Shopping… memang cukup sinonim dengan wanita. Jarang sekali kita dengar kaki shopping seorang lelaki. Mungkin ada tetapi tidak semua kerana selebihnya sudah tentulah wanita.

Kalau sebelum kahwin, wanita suka shopping barang keperluan peribadi, alat solek, pakaian dan sebagainya. Tetapi, rasanya selepas kahwin tentu sekali keutamaan barang yang dibeli adalah keperluan anak, suami dan keluarganya.

Kadang-kadang, bagilah masa sehari suntuk untuk wanita bershopping, pasti tidak cukup. Lebih teruk, bila suami atau pasangan jadi peneman, kelihatan muka bosan dan cuak tatkala menunggu pasangan membeli belah.

Jangan fikir wanita bershopping ini untuk melepaskan keinginan semata-mata dan sebagai suami atau pasangan pula, janganlah mempertikaikan apa yang isteri lakukan.

Sebenarnya, ada sebab dan perbezaan bagi setiap wanita yang suka bershopping. Mengulas lebih lanjut topik ini bersama Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat. Suami atau isteri, sila hadamkan.

 

Jangan Marah Kalau Isteri Suka Shopping Tapi Raikan Apa Yang Dia Nak
Pendakwah bebas, Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat

3 Kategori Shopping Yang Suami Kena Tahu

Terdapat tiga kategori yang menunjukkan perbezaan bagi setiap satu.

1. Shopping untuk keperluan – Biasanya membeli belah barangan keperluan rumah dan keluargamudah difahami oleh suami dan ia tidak menimbulkan banyak masalah.

2. Shopping aksesori – Sebarangan yang bukan keperluan utama atau sekadar suaka memiliki yang menyebabkan sukar difahami oleh suami.

Ini kerana fitrah wanita diciptakan sememangnya dekat dengan perhiasan manakala lelaki fitrahnya tidak begitu memerlukan perhiasan. Sebab itulah, sering kali isteri ditegur oleh suami apabila berbelanjauntuk aksesori sebegini.

3. Kepuasan fitrah diri – Keadaan ini perlu difahami suami kerana dengan melayan kesukaan untuk bershopping, ia akan membahagiakan isteri.

Mereka rasa dihargai, walaupun sekadar berbelanja sedikit atau window shopping dalam suasana yang membahagiakan.

Baik Suami Atau Isteri, Hadam Nasihat Ini

ISTERI

  • Rujuklah pada suami secara rasional untuk sebarang perbelanjaan. Elakkan daripada sentiasa keluar shopping bersama kawan-kawan kerana ia boleh menyebabkan keinginan membeli belah tanpa kawalan.
  • Walau bagaimanapun, keluarlah membeli belah kerana ia adalah tuntuan fitrah dan sebagai terapi yang membahagiakan wanita. Namun, keluarlah bersama dengan suami sebagai pengawal.
  • Sebaik-baiknya, aturkan disiplin jadual untuk shopping. Contohnya, dua kali sebulan dengan bajet yang tertentu.
  • Memang sifat isteri atau ibu akan sanggup berbelanja apa sahaja untuk orang tersayang sehingga kadang kala boleh menimbulkan masalah tentang cara yang dibelanjakan. Contohnya, membeli barangan tanpa kebenaran suami atau terlalu lama keluar membeli sehingga boleh menyebabkan kemarahan suami. Sebaiknya, belilah barangan tetapi elakkan daripada saumi terasa tidak dihormati atau tanpa kebenarannya.

SUAMI

  • Kita perlu lebih memahami fitrah kewanitaan isteri dengan sama-sama menemani isteri menikmati kebahagiaan shopping. Tidak semestinya berhabisan duit barulah bermakna memuaskan hati isteri. Sebaliknya, cara layanan suami yang membahagiakan apabila menemani isteri membeli belah itu sudah cukup .
  • Layani keinginan isteri untuk keluar shopping tetapi dalam masa yang sama, suami perlu kawan keinginan menghabiskan duit oleh isteri dengan cara tidak menyakitkan hatinya.
  • Sentiasa menemani isteri shopping, raikan sebahagian fitrahnya dan nasihatlah dengan positif agar tidak hanyut dengan fitrah sukakan shopping.
  • Jadilah peneman dan cuba memahami untuk membelikan sesuatu yang istimewa untuk isteri. Mudah-mudahan ia boleh membantu menghentikan tabiat suka shopping yang keterlaluan.

 

Jangan Marah Kalau Isteri Suka Shopping Tapi Raikan Apa Yang Dia Nak

Pesanan Untuk Isteri

1. Pujuk diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Isteri yang bersyukur dan berterima kasih kepada suami dengan pemberian yang diberi adalah antara ciri wanita syurga.
2.  Latih diri dengan sifat Qanaah iaitu berpada-pada dan selalu merenung serta ambil iktibar daripada orang lain yang lebih miskin. Kata pujangga, ilmu dan amalan, pandanglah orang yang lebih banyak ilmu dan amalannya tetapi harta, pandanglah orang yang lebih sedikit hartanya.
3. Elakkan bergaul terlalu terlalu banyak orang yang lebih kaya kerana lama-kelamaan akan mempengaruhi hidup kita. Sedangkan kita tiada kemampuan.
4. Praktiskan perancangan dan tulis sebelum keluar membeli belah. Pastikan kita betul-betul mengikut apa yang dirancang sebelum ini.
5. Budayakan shopping tunai dan elakkan guna kad kredit kecuali kecemasan sahaja.
6. Kombinasi suami isteri yang baik ialah isteri merancang dan mencadangkan manakala suami menilai dan memutuskan. Cari jalan pertengahan untuk kedua-duanya.
7. Sentiasa ukur baju pada badan sendiri. Usah beli baju yang saiznya untuk orang lain. Maksudnya, fikirkan untuk shopping mengikut keperluan, bukannya ikut peluang.
8. Rancang belanja bulanan ikut kecukupan gaji tetap sahaja, manakala elaun atau pendapatan tambahan adalah untuk simpanan ataupun ‘back up’ sahaja. Disiplinkan diri dengan sebahagian untuk simpanan, sebahagian untuk belanja dan sentiasa ada lebihan pendapatan.