Lupakah seketika soal berpantang mahupun laksa, kerana artikel yang akan dikongsikan ini impaknya lebih besar kepada duit simpanan isteri mahupun orang rumah.
Sebab bila ketidakcukupan kewangan, jangankan berpantang, keperluan berpantang peribadi pun boleh terabai mak-mak. Sebab itu dengar baik-baik nasihat Puan Marlia Ramli ini.
Lagi-lagi bila mak-mak ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang ada 27 tanda yang dikongsikan ini. Bermakna apa mak-mak.. ertinya mak-mak kenalah ambil langkah bijak merahsiakan status kewangan daripada pengetahuan suami.
Bukan mahu mengajak mak-mak jadi kedekut atau kejam. Fahamkan betul-betul.. jika suami ada 27 tanda ini ya. Haa.. barulah langkah berjaga-jaga ini dipraktikkan.
PETANDA PERLU MERAHSIAKAN STATUS KEWANGAN DARIPADA SUAMI
1 – Suami tak kisah menyewa rumah bertahun-tahun sebab suami hanya mahu membeli rumah bertanah size padang bola.
2 – Suami juga kenal baik dengan pemberi hutang. Along, Angah, Achik? Semuanya kawan suami.
3 – Suami sentiasa bersikap tidak mesra dan tertutup bila bercakap soal kewangan. Lagi diajak berbincang, lagi naik darah!
4 – Suami kerap berahsia seperti letak password di henpon, menjawab henpon berbisik-bisik di dalam toilet.
5 – Suami malu memakai baju pagoda. Baju dan seluar suami haruslah berjenama luar negara. Biar papa asal bergaya. Muda hanya sekali katanya.
6 – Suami tidak memiliki asset sebenar. Hartanya adalah kereta mewah bersport rim traktor atau motor berjenama suria perkasa hitam.
Ads
7 – Suami tidak pernah tahu jumlah sebenar perbelanjaan bulanan. Bagi suami, gaji je belanja, habis gaji je hutang, habis hutang je kad kredit.
8 – Anak jatuh kerusi suami tak risau, helmet superbike tergolek pasti suami meraung kekecewaan. Maklumlah, rider berjiwa kental..
Suami Merungut Duit Tak Cukup..
9 – Suami selalu merungut tidak cukup wang dan mengabaikan keperluan perbelanjaan keluarga.
10 – Suami rela berlapar untuk bayar ansuran kereta mahal tapi selalu merungut bila perlu bayar yuran tuisyen dan PIBG anak.
11 – Suami mengikat perut untuk set golf atau set pancing baru tapi rasa membazir beli takaful keluarga.
13 – Bila dengan kawan, suami ini pemurah tahap juara. Di kedai hispter belanja member penuh semeja.
Ads
14 – Statement Personal Loan suami selalu tiba di rumah. Bukan satu tapi mungkin dua, tiga atau lima.
15 – Suami adalah lilin. Suami rela membina hutang jahat demi impian sesiapa biarpun DSR ( Debit Service Ratio ) sendiri melayang.
16 – Suami spesis anak emak yang keterlaluan. Segala yang mak minta tak penah ditolak hatta perlu menjadi penjamin dan penyedia hutang jahat. Berhutang Along demi mak pun sanggup!
17 – Suami menggemari barangan mewah dan berselfie di obersee. Bercuti di Malaysia ni rasa geli.
18 – Henpon suami jenama limited edition. Kredit kad suami digores selalu, bayaran pula baki minimum.
Isteri Kerap Jadi Penjamin Suami
19 – Business suami selalunya rugi dan jarang untung. RM1,000 di tangan suami akan mengecil menjadi RM10 sekelip mata.
20 – Suami juga kerap merayu isteri menjadi penjamin hutang kereta dan juga motorsikal berkuasa kuda.
Ads
21 – Suami selalu meminta pinjam dengan isteri sedangkan time bayar dibuat lupa tak sedar diri.
22 – Suami selalu tertekan, tidak gembira dan kerap meninggikan suara kepada ahli keluarga. Anak nak manja pun dimarah sesaja.
23 – Suami membenci pelabur. Suami fikir pelabur adalah kapitalis tamak, kedekut dan nak bawa duit masuk kubur. #apeni
25 – Suami hari ini gaji, esok dah mula la amik cuti kecemasan ataupun MC. Sakit gaji sikit terus MC.
26 – Suami bersikap degil, kalau budak hingusan seperti akak nasihat, suami akan cakap “sadap! aku lebih banyak makan garam dari kauuuuu…”
Cadangan Akak
Jika dapat suami camni eloklah isteri pelbagaikan cabang simpanan juga pelaburan. Selain pembelian rumah, UT dan ASB/TH, simpanan lain yang sukar dihidu adalah dengan menyimpan emas akaun GAP. Buka dulu serendah RM100 atau segram emas.
Isteri boleh simpan emas secara berperingkat dan berdikit kemudian keluarkan dinar atau jongkong emas untuk disorok. Confirm suami tak tau sebab ruangan penyimpanan emas berketulenan 999 adalah sangat kecil dengan susut nilai yang sangat minimum. Selamat mencuba!
Salam sayang.
Sumber/Foto : Marlia Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau dinamakan wanita atau isteri ini pasti suka shopping.Shopping itu umpama terapi bagi wanita. Tetapi mungkin setelah berkahwin, segalanya berbeza. Seorang isteri cuba menahan diri atau mengurangkan sedikit aktiviti shopping semata-mata untuk keluarga dan anak-anak.
Minat mereka masih membeli tetapi utamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Hingga satu saat, baju sendiri tak terbeli bila keperluan sendiri diabaikan. Ikuti perkongsian Razzaaq Ajaq ini dan hadam baik-baik.
Berkorban Untuk Anak, Keluarga
Saya kongsikan semula pengorbanan seorang ISTERI dan yang bergelar seorang IBU.
Semasa saya cari baju dalam bakul baru basuh. Ternampak baju ada kilat-kilat ni.
Tiba-tiba hati ni jadi sebak pula tengok baju ni. Baju isteri saya waktu bercinta sebelum kahwin dulu.
Sudah nak masuk 5 tahun kahwin tapi isteri masih lagi simpan dan pakai baju sebelum kahwin dulu.
Sebak pula hati bila tengok isteri sanggup berkorban tak shopping barang dan baju baru.
Bukan saya tak belikan tapi dia lebih utamakan belanja keperluan untuk suami dan anak.
Isteri Mana Tak Suka Shopping, Korbankan Perasaan Untuk Keluarga
Isteri mana yang tak ingin shopping, tak nak pakai kereta mewah, tak bercuti tapi berkorban semata-mata nak beri keselesaan pada anak dan keluarga.
Wahai suami, hargailah isteri anda. Hargai pengorbanan tenaga, keinginan dan masa diorang.
Usaha lah untuk ubah diri jadi lebih baik. Kalau dapat tambah rezeki, reward mereka dengan hadiah dan kasih sayang.
Jangan sibuk cerita tentang tambah cawangan kalau yang ada pun tak hargai.
MW: Wahai suami, hargailah isteri yang banyak berkorban dan utamakan keluarga melebihi dirinya. Jika ada rezeki lebih, rewardlah isteri dengan hadiah yang ikhlas dari hati. Isteri bahagia, anda sekeluarga turut bahagia.
Sebenarnya ada 8 perkara yang mak ayah kena pertimbangkan dulu sebelum merancang nak tambah anak lagi.
Tapi sebelum mak ayah berhasrat nak meneruskan perancangan untuk menambah lagi anak,pertimbangkan dulu 8 perkara ini.
1. Jarak Umur Anak
Jika bersalin secara c-section atau pembedahan sebelum ini, seelok-eloknya jarakkan kelahiran selama 3 tahun. Ia bagi memastikan rahim benar- benar pulih sebelum perlu melalui proses mengandung dan bersalin sekali lagi. Bagi proses bersalin biasa seeloknya jarakkan anak selama 2 tahun. sekurang-kurangnya anak dah lepas tempoh menyusu badan.Berikan tempoh sehingga anak-anak boleh ‘berdikari’ sendiri, seperti sudah pandai berjalan, bercakap mahupun memakai baju sendiri.
2. Kos Perbelanjaan
Betul setiap anak pasti ada rezekinya yang tersendiri. Namun secara relevannya, mak ayah perlu juga pertimbangkan kos perbelanjaan anak meliputi rawatan sejak dilahirkan, kos penghantaran ke rumah pengasuh (jika ibu bekerja), rawatan kesihatan, belanja sekolah dan banyak lagi. Namun, jika kewangan mengizinkan, tidak salah menambah ahli baru.
3. Kesihatan Ibu
Adakah ibu sudah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi morning sickness, alahan yang teruk, temujanji doktor, moody, letih sekali lagi? Setiap kali proses mengandung, alahan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Pastikan kesihatan ibu pada tahap yang terbaik dan benar-benar bersedia untuk hamil lagi.
4. Penerimaan Anak Pada Adik Baru
Bagaimana reaksi anak-anak apabila diberitahu mereka bakal menerima adik baru. Adakah mereka suka atau tidak suka?
Dan jika anak tidak suka, apakah langkah yang boleh diambil untuk menambahkan kasih sayang pada adik baru. Sebenarnya, mak ayah boleh jelaskan pada anak sedikit demi sedikit, kelebihan mempunyai adik. Jangan sesekali bezakan kasih sayang diantara anak-anak dan jangan biarkan anak rasa tergugat dengan kehadiran adik baru nanti. Berikan jaminan pada anak bahawa kasih sayang yang diberikan pada mereka adalah adil dan sama rata.
5. Berdepan Dengan Kerenah Anak-Anak
Cabaran menjaga anak zaman sekarang agak lebih mencabar berbanding dahulu. Zaman sekarang, mak ayah perlu lebih prihatin dalam memantau perkembangan anak-anak. Mak ayah juga perlu bersedia untuk berdepan dengan karenah dan demand anak-anak yang semakin membesar, serta ditambah pula dengan kehadiran bayi yang sememangnya menjadi fokus utama.T Oleh itu, adalah penting bagi mak ayah menambah lagi ilmu keibubapaan agar lebih bersedia bila menghadapi konflik dengan anak-anak nanti.
6. Bersedia Untuk Luangkan Masa
Ada anak kecil, memerlukan perhatian 24 jam.Kalau dahulu, anda masih boleh bangun lewat dan bersantai pada hujung minggu namun adanya ahli baru, ia menuntut banyak masa serta tenaga anda tidak kira siang, malam mahupun pagi.
7. Faktor Usia
Faktor usia juga perlu difikirkan sama ada anda dan suami masih berkemampuan dari segi kudrat untuk menjaga bayi yang baru lahir.Bagi wanita amatlah tidak digalakkan untuk hamil pada usia 40-an bagi mengelakkan pelbagai komplikasi sewaktu mengandung mahupun ketika bersalin.
8. Komitmen Dengan Kerjaya
Kalau dahulu anda sering outstation hingga ke luar negara, namun adakah dengan kehadiran ahli baru, anda berpeluang lagi untuk menerima tanggungjawab itu?
Jika bayi sakit, anda perlu mengambil cuti dan adakah ia menjejaskan prestasi kerja?
Sepakat merancang keluarga, jangan lupa libatkan suami!
Libatkan suami anda sebelum mengambil keputusan untuk menambah ahli baru kerana anda perlu fikirkan juga perasaan dan kemahuannya adakah sama seperti anda atau tidak.
Jika anda dan suami sudah sepakat, maka tiada istilah masa yang sesuai kerana anda pasti tidak sabar memegang bayi anda yang comel dan bakal menceriakan lagi kehidupan anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pada mulanya, anak-beranak ini berborak soal agama dan siapa sangka ia berakhir tragedi berdarah. Suami isteri warga emas ini dibunuh kejam anak sendiri.
Berborak Soal Agama Berakhir Tragedi Berdarah
Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar anak sendiri di rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta, semalam.
Dalam kejadian 11.55 malam itu, lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berumur 64 tahun maut ditikam dan dikelar di leher oleh anak mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati anak mangsa yang berusia 34 tahun adalah penganggur.
Suami Isteri Dibunuh
“Kejadian berlaku ketika suspek bersama ayah dan ibunya sedang berborak.
“Tidak lama kemudian, ibu suspek masuk ke bilik. Suspek berborak dengan ayahnya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa ternampak mata bapanya bertukar hitam dan seakan hendak menyerangnya menyebabkan dia mengambil parang dalam bilik dan menetak mangsa.
Dibunuh Kejam Anak Sendiri
“Ibu suspek yang nampak kejadian cuba membantu tetapi suspek menyerang wanita itu dengan menetak dan menikam di leher dan kepala.
“Ibu suspek sempat melarikan diri keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar.
“Suspek keluar mencari ibunya tapi tidak nampak sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia seterusnya keluar dan berjalan sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Suspek Ditahan Orang Kampung
Mohd Yusri berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.
Katanya, penduduk kemudian ke rumah suspek dan ternampak bapanya terbaring di lantai manakala rumah dipenuhi darah.
Beliau berkata, ibu suspek pula ditemukan terbaring di kawasan berumput dekat pagar.
Katanya, penduduk menahan suspek sehingga polis tiba dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita : Allahuakbar, sudah pasti kejadian yang berlaku ini menyentap perasaan seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga supek mendapat pembalasan yang setimpal jika dia benar-benar bersalah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...