Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tawaf umrah pertama. Seorang jemaah haji Malaysia, Mohd Zahir Ismail meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
“Pak cik orang yang baik. Dia orangnya lucu, selalu buat kelakar,” itu ungkapan Pauziah Othman, 58, apabila ditanya mengenai suami, Mohd Zahir Ismail yang meninggal dunia sebaik habis melakukan ibadah tawaf umrah.
Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Allahyarham meninggal dunia malam Rabu lalu selepas rebah di mataf, akibat serangan jantung di samping isteri yang sama-sama melakukan tawaf umrah pertama, sebaik tiba di Makkah dengan menaiki penerbangan KT66 pada malam sama.
Menceritakan lagi detik arwah sebelum rebah, Pauziah yang berasal dari Pendang, Kedah berkata, ketika itu, dia dan arwah baru habis melaksanakan ibadah tawaf dan bergerak ke arah tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf.
Ketika Tawaf Umrah Pertama
“Arwah berjalan di belakang sambil memegang saya. Dia ada mengadu beberapa-kali dia ada mengatakan terlalu penat dan saya katakan sabar… kita buat perlahan-lahan. Hinggalah habis dan kami sedang berjalan untuk melaksanakan solat sunat tawaf,” katanya.
Pauziah sudah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham sejak 1996, tapi tidak dikurniakan cahaya mata.
“Saya terdengar ungkapan Allahuakbar sebelum rebah. Dia jatuh terlentang. Mak cik pun ikut jatuh sebab tangan arwah masih berpaut pada tangan mak cik. Walaupun orang ramai, tiada orang pijak sebab mak cik lindung dia masa itu,” katanya lagi kepada Petugas Media TH, di hotel penginapannya.
Allahyarham dan Pauziah melaksanakan ibadat tawaf bersama kumpulannya dan ketika kejadian, ramai jemaah Malaysia turut berada di tempat kejadian.
“Ketika itu, mata Allahyarham masih terbuka dan kemudiannya perlahan-lahan tertutup. Tak lama kemudian beberapa askar datang membantu dan kemudiannya Allahyarham dinaikkan ke atas buggy untuk dibawa ke klinik masjid,” cerita Pauziah dengan tenang, sambil berkali-kali meminta maaf kepada petugas media kerana tidak ada apa hendak diceritakan.
Berita kematian Allahyarham diketahui di klinik masjid apabila doktor yang merawat Allahyarham memanggil masuk lalu memberitahu bahawa dia sudah tiada.
Ads
“Agak terkejut juga sebab dia pergi secara tiba-tiba,” katanya lagi yang sama-sama mendaftar haji pada 2009.
Allahyarham adalah anak kedua daripada tiga beradik, menjaga ibunya yang sudah uzur tidak mampu bangun sendiri.
Dalam pada itu, Pauziah berkata, arwah suaminya seorang yang taat kepada ibunya, Zariah Musafa, 86.
“Arwah sering bergurau dengan ibunya. Malah, dia akan membersihkan ibunya terlebih dahulu sebelum ibunya memulakan solat,” katanya.
Tambah Pauziah, Allahyarham tiada sebarang rekod penyakit dan tidak merungut ketika menjaga ibunya dan dia sangat rapat dengan ibunya.
Berita kematiannya sudah sampai ke pengetahuan ibu melalui cucunya.
Ads
Jenazahnya disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidilharam, kelmarin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.
Allahyarham yang meninggal ketika melakukan tawaf dikafankan menggunakan kain ihram yang digunakan dan mukanya tidak ditutup.
Pauziah memberitahu bahawa beliau dapat mengiringi arwah sepanjang perjalanan dan menatap Allahyarham sehingga ke pintu masuk Tanah Perkuburan Syaraiee.
Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda.
Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya “The Morning Banana Diet”.
Inilah caranya:
Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan?
Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.
Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah: makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh makan apa-apa sehingga makan tengah hari anda.
Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.
Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi?
1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.
4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.
Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?
Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.
Elakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.
Mengurangkan pengambilan alkohol.
Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanyalah orang tua-tua dulu, ada yang mempunyai harta atau tanah tanaman, mereka mempunyai ‘pendamping’ untuk menjaganya. Bukan niat jahat, sekadar untuk mengelakkan daripada pencuri sahaja.
Namun, selepas orang tua meninggal, ‘pendamping’ itu mula mencari tuan baru dan memang ada anak cucu yang tidak sanggup untuk menjadi tuannya. Akhirnya ‘pendamping’ itu mula berkeliaran. Betul atau tidak, entahlah.
Ini kisah yang dikongsi oleh Mansur dan isterinya. Dia cukup berbangga dan beruntung kerana ibu dan ayahnya memiliki beberapa ekar tanah dan salah satunya diberi hadiah kepada mereka untuk mendirikan rumah.
Sapu Sampah Tengah Malam
Dalam tempoh menyiapkan rumah itu, Mansur berulang alik dari rumah sewa untuk memantau kerja-kerja pembinaan. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan rumah tiga bilik dan dua bilik air ini. Cukup selesa untuk Mansur, isteri dan dua orang anaknya.
Sepanjang berada di rumah baru, kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Ada masa mentua atau adik beradik iparnya akan datang berkunjung ke rumah barunya. Kadang-kadang mereka akan tidur di situ, paling tidak satu atau dua malam. Sekadar untuk bertanya khabar atau berjumpa dengan cucu-cucunya.
Apabila mentua datang, mereka akan tidur di bilik cucu sulungnya yang terletak di bahagian hadapan rumah. Bilik itulah yang sering digunakan oleh mentua. Namun, apa yang kurang menyenangkan mentuanya apabila tiba waktu tengah malam ketika mereka nyenyak tidur, ibu mentuanya pasti akan mendengar seperti orang menyapu sampah di halaman rumah.
Bayangan Perempuan Tua
Bukan sekali dua ibu mentuanya mendengar orang menyapu sampah tetapi ia akan kedengaran setiap kali mereka datang berkunjung dan tidur di situ. Pernah diceritakan pada Mansur tentang hal ini, namun dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Berlainan pula dengan apa yang berlaku pada kakak iparnya. Kejadian itu dialami oleh kakak iparnya ketika dia datang menghantar makanan pada mereka sekeluarga selepas waktu maghrib.
Semasa ingin mengundurkan kereta, kakak ipar Mansur ternampak bayangan seperti seseorang di belakang keretanya. Ingatkan anak saudaranya berlari atau bermain di belakang kereta. Semua itu disangkal oleh Mansur kerana pada waktu itu mereka semua berada di dalam rumah.
Penjaga Pokok
Banyak lagi kejadian aneh yang berlaku di kawasan rumah Mansur, tetapi ia tidak sedikit pun merisaukan Mansur sekeluarga.
Mansur pernah menyuarakan keadaan ini kepada ayahnya tentang perkara ini. Menurut apa yang dikatakan oleh ayahnya, semasa dahulu ada jirannya yang mempunyai ‘pendamping’ untuk menjaga rumahnya.
Selepas dia meninggal dunia ‘pendamping’ itu dibiarkan tanpa bertuan. Akhirnya, ‘pendamping’ itu duduk kawasan yang berdekatan dengan pokok mangga yang betul-betul terletak di hadapan rumah Mansur.
Walau bagaamanapun, ‘pendamping’ yang menyerupai nenek tua itu tidak pernah mengacau atau mengganggu mereka sekeluarga. Mungkin hanya sekadar untuk menumpang di tepi pokok mangga sahaja. Wallau’alam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak kelmarin, viral sungguh angka 18 dan 19 ini media sosial. Ada saja terselitnya nombor ini dalam status baik perseorangan mahupun untuk tujuan pemasaran produk.
Nombor ini mula menjadi tular selepas, Da’i Nik Farhan membuat penjelasan tentang keputusannya untuk bernikah kali kedua di tanah suci Makkah. Yang mana, beliau memaklumkan telah menerima lamaran daripada 18 orang wanita dan ditolak, namun wanita ke-19 itulah yang berjaya membuka pintu hatinya.
Angka ini turut menarik perhatian, Da’i Luqman sehinggakan beliau tergerak hati membuka Al Quran lalu merujuk surah berkaitan yang terkandung di dalamnya. Dan inilah yang ditemuinya.
“Orang dok viral sangat bab berkaitan 1819 ni, buat Chaq tergerak nak belak helaian Al-Quran, rupa-rupanya Surah ke-18 adalah Surah Al-Kahfi (tentang fitnah Dajjal) dan dalam ayat ke-19, Allah cerita tentang perihal Ashabul Kahfi,
“Dan baris terakhir Allah sebut, “Dan hendaklah ia berlemah lembut dengan bersungguh-sungguh; dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kamu”
Tulisnya sambil memaklumkan, jari jemarinya rasa bergetar ketika menulis akan peringatan Allah itu.
Sambungnya lagi,
NASIHAT BUAT PARA SUAMI, BAKAL SUAMI DAN YANG TAK MAU JADI SUAMI
Allah berfirman dalam Al-Quran sebagai suatu nasihat menerusi Surah An-Nisa’ ayat 19 :
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”
Dan berbalik kepada Surah Al-Kahfi ayat 19 tu, Allah nasihat supaya cakap yang baik-baik tanpa buka aib/cerita. Begitu juga halnya kita dalam hidup bersuami isteri. Kalau nak ceraikan jugak isteri, silakan, tapi adab dan akhlak tu tolong jaga. Walau dia dah jadi ‘bekas’ isteri atau ‘bekas’ suami, aib tetap kena jaga as a Muslim.
Dan ini jugak untuk kita sebagai masyarakat biasa, perlu berkata yang lembut-lembut, dan tak perlu nak membongkar segala cerita. Wallahua’lam
Bukti Al-Quran adalah mukjizat, bukan makhluk. Segala jawapan ada dalam Al-Quran, beruntung bagi orang yang suka mencarinya.
MW : Setiap hari berusaha suburkan rasa kasih antara suami dan isteri. Sebab usaha kecil ini pun, ada pahalanya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...