Kredit foto: Harian Metro

Awat ketegaq sangat ni… Mungkin di Kedah belum ada kes kematian akibat COVID-19. Jadi sesetengah penduduk setempat mengambil sambil lewa walaupun telah diarahkan untuk tidak berkumpul ramai-ramai. Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk mengawal keadaan ini agar tak bertambah buruk.

Namun begitu, tindakan menghadiri majlis kenduri di saat semua orang bimbang akan penularan virus ini tidak boleh dipandang ringan. Tindakan cepat pihak polis seharusnya dipuji dan tuan rumah juga akur dengan arahan pihak berkuasa.

Awat Ketegaq Sangat

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah berkuatkuasa sejak semalam tetapi ada pihak yang ingkar termasuk mengadakan majlis kenduri yang dihadiri orang ramai.

Hari ini, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar terpaksa mengarahkan orang ramai yang hadir ke satu kenduri di Kampung Bogok, Mukim Derga dekat Alor Setar supaya bersurai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, anggotanya tiba di lokasi pada 1.30 tengah hari sebaik dimaklumkan oleh orang awam terdapat orang ramai berkumpul di kenduri berkenaan.

IKLAN

Tuan Rumah Mengikut Arahan

Menurutnya, anggotanya kemudian memaklumkan tetamu yang datang hanya boleh mengambil makanan dan perlu beredar dari kawasan itu.

Tuan rumah majlis kenduri itu memahami arahan itu dan meminta kesemua tetamu mengikut arahan polis.

IKLAN

“Kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak berkumpul bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rozi berkata, hari ini adalah hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dan pihaknya hanya memberi amaran kepada tuan rumah dan tetamu namun tiada tindakan yang diambil.

IKLAN

Beliau berkata, ini adalah peringkat permulaan dan pihaknya memberi amaran supaya masyarakat sedar betapa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan.

Orang ramai juga dinasihatkan memakai penutup muka dan hidung serta cecair pembasmi kuman jika menyentuh sebarang objek yang boleh mengakibatkan jangkitan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MW: Buat masa sekarang, elakkan diri daripada menghadiri majlis kenduri waima majlis keagamaan. Jika persiapan majlis perkahwinan telah dibuat sekali pun, adalah lebih baik kita rugi wang ringgit daripada nyawa menjadi taruhan. Lakukan yang wajib dan tunda dahulu sebarang majlis keraian. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI