Tak dinafikan selepas berkahwin, kebanyakannya wanita biasanya akan ‘mengabdikan diri’ untuk kebahagiaan suami dan anak-anak tersayang. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, adakalanya sehingga terlupa untuk memperuntukkan sedikit ruang waktu yang ada untuk sayangi diri sendiri. Dalam erti kata menjaga penampilan diri, bercantik-cantik dan menjaga hati sendiri. Segalanya pastinya didahulukan untuk keluarga tersayang.

Buka minda baca perkongsian catatan pengalaman peribadi daripada Puan Dzuriasikim Dzulkefli ini.

Selalu saya nasihatkan wanita untuk jadi cantik. Jaga diri. Jaga pakaian. Jaga penampilan dan jaga hati sendiri.

Biar apa pun harus ada ruang untuk sayangi diri.

Kerana saya sendiri telah pernah terlupa untuk menjaga semua itu. Saya pernah jadi orang yang suka menghambakan diri untuk orang yang saya sayang, demi mengejar sayang. Ramai wanita jadi begini.

Bukan tidak boleh. Ya pasti boleh sahaja. Kerana cinta itu kan suatu anugerah yang terindah buat kita. Lalu orang yang bercinta itu, sering mahu memberikan yang paling baik untuk pasangannya.

Yang tidak boleh adalah, bila cinta pada manusia lain melebihi diri sendiri. Dan saya tidak mahu hal yang serupa berlaku kepada wanita lain lagi.

Jaga Penampilan Diri

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitik beratkan tentang penampilan diri. Entahlah, barangkali sudah menjadi kebiasaan sejak nenek moyang kami lagi.

Arwah ibu saya sangat sangat memberatkan keterampilan bukan setakat luaran. Bahkan hingga ke pakaian dalam!

Pernah dia berpesan begini sambil berjenaka…

“Seluar dalam terkoyak jangan pakai lagi. Mana tahu kalau kecemasan atau ada kemalangan di luar, terselak kain….nampak seluar dalam koyak….”. Sampai macam tu dia berpesan kerana nak menakutkan kami supaya tak pakai pakaian dalam yang berlubang.

Bila bernikah, sehingga punya anak dua ramai yang ingat saya masih anak dara. Saya tetap jaga diri.

IKLAN

Bila anak kembar (ketiga dan keempat) saya lahir, badan saya mula besar sedikit. Malah sungguh besar. Berat saya waktu mengandung melebihi 80kg! Setelah melahirkan, menjadi 70kg lebih.

Bila bekas pasangan minta saya berhenti kerja…saya akur. Meskipun waktu itu sudah punya kerjaya yang sangat bagus, gaji lumayan, di syarikat antarabangsa antara terbaik dunia. Orang yang dalam cinta, sanggup buat apa sahaja kan?

Abdikan Diri Untuk Keluarga

Apabila rumahtangga mula goyang dan tertekan… Saya abdikan diri untuk keluarga. Hidup saya sememangnya hanya untuk suami dan anak-anak sahaja. Saya last sekali. Itupun jika ada waktu tersisa. Yang biasanya tidak ada.

Semuanya hanya kerana ingin mengejar cinta. Yang semakin lari …dan lari.

Saya faham benar bagaimana seorang isteri itu berada dalam “super comfort level”.
Jadi isteri sudah tidak pandang orang lain.
Suami di hati bagai permata.
Biar siapa pun dia….

Dan wanita sering berfikir bahawa suami mereka juga serupa.
Itu yang sering menjadikan sikap “tidak apa” pada isteri.

IKLAN

Terlupa Jaga Diri

Terlupa jaga diri.
Berat badan semakin menjadi.
Kadang tidak sempat berbedak apa lagi berlipstik.
Sibuk menukar pampers bayi.

Segalanya seadanya.
Bahkan kadang cincai sahaja.

Aku kan dah kahwin.
Dah ada suami.
Alah, dah kahwin lama.
10, 12, 25 tahun dah.
Suami tidak kisah.

Saya pernah terlupa bahawa dulu saya sering sangat menjaga diri. Karektor kita berubah. Apa lagi bila bekas suami sangat kuat cemburu. Saya tak boleh cantik-cantik selalu.

Jangan tersalah faham.
Bila jadi isteri, harus ikut cakap suami.
Namun perlu ada ruang untuk diri.

Ini saya dulu.
Waktu balik kampung sampai sepupu saya tegur…
“Bakpo biar tubuh jadi gitu…. Saye lah ke tubuh…”
(Kenapa biarkan tubuh jadi macam tu? Sayang dekat tubuh…). Dia tegur sebab tak pernah tengok saya comot dan selekeh begitu.

IKLAN

Sibuk Abdikan Diri Untuk Keluarga, Harus Ada Ruang SAYANGI Diri SendiriApabila berpisah, saya jadi diri saya semula.
Saya jaga makan dan waktu tidur saya.
Saya jaga diri macam arwah ibu ajar saya.

Kita boleh jadi siapa yang kita mahu.
Nak kurus boleh, jika kita benar-benar mahu.
There is no such things that…

“Saya nak kurus….tapi tak boleh laaa”.
“Saya nak kulit cantik…tapi tak sempat dan selalu tak ingat nak pakai….”

Istiqamah itu memang sukar.
Yang mudah itu adalah istirehat.

Namun jika kita benar sayang diri kita.
You just have to be determined and put your heart to it.

Sibuk Abdikan Diri Untuk Keluarga, Harus Ada Ruang SAYANGI Diri Sendiri

Ini gambar saya hari ini.
Dan gambar saya ketika tidak mencintai diri.

Saya yakin anda juga boleh…
Sayangi diri.

Dzuriasikim Dzulkefli
InsyaAllah esok saya tulis lagi.

Baca Lagi Di Sini: Wanita MATANG Adalah Orang Yang Lebih TENANG Dan Mudah Memaafkan

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita bergelar isteri dan ibu. Dalam pada kita sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga, janganlah terlupa untuk berikan sedikit ruang sayangi diri dan jaga penampilan diri. Percayalah dengan berpenampilan menarik membuatkan kita selesa dan mampu menambah keyakinan diri, walau di mana pun kita berada.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI