Bila ada anak seorang, ragamnya lain macam. Apatah lagi kalau anak ramai. Boleh jadi macam-macam ragam. Bab gaduh satu sama lain itu sudah biasa menjadi halwa telinga mak ayah. Kadang-kadang, boleh naik stres mak ayah kalau anak-anak saling bergaduh.

Sebenarnya, anak bergaduh ini tak adalah sampai memudaratkan badan masing-masing. Paling tidak, mereka hanya menangis, bila dah tak tahu nak buat apa. Lepas bergaduh, baik balik dan mereka dah lupa seketika apa yang membuatkan mereka bergaduh itu.

Itulah anak-anak. Macam-macam peel yang mereka buat sehinggakan boleh hilang sabar mak ayah. Ini di rumah sendiri, kalau di rumah orang lain, bukan sahaja malu tapi hilang sabar mak ayah nanti.

Walau bagaimanapun, tak perlulah mak ayah rasa tertekan dengna anak-anak gaduh itu. Rasanya semua mak ayah yang ada anak akan alami benda yang sama. Cuma apa yang boleh mak ayah tahu, mereka gaduh itu sebenarnya nak raih perhatian mak ayah.

Cuba fikir apa yang boleh menyebabkan anak-anak ini gaduh. Begitu jugalah perkongsian daripada Norasikin Hussein boleh dijadikan panduan untuk mak ayah di luar sana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Ramai Bukan BEBAN Tapi Setiap Mereka Telah Ditentukan Rezekinya

DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh, Jimat Kos

Info Lebih Menarik Di INSTAGRAM MW

IKLAN

Jangan Buat Perangai

Orang ingat anak aku tak pernah bergaduh bertekak. Setiap kali pergi ziarah rumah saudara atau kawan-kawan, mereka baik saja perangainya. Yelah sopan santun belaka. Tak bergaduh. Aku tahan je gelak masa tu. Bulan lepas balik dari ziarah sahabat lama ayah mereka bila masuk je kereta,

“Takkan nak gaduh rebut mainan di rumah orang” kata anak nombor dua aku.

Tak sangka juga keluar dari mulut anak tujuh tahun. Boleh dia cakap begitu. Maknanya dia tahu rumah orang jangan buat perangai tak ketahuan. Jaga kelakuan.

Sebelum tu kita tengok dia hanya tahan ketaq kepala nak try pulas stereng kereta mainan anak kawan tu. Budak tu tak bagi. Sentuh pun jangan. Eloklah tu. Kalau dak payah nak balik.

Peel Anak Ramai

Bagi mereka yang punya anak lebih dari dua, seperti saya sendiri empat orang pergaduhan adik beradik atau bahasa lainnya sibling rivalry adalah normal sepanjang anak membesar. Semua adik beradik akan bergaduh dan bertengkar.

IKLAN

Cuma yang membezakan bagaimana layanan kita terhadap anak sebagai seorang individu. Selalulah jadi pendengar, bagi peluang pada anak untuk selesaikan masalah mereka sendiri.

Adik beradik ada masa sangat mengecewakan bagi mereka. Seperti watak anak sulung yang perlu selalu beralah dengan adik. Bila gagal berbuat seperti sekeliling kehendaki dia akan dilabel degil dan keras kepala kerana enggan mengalah.

Emosi Anak Sulung

Hakikatnya anak ini hanya menuntut hak dan keperluan emosi sendiri. Anak sulung ini juga perlukan pengiktirafan dia dan apa dia nak, maksud saya keinginan dia juga penting. Bukan hanya adik.

Dia juga penting. Ni logik dia. Apa lagi kalau yang sulung baru 3,4 tahun adik baru setahun. What do you expect? Nak mereka mengalah selalu. Huh? Anak bawah 4,5 tahun emosi regulation mereka bukan seperti kita.

IKLAN

Kenapa dengan adik beradik kalau bergaduh?

Persaingan adik beradik untuk dapatkan kasih sayang dan pengiktirafan dari ibu bapa?

Pukul memukul, ejek mengejek, berbalah hal remeh antara sign of rivalry.

Pada saya moderate level of sibling rivalry atau tahap biasa-biasa bergaduh salah satu tanda luahan emosi apa mereka. Apa mereka nak dan perlukan.

Mendengar luahan perasan negatif sesama mereka. Adik rampas mainan kakak. Kakak tak puas hati. Bagi respon dan acknowledge perasaan mereka. Bagi anak yang lebih tua mereka cuma nak kedudukan mereka diiktiraf.

MW: Tempuhilah ragam anak-anak dengan sabar sebab mereka ke arah untuk menjadi orang dewasa. Masa yang ada ini tidak akan berulang lagi.

Sumber: Norasikin Hussein

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI