Ada orang kata, naluri orang perempuan ini boleh kalahkan kuasa Thanos, dia punya kuat itu.. tak payah bagi dia nampak, sebab dia boleh rasa apa yang suami mahupun anak sembunyikan. Apa yang disembunyikan itu, isteri ke mak tahu juga akhirnya.
Bak kata Ustaz Khairul Anuar Basri ini, naluri atau instinct ini anugerah deria ke-7 yang sangat kuat yang tuhan beri pada orang perempuan. Sebab sayangnya Allah pada orang perempuan ini.
Hadamkan penjelasan ustaz ini kenapa tak boleh dibuat main-main dengan naluri orang perempuan ini.
Jangan Main-main Dengan Naluri Orang Perempuan
Jangan main-main dengan instinct orang perempuan. Terutamanya seorang ibu atau seorang isteri.
Kerana terlalu banyak dan terlalu besarnya pengorbanan mereka, Allah kurniakan mereka deria ke 7 yang sangat kuat.
Allah sangat sayang 2 kumpulan ni; ibu dan isteri.
Anak-anak, jangan la cuba nak tipu mak. Jangan sesekali. Sebab mak akan tahu juga akhirnya.
Mak bukan saja tahu anaknya menipu, tapi mak juga akan tahu bila anak-anaknya ditimpa kesusahan atau berada dalam masalah.
Hebatnya ilmu seorang mak terhadap anak, dia akan tahu semua tentang anaknya walaupun anak cuba nak sembunyikan.
Marah anak, tak puas hati anak, sakit hati anak, susah anak… semua-semua lah. Seorang mak akan tahu.
So, jangan cuba-cuba nak tipu mak ye. Kalau ada benda perlu bagitahu, bagitahu dulu cepat-cepat. Jangan sampai mak tahu sendiri dari mulut orang lain. Kecik hati mak.
Baca sini : 4 tanda suami nak kelentong. Awas! naluri isteri lagi hebat.
Suami Jangan La Cuba Nak Tipu Isteri
Isteri pun sama. Suami-suami jangan la cuba nak tipu isteri. Dia akan tahu.
Lebih-lebih lagi kalau buat benda yang salah dan berdosa. Isteri akan dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Part ni memang boleh tabik la kat insan yang namanya isteri. Allah memang bagi sungguh anugerah ni pada isteri.
Mana taknya, tiada insan semulia seorang isteri. Dia bukan saja menyerahkan seluruh tubuhnya kepada manusia bernama suami, tetapi dia menyerahkan nasib sepanjang hidupnya juga kepada suami.
Lebih daripada itu, dia menyerahkan 100% kepercayaannya kepada suami untuk menjaganya, membimbingnya, memberi nafkah kepadanya dan menjaga kebajikan anak-anaknya.
Bila berkahwinnya seorang wanita yang beriman, hidup dan matinya hanya untuk mengabdikan diri kepada suaminya. Sebab itu Allah balas dengan ganjaran yang besar kepada isteri asbab pengorbanannya itu.
Isteri serahkan sepenuh jiwa raganya kepada suami, Allah anugerahkannya deria yang kuat yang boleh menghidu perbuatan buruk dan berdosa suaminya.
Baca info lebih menarik di sini.
Sekali Kepercayaan Dikhianati, Isteri Ingat Sampai Mati
Allah tak akan biarkan pengorbanan seorang isteri berlalu sia-sia. Allah pasti akan gerakkan hatinya demi untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga.
Baik pecah rahsia awal-awal daripada berselindung di sebalik angkara yang durjana buat sekian lama. Betul tak?
Bukan mudah sebuah kepercayaan nak diberi. Tapi sekali kepercayaan itu dikhianati, isteri akan ingat dan terasa hati sampai mati.
Perasaan cinta dan sayangnya terhadap suami tak akan sama lagi.
So, buat semua anak-anak dan para suami…
Jagalah hati ibu dan isteri. Jangan cuba-cuba nak buat benda tak senonoh di belakang ibu atau isteri. Lambat laun mereka akan tahu jugak.
Nak percaya ke, tak nak percaya ke, terserah.
Dan bila kita jujur dan tidak menipu, pasti Allah akan bagi balasan yang setimpal dengan kejujuran dan keikhlasan kita sebagai anak atau suami.
Percayalah…
#KAB #StayAtHome
MW : Dah faham kan.. janganlah cuba nak tipu-tipu isteri ya. Sebab, isteri boleh rasa.. dan tahu apa yang suami sembunyi.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI