Hidup ini tak perlu sibuk-sibuk kehidupan orang. Utamakan kehidupan sendiri, belek cacat-cela kehidupan sendiri sebelum belek cacatnya rumah tangga orang lain. Tegur dulu pasangan sendiri sebelum menegur kesilapan pasangan orang lain.
Sebenarnya, jangan terlalu sibuk dengan kehidupan orang lain, takut lama-lama nanti kehidupan sendiri ketinggalan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Bila Kita Terlalu Sibuk
Bila kita terlalu “SIBUK” dengan kehidupan orang lain, maka kehidupan kita sendiri akan “KETINGGALAN”…
Apa yang orang lain buat, semua dia nak tahu… Apa yang org lain buat, semua dia nak komen dan komplen… Apa yang orang lain buat, semua dia nak masuk campur…
Itu tak kena, ini tak kena… Cara itu salah, cara ini tak betul…
Pada pandangannya, orang buat lain dari yang dia buat adalah salah… Dia tak boleh terima sebab tak ikut cara dan kata dia…
Dia judge kehidupan orang lain, dia persoalkan apa saja yang orang lain buat… Walhal ianya langsung tiada kaitan dengan dirinya…
Orang post gambar dengan pasangan, katanya nak tunjuk kebahagiaan… Orang post gambar pergi melancong, katanya nak tunjuk kemewahan…
Orang post gambar makanan, katanya nak tunjuk kemampuan… Orang post gambar anak-anak, katanya nak tunjuk kecomelan dan anak yang cute…
IKLAN
Kalau kita ini tergolong dalam spesis ini, maka perbaiki hati sendiri… Cuba belajar untuk berlapang dada dan bersangka baik dengan kehidupan orang lain…
Tanam dalam fikiran, kita tidak ada hak untuk bersangka bukan-bukan dan kita tidak layak untuk mencampuri urusan orang lain…
Dia berhak sepenuhnya untuk buat sebagaimana yang dia kehendaki… Itu kehidupan dia, dan dia tak perlukan kita untuk mengawalnya…
Sila fokus kepada kehidupan sendiri…
MW: Hidup ini perlu focus diri sendiri dan keluarga. Tak perlu sibukkan dan saratkan kepala dengan kehidupan orang lain yang tiada kena-mengena.
Dalam keadaan hidup yang amat mencabar, kita sering diuji dengan bermacam ujian hidup. Anak sakit, suami yang tidak peduli malah kewangan yang jarang sekali mencukupi. Lelahnya terasa sarat, tapi janganlah kita terlupa yang Allah sentiasa ada untuk kita.
Bagaimana mahu kita jadikan agar Allah sentiasa membantu kita dalam apa juga kesempitan. Puan Siti Rohani ketika menonton perkongsian daripada Ustaz Hanan Attaki di Youtube mendapat jawapannya.
TIPS AGAR ALLAH SELALU MENOLONG KITA
Jika kita mahu Allah menolong kita, jika kita mahu banyak kejutan, jika kita mahu hidup kita penuh dengan kebaikan.
Lakukan tips ini. Tipsnya ada 2 ;
1. Jangan Keluar Dari Jalan Allah
Tetaplah dalam Islam. Pasti Allah beri. Bila berada di jalan Allah tiba-tiba ada kejutan dari langit. Tetap sahaja disitu dulu. Usah kecewakan Allah. Usah sampai Allah lihat kita buat sesuatu yang Allah tidak suka.
Bayangkan jika Allah sudah unfollow kita maksudnya Allah sudah berlepas tangan dengan kita. Semuanya akan unfollow kita.
Apa lagi jika Allah block kita terus.
Jangan sampai Allah sudah tidak pandang kita. Siapa lagi mahu tolong kita melainkan Allah. Apa pun masalah kita. Walau sesulit mana pun.
Jangan sampai kita buat perkara yang Allah larang. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu. Ia melalui proses yang berterusan.
2. Selalu Berdoa
Selalulah kita terus minta dari Allah. Doa kepada Allah. Doa itu adalah ibadah. Sekalipun belum dikabulkan doa, tetaplah kita berterusan berdoa.
Dalam Islam, berdoa itu sama seperti kita solat sunat 2 rakaat. Semakin kita banyak berdoa semakin Allah sayang kepada kita. Allah suka kepada hambaNya yang suka meminta denganNya.
Sebelum buat sesuatu walau sekecil-kecil perkara minta dengan Allah dahulu.
Mintalah Dengan Allah Walau Cuma Garam
Kata nabi, mintalah dengan Allah walaupun cuma garam.
Mintalah doa sekalipun kita hanya mahukan garam. Minta dulu dengan Allah.Kita sudah dapat pahala berdoa dan ditambah lagi keberkahan dalam garam itu.
Allah cemburu bila kita banyak berterima kasih dengan makhluk sebelum bersyukur dengan Dia. Allah cemburu kita meminta-minta dari manusia. Sekiranya kita meminta-minta dengan Allah. Allah suka sangat.
