media masing-masing. Konten yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri ini telah menjadi tular dan berjaya meraih jutaan tontonan dalam masa yang sama dapat membantu perkembangan minda dan pendidikan kepada kanak-kanak.
Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka,”ujarnya.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak.
Kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi dan mesra kanak-kanak
Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.
“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.
“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telah selamat jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...