Kecantikan

Jus Kunyit Homemade Buat Wanita Lepas Bersalin & Belum Kahwin, Modal Cuma Rm10

Share

Jus kunyit homemade ini lebih sedap kalau campur 5 bahan utama dan kalau anda berniat nak cuba modalnya cuma Rm10.

Bagus buat wanita lepas bersalin dan yang belum kahwin pun patut cuba, elok sangat buat minum 3 hari sebelum kembali bekerja kerana kata mak bidan, air kunyit ini bukan sahaja mengecutkan rahim, tetapi juga memberi tenaga setelah lama bercuti.

Nak tahu apa bahan dan macam mana nak buat, godek perkongsian daripada Puan Nadia Aziz

‎ ini…

Kalau nak beli mahal juga, buat sendiri modal baru Rm10. Yang penting sedap dan banyak!

Resepi ini orang tak kahwin pun elok minum air kunyit ni.

Bahan-bahan:

1. Kunyit
2. Halia
3. Manjakani
4. Gula melaka@madu
5. Asam jawa

Satukan semua bahan di atas kemudian rebus dalam 15 minit kemudian blender. Lepas itu tapis dan rebus semula. Minum setiap pagi, insyaallah ada perubahan. Cuba jangan tak cuba.

IKLAN