Hamil anak kedua, wanita ini mengidam bersanding sambil diarak keliling kampung. Aduhai, macam-macam rupanya mengidam ini.
Selama ini ingat ramai wanita hamil mengidam makanan sahaja, ada juga mengidam yang di luar kebiasaan. Mengidam adalah pengalaman yang kebiasaaannya yang dialami oleh ibu yang sedang mengandung.
Sebenarnya tak salah mengidam ketika mengandung, namun janganlah melampaui batas serta menyusahkan suami dan keluarga. Seperti mana yang dialami oleh wanita, tentu gembira hatinya bila suami tercinta menunaikan permintaannya.
Hamil Anak Kedua
Seorang wanita yang sedang hamil anak kedua di Jakarta, Indonesia mengidam untuk bersanding sekali lagi sambil diarak mengelilingi kampungnya, lapor laman berita Suara.com.
Video aksi pasangan pengantin itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @singamanja_slebeww menjadi tular di media sosial.
Malah, dalam klip video itu juga, pasangan pengantin itu turut dilihat membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung mereka.
“Mengidam anak kedua, mahu jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video itu.
Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan.
“Asalkan jangan menidam untuk ganti suami ya puan,” komen seorang netizen.
“Akhirnya anaknya boleh menghadiri majlis pernikahan kedua orang tuanya,” komen seorang netizen lain.
Video tersebut sehingga kini sudah ditonton sebanyak 2.2 juta kali dan memperoleh lebih 212,000 tanda suka. – AGENSI
Mingguan Wanita : Nasiblah mengidam bersanding dengan suami sendiri, kalau bukan-bukan susah juga hendak dituruti. Sepanjang kehamilan, mak-mak pernah tak mengidam yang bukan-bukan?
Sepatutnya jadi orang tua biarlah adil dalam mendengar aduan anak dan menantu, jangan dengar sebelah pihak sahaja. Kemudian menangkan anak sendiri walaupun sedar anak sendiri miliki banyak kesilapan.
Mungkin hari ini hari menantu menemui jalan buntu dalam perkahwinan bersama anak mak, ayah. Mana tahu, lima tahun atau sepuluh tahun kemudian anak perempuan sendiri pula berdepan masalah yang sama.
Ketika itu, barulah nak tersedar, jangan pula menyesal. Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan fahami apa yang disampaikan:
Jadi Orang Tua Biarlah Adil Mendengar Aduan Anak Menantu
Sebelum hendak backup atau menyebelahi anak lelaki melebihi menantu perempuan, kena fikir dulu yang mak,ayah ada anak perempuan atau tidak, paling tidak pun fikirlah kalau-kalau ada cucu perempuan ke, anak saudara perempuan.
Bukan apa, takut-takut akan terkena perkara yang sama dari mak mertuanya nanti.
Sebab banyak sangat aduan dan kes-kes punca retak rumah tangga ini daripada keluarga mertua. Sayang anak tak kena tempat sampai sanggup percaya kata-kata anak tu bulat-bulat.
Sepatutnya jadi orang tua ini, jadi pendamai, Sebab nak adakan keturunan yang ramai, Bukannya tepuk amai-amai.
Jadi orang tua ni biar jadi orang yang adil dalam mendengar keluhan dan aduan dari anak, menantu. Bukannya dengar sebelah pihak melulu.
Cari Jalan Penyelesaian
Bila sudah dengar keluhan dan aduan itu, siasat betul ke tidak, lepas siasat cari jalan penyelesaian bukannya lepas tangan lepas bagi hentaman.
Sebab itulah dalam seksyen 47(5)(6) Enakmen undang-undang Keluarga islam Selangor memberi keutamaan kepada saudara karib kepada pihak-pihak untuk dilantik sebagai Jawatankuasa Pendamai untuk mendamaikan.
Ini tidak. Sudahlah tidak ada usaha mendamaikan apatah lagi nak ambil inisiatif tegur dan ajar anak sendiri, difitnah pula diputarbelitkan pula fakta masa bicara.
Anak Perlu Dididik Hingga Akhir Hayat
Apa sudah jadi. Nasihat saya, anak ini bukan hanya perlu dididik dari alam rahim, tapi perlu dididik dan diajar sehingga akhir hayat.
Sebagai anak pula relakanlah hati tu untuk diajar dan dididik kalau tak mampu nak mengajar dan mendidik anak isteri. Ego buang tepi barulah keluarga yang dibina kekal hingga syurga yang tertinggi.
Mingguan Wanita : Sepatutnya orang tua haruslah menjadi pendengar yang baik, seterusnya beri saranan dan nasihat agar rumah tangga yang terbina dapat diselamatkan. Bukannya menambah luka dan bara dalam rumah tangga anak, menantu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Jeli aloe vera mengandungi pelbagai khasiat terutama pada kulit.