Jangan Mencela MAKANAN Yang Tidak Disukai, Hilang Berkat Dan Rezeki

Makanan seharian yang dinikmati itu juga adalah salah satu bentuk rezeki yang tuhan beri pada kita. Sekali pun memperoleh makanan yang tidak digemari, jangan sesekali mencela makanan yang tidak disukai itu ya.

Ustaz Khairul menjelaskan perbuatan sedemikian boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dan rezeki itu sendiri. Malah, rasulullah s.a.w sendiri akan meninggalkan makanan yang baginda tidak sukai.

Fahami adab ketika berdepan dengan makanan yang menjadi rezeki kita itu ya. Hadamkan perkongsian ustaz.

Jangan Mencela Makanan Yang Tidak Disukai

Penulis membantu kawan-kawan Travel agent yang dah setahun lebih tidak boleh beroperasi. Kami beralih kepada pelbagai perniagaan lain. Terutama makanan. Kami bertukar tukar barangan untuk di jual di pelbagai tempat.

Banyak kali penulis bertemu dengan pelanggan yang tidak suka sesuatu makanan contoh nya, patin tempoyak, dodol, rotub, nasi arab, bryani dan lain-lain. Walaupun ramai yang suka tapi ada yang tak suka.

Katakan lah patin tempoyak. Ada yang tak suka kerana isi dia lembut. Geli.. hanyir dan pelbagai alasan. Ditambah dengan emoji menjelir lidah. Geli kut.

IKLAN

BAGINDA SAW.. Pernah di jamu dengan dhab yang menjadi kegemaran orang di padang pasir. Namun, baginda tidak berkata apa-apa dan tidak memakan nya.

Berdasar hadis di bawah. Makanan yang dihidangkan itu adalah rezeki dan keberkatan yang ada. Apabila mencela makanan bererti menolak rezeki dan keberkatan yang ada. Risau Allah tarik rezeki di atas celaan kita.

Jika Tidak Suka, Baginda Rasul Tak Makan Dan Meninggalkannya

Rasulullah mengajarkan kepada kita agar tidak mencela makanan. Bila baginda menyukai makanan tersebut baginda akan memakannya, namun apabila beliau tidak suka, baginda meninggalkannya.

IKLAN

Sebagaimana diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya (tidak memakannya).” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).

Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan, “Inilah adab yang baik kepada Allah Ta’ala. Karena jika seseorang menjelek-jelekkan makanan yang tidak disukai, maka seolah-olah dengan ucapan jeleknya itu, ia telah menolak rizki Allah.” (Syarh Al Bukhari, 18: 93)

Jika tidak setuju dengan tekak.. Tinggal kan/tidak dimakan. Jangan diiringi dengan meremehkan /mencela makanan itu.

IKLAN

Ada benda kena belajar tahan mulut itu, makanan jangan sampai menghina rezeki tuhan

MW : Sentiasa bersyukur dengan nikmat makanan yang tuhan beri.

Sumber/Foto : Ustaz Khairul

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI