Ternyata manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki. Lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang sebaya lebih berjaya dan kaya.

Padahal di sekolah dahulu, kita lebih cemerlang tetapi kini dia lebih senang hidupnya dari mak, ayah. Mula timbul rasa cemburu dan iri hati, padahal kita tidak tahu apa yang kawan kita lalui selama ini.

Sebaiknya, mak ayah jangan limitkan rezeki pada kebendaan saja, cuba pandang orang lebih susah barulah tahu erti bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:

Bila Kawan-Kawan Lebih Berjaya

Dulu satu kelas, belajar sama-sama, sekarang dia kerja hebat, jawatan tinggi…”

Untungkan dia…

Ada kan kawan-kawan kita yang lebih berjaya daripada kita… Ada kawan-kawan kita yang hidupnya lebih mewah daripada kita… Jadi doktor, pensyarah, pegawai, manager siap ada bisnes sendiri lagi…

Kita pun tengok hidup sendiri,

“Hmm, aku ini berniaga pasar pagi je… Aku ini, malam-malam jual burger saja… Aku kerja kilang saja… Aku ini tak kerja, duduk rumah, jaga anak-anak…”

“Kenapa hidup aku tak macam dia?”

Ada tiga perkara yang kita kena faham sebelum kita nak hidup macam dia…

1. Rezeki
Walaupun belajar sekali, walaupun sama-sama grad, belum tentu lagi kita dapat kerja sama macam dia…

Belum tentu gaji yang kita dapat itu sama dengan gaji dia walaupun usaha itu sama… Kita cari kerja, dia pun cari kerja…

Jangan Limitkan Rezeki Pada Kebendaan Saja

Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita berbeza walaupun usaha kita dengan kawan kita itu sama…

Itu rezeki dia, ini rezeki kita… Rezeki ini bukan pada gaji bulanan semata-mata… Tubuh badan sihat rezeki, dapat kahwin cepat rezeki, dapat anak rezeki, hidup tenang rezeki…

IKLAN

Jangan limitkan rezeki pada kebendaan atau pun perkara yang boleh nampak sahaja…

2. Perjalanan hidup
Perjalanan hidup kita dan orang lain tak sama… Ada yang lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sambung belajar, ada yang tak… Ada yang umur 20 tahun sudah masuk IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam), ada yang umur 24 tahun baru masuk.

Malah ada yang mula kerja lepas belajar, ada yang setahun dua, lepas grad baru dapat kerja…

Kita tak melalui jalan yang sama, tapi kita menuju ke penghujung yang sama…

Baca Juga Di sini:

Ringankan Tangan Hulurkan Sedekah Walaupun 10 Sen, Tak Jatuh MISKIN Tapi Bertambah Rezeki

Dapat Rezeki Lebih, Mawar Rashid Hadiahkan Set Cincin Gelang Pada Ibu Mentua

Alami Keguguran, Syatilla Akur & Anggap Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga

Hidup Di Dunia Untuk Kumpul Bekalan

Hidup di dunia ini untuk kumpul bekalan akhirat… Apa yang kita dapat di dunia ini, untuk kita sekadar hidup sahaja.

Dapat jalankan kewajipan kita, dapat tunai tanggungjawab kita, ada benda nak makan, kemudian ada tempat nak tinggal dan ada baju nak pakai… Maka cukuplah…

IKLAN

Yang penting, selagi masih bernyawa, maka kumpul lah banyak-banyak bekalan akhirat…

Cuba Pandang Orang Lebih Susah, Barulah Bersyukur

3. Bersyukur
Kita tak akan bersyukur selagi kita asyik pandang orang yang lebih daripada kita… Kita rasa tak cukup, kita rasa tak adil dan kita rasa kita patut dapat lebih lagi…

Nak dapat lebih lagi boleh, tapi Allah kata, barangsiapa bersyukur, nescaya Dia akan tambah lagi dan bagi lagi…

Kena bersyukur dulu kalau nak lagi…
Hendak bersyukur pula, caranya kena tengok mereka yang serba kekurangan daripada kita… Tengok mereka yang tidak ada apa yang kita ada…

Rasa Bertuah Dengan Rezeki Yang Dimiliki

Bila kita tengok hidup mereka ini, maka insyallah kita akan rasa sudah cukup-cukup bertuah untuk ada apa yang kita ada pada hari ini…

Tidak akan nak lebih lagi?

Biarlah kawan-kawan kita itu pegang jawatan tinggi, biarlah kawan-kawan kita tu pendapatan 5 angka, 6 angka, biarlah kawan-kawan kita itu mewah berharta…

Kita tidak ada dekat tempat dia, kita tidak tahu apa yang ditanggungnya… Kita tak tahu apa yang dipikulnya… Kita tidak tahu apa ujian dia… Kita tak tahu apa tekanannya…

Nak bahagia dalam hidup ini senang saja,
Do what you can, with what you have and where you are…
Its enough already…

IKLAN

MW: Bahagialah dengan cara kita, tidak perlu mengikut acuan orang lain. Bila kita bersyukur, insyallah hidup kita akan lebih bahagia.

Sumber: Firdaus Shakirin

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

 

Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/ 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial