Kacang Pedas Bilis memang sedap dimakan begitu sahaja. Rasa pedas, manis dan lemak kacangnya secukup rasa. Lebih-lebih lagi jika ikan bilisnya banyak. Rupanya rahsia buat kacang pedas ikan bilis kekal rangup, tak lemau dan tahan lama ialah kacau masa sambal cilinya dah sejuk. Bukan apa jika tak tau caranya, kacau semasa sambal cilinya masih panas, ia membuatkan kacang pedas ini mudah lemau dan tak tahan lama.

Resipi ini dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain yang merupakan penjual kacang pedas bilis sendiri. Didalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Buat mak-mak yang suka makan kacang pedas bilis rangup ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan sebagai panduan. Nak buat jual berniaga pun boleh sangat.

Berikut perkongsian wanita ini;

“Berapa ramai agaknya yang suka kacang pedas ikan bilis banyak. Maaf ya resepi ni lambat sikit, pada yang hampir 12 k like dan komen post saya tu terima kasih bebanyak. Alhamdulillah rezeki saya pun mencurah-curah dek pic kacang pedas ikan bilis tu.”

Kacang Pedas Bilis Rangup Tahan Lama, Kacau Masa Cili Dah Sejuk

Resepi kacang pedas bilis (cara saya ye)

IKLAN

Bahan-Bahan:

1 kg kacang tanah
RM 5 ikan bilis
3 senduk lada mesin (ikut orang la nak jenis pedas ke tidak)
10 ulas bawang putih (kisar)
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu makan gula merah
3 biji gula batu
1/2 cawan air

Kacang Pedas Bilis Rangup Tahan Lama, Kacau Masa Cili Dah Sejuk

Cara Membuat:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan (makan masa la ye).
2. Nak garing (jangan smpai pahit) angkat dan toskan miyak.
3. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.
4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk je dalam kuali tu.
5. Tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit, masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah, gula batu dan air.
6. Api perlahan kacau sampai dia likat dan pekat. Sambil-sambil tu rasa la, apa-apa yang kurang, tambah.
7. Bila dah cukup rasa semua, tutup la api dan biarkan sejuk.
8. Bila dah betul-betul sejuk baru la gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi.
9. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas bertutup.

IKLAN

Kacang Pedas Bilis Rangup Tahan Lama, Kacau Masa Cili Dah Sejuk

Siap!!

Semoga bermanfaat!

IKLAN

Info Ekstra!

Kacang perlu dikacau ketika sambal cili dah benar-benar sejuk, agar tahan lama, kekal rangup dan tak lemau.

Baca Disini: Begini Caranya Nak Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Dulu Barulah Digoreng!

MW: Sedapnya kacang pedas bilis rangup ni, cukup rasa pedas, manis dan lemaknya. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah dan jual untuk berniaga pun boleh sangat!.

Sumber: Faizah Md Zain

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI