Anak adalah anugerah berharga buat ibu, bapa. Demi anak jua, ibu bapa sanggup korbankan apa sahaja dalam memastikan segala keperluan anak mencukupi. Tidak kiralah membeli belah di pasaraya, di atas talian atau berkunjung ke ekspo bayi dan keperluan anak menjadi keutamaan buat ibu bapa.

Oleh itu usahawan barangan bayi dan keperluan anak-anak perlu rebut peluang ini. Peluang hanya datang sekali. Inilah masanya untuk semua usahawan tidak kiralah sekecil-kecil anak ikan hinggalah kepada vendor-verdor barangan bayi untuk merebut peluang berniaga di platform yang cukup besar.

Tidak mahu ketinggalan, biar pun bermula daripada penerbitan majalah, kemudian menawarkan pakej majalah digital, seterusnya menguasai dunia online menerusi media sosial serta portal, disusuli dengan kejayaan cemerlang di televisyen Astro Prima iaitu rancangan  TV Pa&Ma dan terkini bakal menganjurkan ekspo bayi pula. Ternyata kini Pa&Ma melalui satu  evolusi yang cukup mengagumkan.

Demi meneruskan keunggulan, dan julung kali diadakan secara besar-besaran, Pa&Ma, jenama yang cukup dikenali di kalangan bakal ibu bapa sebagai Majalah No.1 KeibuBapaan dan Pra Sekolah tanah air, hari ini melangkah jauh dengan penganjuran ekspo fiesta yang dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta 2019.

Atas permintaan ramai, fiesta yang bakal berlangsung pada 2,3&4 Ogos 2019 di SACC Shah Alam nanti bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibu bapa tanah air,

Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.

IKLAN
Kalau Nak Untung Berganda-ganda, Jangan Ketinggalan Sertai Pa&Ma Baby Fiesta
Pegawai Unit Acara, Emma Masri

Menurut penganjur, ini merupakan ekspo yang berbeza sentuhannya berbanding lain kerana turut menerapkan elemen gaya hidup seimbang untuk para ibu yang bakal melahirkan.

Fiesta sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli belah menerusi tawaran diskaun sehingga 90%, hadiah-hadiah lucky draw dengan nilai keseluruhan RM18,000, tawaran harga RM1 dan banyak lagi menjanjikan kepuasan sebenar buat para pengunjung.

Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, penganjur menganggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan.  Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran  servis dan  pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.

IKLAN

Menyedari akan kelebihan yang dimiliki, penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini. Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.

Kalau Nak Untung Berganda-ganda, Jangan Ketinggalan Sertai Pa&Ma Baby Fiesta

Tawaran dan aktiviti  menarik yang menanti anda:

IKLAN
  • Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
  • Fashion Show Ibu Hamil Anggun
  • Himpunan Super Hero Junior Party
  • Pertandingan Baby Merangkak Race
  • Super Hero Junior Party
  • Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
  • Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
  • Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
  • Pelancaran Pa&Ma Community
  • Meet & Greet Hos PA&Ma TV
  • PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena

Tenyata Ekspo Baby Fiesta kali ini turut disertai dan dimeriahkan oleh jenama Tateh, Hospital Avisena & Coway.

Di samping itu, ikuti kami di Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari  www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 3057

#pamababyfiesta2019 #ekspoprodukbayi #babyexpomalaysia #babyexpo #pa&mafiesta #pa&maekspo #ekspofiestapa&ma

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI