Asal buka sosial media, tengok orang lebih mulalah hati berkata macam-macam. Jalan di pasaraya pun begitu, ada saja tak kena orang lain di mata. Asal orang ada lebih rezekinya pun di kata juga.
Sudahnya, bagaimana mahu jadi tenang dan bahagia. Sebab itulah, kata Rosmarlina Binti Abd Gani ini, hidup setiap orang itu adalah pilihan sendiri. Nak jadi baik atau sebaliknya, sendiri jualah yang tentukan.
Hidup Anda Pilihan Anda
Pilihan di tangan anda
Setiap hari kita boleh memilih jalan hidup Kita sendiri.
Contoh bangun pagi.
Pilih untuk tidak marah-marah, masak sarapan dan buat bekal anak-anak dengan mood yang baik.
Atau pilih untuk tidak sabar, marahkan anak, atau marahkan suami jika tidak menolong apa-apa.
Pilih untuk rasa ceria atau senyap seribu bahasa.
Semua ni akan mempengaruhi.
Sabar untuk tahan marah jika anak lambat bangun atau lama sangat mandi.
Pilih untuk penatkan diri dengan exercise atau bersenang lenang.
Pilih untuk masak simple atau gigih masak macam-macam.
Pilih untuk tengok ceramah agama atau drama Korea, drama Melayu atau movie Marvel.
Pilih untuk senyum atau tarik muka penat.
Pilih untuk aktif socmed atau post hanya jika perlu.
Ingat jangan tertekan tengok orang lebih dari kita, hidup tak pernah sama.
Cerita untuk sampai ke puncak itu hanya tuan badan yang tahu.
Pilih untuk rasa happy bila kawan-kawan share kegembiraan diorang.
Dalam kita tidak sedar ig story atau status FB kawan-kawan mewarnai hidup Kita. Pilih untuk scroll laju-laju kalau kurang berkenan.
Kita punye dark side dan bright side kita sendiri, kita punya pilihan untuk buat mana yang baik dan tak ikut kata hati yang tidak baik. Kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesalahan.
Ads
Jangan buka aib sendiri, aib kawan-kawan atau aib suami pada orang lain, simpan kemas-kemas.
Pilihan di tangan anda.
Jadinya warnai setiap hari yg anda lalui itu supaya lebih bermakna.
Hati Tenang Bila Memaafkan Orang Lain
Lagi satu bila dah makin ber umur kita akan penting kan rasa tenang tu, contoh maafkan ajalah sesiapa yg buat salah pada kita, tak payah nak rasa sentap sangat lama-lama, bila dah maafkan orang tu, automatik akan rasa best aja hari-hari, tenang ja hari-hari yang mendatang tu.
Itu jugak dikira pilihan kita untuk memaafkan atau tidak. Sebaik nya jadi lah seorang pemaaf.
Ads
Jaga siratulrahim buat baik pada mak ayah, adik beradik, sedara mara, ipar duai dan kawan-kawan bertanya khabar antara satu sama lain, Pilihan di tangan anda utk kekal positif dan mengeratkan ikatan kekeluargaan itu.
Ingat hari-hari jika rasa nak marah, ada punye pilihan utk cool tenang dan sabar, istighfar banyak-banyak.
Sesungguhnya nya semalam adalah sejarah , hari esok semua orang takkan tahu apa akan terjadi dan hari ini adalah hadiah, coraklah dan hargailah masa sekarang sebaik mungkin.
Salam dari Ros,
Osaka
MW :Hati yang lapang dan tenang itulah punca bahagia ya mak-mak.
Ramai sebenarnya yang jenis suka simpan ubat demam lama sangat letak dalam peti, konon itu persediaan kalau anak demam secara tiba-tiba.
Persoalannya, elok ke ubat tu pada anak? Dan kalau boleh simpan pun, berapa lama tarikh yang selamat untuk diguna? Haaa… untuk elak bahaya pada kesihatan anak, baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini.
Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Kenapa ye?
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.
Berapa lama je boleh simpan?
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
NOTA:
Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun sedang bertarung nyawa, ibu yang positif Covid-19 tetap fikirkan anak dalam kandungan. Dan minta pada doktor, “Tolong selamatkan bayi saya.”
Ternyata tiada yang lebih utama daripada anak yang dikandung berbanding nyawa sendiri. Di saat antara hidup dan mati, seorang ibu masih merayu agar anaknya diselamatkan.
“Tolong Selamatkan Bayi Saya.”
“Tolong selamatkan bayi saya,” itu permintaan seorang pesakit Covid-19. Kepada Dr Tan Boey Warn, pegawai perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Anestesiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.
Kongsi Dr Tan, 33, sehingga ke saat ini, dirinya tidak dapat melupakan kata-kata pesakitnya itu yang diungkapkan sebelum ditidurkan atau diintubasi.
Biarpun sudah biasa mengendalikan prosedur itu, namun Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa.
Walaupun Bertarung Nyawa
“Pesakit itu sedang hamil anak kedua dan mengalami Covid-19 yang serius, malah dia sendiri meminta bantuan pernafasan kerana sudah tidak berupaya untuk bernafas dengan baik.
“Keadaan paru-parunya juga agak teruk dan cara pengendalian pesakit itu agak berbeza kerana keadaannya yang hamil.
“Jadi, saya perlu mengeluarkan bayi dalam kandungannya dahulu sebelum meniarapkan badannya untuk diintubasi,” katanya.
‘Tolong Selamatkan Bayi Saya..’ Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan
Sebelum menjalankan prosedur intubasi, Dr Tan berkata, dia perlu menenangkan pesakit dan tugas itu bermain dengan emosi.
“Jika pesakit itu Muslim, saya minta mereka berselawat dan membaca doa sebelum diintubasi.
“Begitu juga dengan pesakit yang menganut agama lain, saya akan beri semangat dan minta lakukan perkara sama (berdoa),” katanya yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan dengan enam tahun dalam bidang anestesiologi.
Semua Pihak Harus Memahami
Menyedari keresahan keluarga terhadap keadaan pesakit Covid-19, Dr Tan meminta semua pihak memahami dan menaruh keyakinan terhadap pegawai perubatan dan petugas kesihatan.
“Saya mohon pengertian masyarakat dengan kekangan serta kesibukan kami terutama yang bertugas di ICU.
“Keadaan dalam wad ICU Covid-19 sama sahaja, malah kami seperti angkasawan kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.
“Jadi, jika mereka tidak dapat menghubungi wad, bersangka baiklah kerana kita bukan enggan berkongsi perkembangan terkini tetapi ada kalanya tiada masa menjawab panggilan telefon,” katanya.
Mingguan Wanita : Lumrah seorang ibu, demi anak dia sanggup korbankan apa saja. Semoga semua pesakit Covid-19 di luar sana kuat berdepan dengan virus ini dan cepat sembuh.
Rutin setiap hari, mak bangun siapkan sarapan, anak masih lagi tidur. Selesai sediakan sarapan, mak kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja. Suami awal pagi dah gerak. Anak-anak pula bersedia untuk di hantar rumah pengasuh atau taska. Malamnya pula, hanya ada masa dua tiga jam sahaja dengan anak-anak. Inilah setiap hari yang dialui oleh mak ayah yang bekerjaya.
Sedar tak sedar, anak dah makin membesar dan masa kecil dengan mereka langsung tidak di rasa. Sedihnya. Rasa ingin kembalikan zaman kecil anak-anak ini dan tumpukan sepenuhnya pada mereka.
Masa yang berlalu tidak akan berulang. Tapi dengan masa yang ada ini gunalah sepenuhnya dan curahkan kasih sayang yang ada untuk anak-anak serta keluarga. Bagi mak ayah boleh gunakan tip ini untuk tunjukkan kasih sayang pada anak-anak agar mereka rasa tidak disisihkan, malah lebih dikasihi dan dicintai.
Beri Kejutan
Anda jarang memberi hadiah untuk anak. Mungkin setahun sekali sempena hari lahir. Tetapi, tidak salah untuk anda membuat beberapa kejutan yang tidak pernah terduga oleh anak anda. Contohnya, membeli aiskrim atau barang mainan yang disukai. Anda tidak perlu memanjakan mereka tetapi sekali sekala tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang.
Lagu Istimewa
Lagu atau syair ciptaan anda sendiri dapat menjadikan kenangan manis untuk anak anda apabila dewasa. Anda boleh menyanyi atau bersyair ketika bermain bersama atau sedang di bilik tidur.
Membaca Buku Cerita
Selain menyanyi atau bersyair, anda juga boleh luangkan masa dengan membacakan buku cerita dengan memilih cerita kegemarannya. Walaupun, anak anda meminta berulangkali, jangan dikesalkan. Sebaliknya, tunjukkan kesabaran kerana ia dapat membuatkan anak anda bahagia.
Berbaring Bersamanya
Waktu tidur adalah masa yang tepat untuk anda berkongsi perasaan dengan si kecil. Berbaring bersama mereka seketika dan berkongsi cerita tenang perkara yang anda lakukan. Anda juga boleh mendengar keinginan, kesedihan dan kegembiraan yang dilaluinya. Tentu membahagiakan.
Catatan Cinta
Jika anak anda belum dapat membaca, anda boleh gambarkan sesuatu tentang cinta dan perhatian anda kepadanya. Tampalkan catatan cinta di tempat-tempat yang kerap mereka lihat seperti bekas berus gigi, bawah pinggan makan dan sebagainya.
Isyarat Khusus
Buatlah isyarat khusus dengan gerakan tangan yang bermaksud ‘I Love You’ dan anak ini dapat lakukan semasa mereka ke sekolah atau berjauhan dengan anda.
Bercuti
Luangkan masa untuk mengimbas kembali dengan anak-anak tentang perkara yang mengasyikkan. Atau anda juga boleh bercuti dalam masa yang singkat di tempat yang menarik. Inilah salah satu perkara yang boleh menghilangkan rasa penat dari rutin seharian.
Tak kisah, anak kecil ataupun anak makin membesar, sekurang-kurangnya dia tahu kita tidak pernah lupa, walaupun sibuk dengan kerja. Moga anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang mak ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...