perceraian

Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal dan melalui detik sukar saat penceraian.Ia bukanlah keputusan yang diambil masa sehari dua. Hati wanita perlu benar-benar cekal, mengumpul segala kekuatan yang ada sebelum nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah.

Membaca nukilan yang dikongsikan oleh Fauzana Ismail ini,pengalaman dirinya sendiri menghadapi detik sukar penceraian dan berpeluang menyaksikan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku di Mahkamah oleh pasangan suami isteri lain, benar-benar menjentik emosi kita agar lebih menghargai perkahwinan yang dimiliki. Paling penting tidak perlu sibuk akan rumahtangga orang lain, nasib kita belum tentu lagi maka jagalah perkahwinan sendiri.

Berikut antara yang dikongsikan oleh wanita cekal ini;

Mungkin anda selalu tengok scene penceraian dalam mahkamah kat mana-mana drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, apa yang saya boleh cakap…SEBAK,SEDIH…walaupun defendan & plaintif tu takde kaitan pun dengan kita.

Saksi Penceraian Di Mahkamah

Hari ni saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang pegawai penjara.si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara.(waktu dia sampai dalam mahkamah anak-anak datang bersalam dengan bapak dia..dengan tangan bergari dia peluk cium anak-anak dia.)

Dipendekkan cerita,pada awalnya si isteri memohon fasakah..tapi Setelah tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track..mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan dan permohonan fasakh dibatalkan..

Ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua-dua pasangan saling bermaafan dan di isteri datang kepada suami salam, minta maaf, minta di halalkan makan minum selama berumahtangga dia berjanji akan menjaga anak-anak sebaiknya…sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.

Keadaan Sebenar Bila Penceraian Berlaku

Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku… tapi percayalah..kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata…saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa….tiba-tiba bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak…saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan..dunia rasa gelap..lutut rasa lembik…badan rasa terawang awangan)

IKLAN

Allah…sebak rasa…tiba-tiba air mata terus jatuh…

Saya pinjam kata-kata tuan hakim tadi;

“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”

“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”

IKLAN

Peliharalah Rumahtangga & Hargailah Pasangan

Kepada kawan-kawan sekalian, jagalah rumah tangga anda…Peliharalah rumahtangga kalian.Bajalah ia dengan penuh kasih sayang.Hargailah pasangan anda, selagi dia masih ada bersama anda.

Jangan lah kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain.. orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke..biarlah itu hak diorang, yang penting kita ni masing-masing jaga rumah tangga kita…nasib kita belum tentu lagi…takut-takut hari ni kita mengata orang..perkara tu berbalik kepada kita…Itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen kalau ada kisah jadi isteri no 2,no. 3 sebab saya ada ramai kawan-kawan yang menjadi isteri no.2.

Pengajaran Pada Diri

Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri, yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain..tapi kemudian sebaliknya terjadi..tu pengajaran untuk saya.bila melibatkan soal begini mulut kena jaga…sebab takut….takut benda tu berbalik pada diri sendiri

IKLAN

Entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya, dari pukul 9.00 pagi -11.45 pagi saya giliran ke-19 dari 20 kes.tq defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut-turut walaupun waran tangkap telah dikeluarkan..tq kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, tq untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya..semoga allah membalas seadilnya.

Saya izinkan entry ini dishare,tak perlu minta kebenaran.

Salam Sayang ❤

fauzana binti ismail

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat kita. Buat wanita yang diuji dengan perceraian semoga terus cekal dan kuat serta kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Sumber: Fauzana Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI