Berlegar di whatsApp malah media sosial, tentang gambar dataran tawaf yang kosong. Dan ada yang membuat pelbagai andaian yang silap.
Kata lelaki ini, Najmi Farisham yang menetap di Madinah dan banyak membuat perkongsian langsung mengenai umrah, haji di Makkah dan sekitar Madinah menjelaskan mengapa dataran tawaf ini kosong.
Ini penjelasannya,
Dataran Tawaf Dah Kosong?
Ada terima gambar ini di WhatsApp, Facebook atau mana-mana media sosial? Habislah, kawasan tawaf dah kosong. Arab Saudi dah tak kasi orang tawaf.
Stop!
Tenang kawan.
Ads
Dataran tawaf ini dikosongkan untuk kerja-kerja pembersihan saja. Pekerja masjid bersama batang mop dan kenderaan mereka dah masuk melakukan tugas. Sabun dicurahkan dan mereka berlari girang seperti kanak-kanak mengelapnya kering. Kerja pensterilan dibuat bagi mencegah segala kuman kotor.
Pasal orang tawaf? Alah tenang lagi sekali okeh. Tingkat 2, tingkat 3 dan tingkat 4 masih ada. Boleh buat di sana. Kalau penat nak jalan, motor skuter ada disediakan. Bayar dan tungganglah sambil tawaf.
Najmi juga menjelaskan kerajaan Arab Saudi mengeluarkan sekaran ibadah umrah untuk jemaah luar mahupun tempatan adalah untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar. Lagipun ketika ini beberapa negara sudah ada banyak kes melibatkan virus Covid-19.
Tulisnya lagi,
Ads
“Teruklah macam ni, Arab Saudi dah tak benarkan orang tawaf Kaabah.” Banyak sekali aku terima pertanyaan dan persoalan berkaitan ini.
Jujurnya aku tak tahu daripada mana berita yang mereka dapat. Sumbernya mana? Biasanya kalau ditanya, jawapan mestilah grup sebelah. Takpun jiran daripada jiran kepada jiran. Fuh.
Gambar di bawah adalah suasana terkini di kawasan tawaf Kaabah, Masjidilharam. Orang duk berjalan mengelilingi Kaabah, itu tawaflah namanya.
Benar, Kerajaan Arab Saudi dah keluarkan arahan untuk menyekat sementara ibadat umrah sama ada daripada jemaah luar mahupun penduduk tempatan. Kami yang duduk di sini pun, tak dibenarkan untuk masuk ke Mekah, buat umrah.
Aku tak faham betul mereka yang cuba duk panaskan keadaan. Duk menyalahkan kerajaan. Duk buat orang panik dan gelabah. Haih.
Kerajaan terpaksa buat begini dek penularan virus bahaya ini. Sebabnya seluas-luas Arab Saudi ini, Mekahlah tempat tumpuan seluruh dunia. Mana ada orang Islam beriya datang ke Arab Saudi semata-mata nak ke Jeddah. Okey faham?
Sekatan Untuk Elak Mudarat Yang Lebih Besar
Ini bagi mengelakkan berlaku mudarat yang lebih besar. Duk berkeras nak lawan undang-undang, kalau terjadi benda yang tak diingini, mulalah menyalahkan orang di sekeliling.
Ads
Tenang, walaupun dah tak boleh nak buat umrah, penduduk Mekah itu sendiri masih boleh datang ke Masjidilharam untuk solat dan apa-apa ibadat lain. Bahkan tawaf sunat masih boleh dilakukan.
Nak buat tawaf ini, tak semestinya ketika umrah sahaja kawan.
Baiklah, aku jelaskan secara ringkas ya. Ibadat umrah ini adalah suatu ibadat yang merangkumi niat, tawaf di Kaabah, sai antara Safa dan Marwah kemudian bertahallul sama ada dengan bercukur atau menggunting rambut di kepala.
Kalau tak boleh buat umrah, macam mana nak tawaf? Ha, kita dibolehkan untuk buat tawaf sunat. Pusing saja Kaabah 7 kali macam biasa. Begitulah tawaf sunat.
Masih Ada Jemaah Berkunjung Di Kedua Masjid Ini
Kalian buka YouTube, taip Haramain Live di ruangan carian. Kemudian skrol ke bawah. Cari mana-mana video yang dibuat secara live (siaran langsung). Masjidilharam ada, Masjid Nabawi pun ada. Ha, itulah situasi semasa.
Memang benar kerajaan terpaksa sekat sementara kemasukan jemaah ke Mekah dan Madinah. Namun bukanlah maksudnya kedua masjid ini ditutup terus, tidak beroperasi.
Penduduk tempatan masih ada dan ramai yang datang berkunjung. Seperti yang aku katakan sebelum inilah. Di Madinah ada sebuah universiti yang pelajarnya mencecah 20 ribu ramainya. Mereka ini bukan jemaah, mereka merupakan penduduk. Tolak pelajar, penduduk setempat pun ramai yang ada.
Itulah.
MW : Jadi bertenanglah. Sememangnya ketika ini ujian virus Covid-19 ini merisaukan kita. Sentiasalah basuh tangan, elakkan pegang muka dan hidung selagi belum membasuh tangan dengan bersih. Dan ambil langkah berjaga-jaga cegah virus Covid-19 sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan di buka. Rata-rata mak ayah, merebut peluang menghantar anak-anak ke sekolah. Perasaan teruja dapat dirasai apatah lagi jika ia merupakan pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah untuk masuk ke darjah satu. Momen manis tersebut pastinya menjadi saat istimewa dalam menyimpan kenangan ragam anak ke sekolah.
Pelakon Yana Samsudin,39 dan suami Fadzil Zahari,40 antara mak ayah yang berpeluang untuk menghantar anak ke sekolah buat pertama kalinya pada hari ini.
Aisy Mateen Bersemangat Ke Sekolah
Menerusi perkongsian di Instagram Yana Samsudin, anak sulungnya Aisy Mateen,7 yang lengkap berpakaian uniform sekolah, cukup bersemangat untuk pergi sekolah bagi memasuki darjah satu, tanpa ‘drama’ mengalirkan air mata. Malah turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada ahli keluarga tersayang.
Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya ! Takda drama air mata !
@aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah.. nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk peluk salam bagis semangat kat abang dia. Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long , and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga..
Rasanya dadi dia yang nangis … hahahahaa… tak sangka anak dah besar!
Ok mommy , dadi nak gi dating breakfast jap.. hahahaha .
Mommy mommy dadi ok ke tak tu?
Ramai juga yang berkongsi keterujaan dan merasakan cukup pantas masa berlalu, kini anak sulung pasangan selebriti ini telah memasuki alam persekolahan. Malah turut mengucapkan selamat maju jaya dan semoga gembira di sekolah.
Mingguan Wanita: Momen pengalaman pertama kali hantar anak ke sekolah memang waktu yang dinanti-nantikan oleh mak ayah. Pelbagai perasaan berbaur di hati. Rasa baru sekejap dilahirkan, anak kini semakin besar dan pergi sekolah. Semoga dipermudahkan urusan mak ayah yang hantar anak-anak ke sekolah pada hari ini.
Kes wanita dera amah ini pernah mendapat liputan meluas didalam media sosial dan dikalangan masyarakat sebelum ini.Rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan apabila wanita ini hanya kenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.
Namun akhirnya, keadilan dapat ditegakkan dan wanita ini mendapat pembalasan yang setimpal apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita Mohamad Ali, 44, yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah membuat keputusan terhadap suri rumah itu yang juga responden selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula hari ini dan permohonan penangguhan pelaksanaan turut ditolak mahkamah.
Sebelum ini, Rozita dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, 15 Mac lalu.
Namun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.
Bukan Bergelar Datin
Ketika ditanya pemberita sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan media sebelum ini. Prosiding kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, manakala responden diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Sebelum ini, pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh selama seminggu untuk mencarinya.
Rozita Mohamad Ali yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu, hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.Suri rumah berusia 44 tahun yang memakai pakaian serba hitam hadir bersama dua peguamnya pada 8.55 pagi.
Sebabkan Kecederaan Parah
Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Buat para majikan, ingatlah amah juga seorang manusia, layanlah dengan sebaiknya dan janganlah diperlakukan sewenang-wenangnya. Marah atau ingin menegur sekalipun, janganlah sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal.
Sayunya baca catatan Ustaz Ebit Lew ini. Dalam siri dakwahnya ini, ustaz dipertemukan dengan anak muda usia 20 tahun yang tinggal di bawah jambatan.
Perkongsian ustaz di laman facebook ini mendapat 13k sharing. Antara janji ustaz, mahu carikan anak muda ini pekerjaan. Dan ada respons positif daripada follower ustaz yang sudi membantu adik ini dan berikannya pekerjaan.
Dah 2 Bulan Pemuda 20 Tahun Ini Tinggal Bawah Jambatan
Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu.
Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia akan marah nanti.
Sekali dia tak marah. Bangun tidur terus salam cium tangan saya. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz.
Saya tanya berapa lama kat sini. Dah 2 bulan. Duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah.
Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun umurnya. Anak ini sebenarnya baik dan kuat ni..
Ustaz Ni Berdosa Sangat Kat Kau..
Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya.
Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.
Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.
Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya hadiahkan sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya.
Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..
Ramai Rupanya Insan Baik Hati Yang Sudi Anak Lelaki 20 Tahun Ini
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...