Perasan tak, bila anak pantang salah sedikit, mak ayah bukan main lagi marah, walhal itu perkara kecil sahaja. Itulah yang biasa berlaku bila masalah kerja di pejabat di bawa ke rumah.

Penat memikirkan masalah kerja, ditambah dengan anak-anak yang merengek tak tentu pasal. Inilah yang membuatkan anak menjadi mangsa.

Sebagai mak ayah yang bekerja, jangan sesekali bawa masalah kerja ke rumah. Jangan biasakan, sebab nilah m=yang menjadikan rumah tangga dan keluarga pula tidak tentu arah.

Ingat, masalah kerja biar dan tinggalkan di pejabat. Ia tidak akan habis. Balik ke rumah, jadilah mak ayah yang gembirakan hati anak-anak. Mereka perlukan perhatian daripada kita.

Perkongsian daripada Norzi Malek ini boleh dijadikan renungan buat mak ayah di luar sana tentang apa yang harus dilakukan oleh mak ayah apabila pulang ke rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bacalah Surah Al Insyirah Semasa BERSIH BERAS, Cara Mudah Lembutkan Hati Anak, Keluarga

Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Info Lebih Menarik DI SINI

Masalah Kerja, Jangan Bawa Pulang

Fikirkan sejenak.

Rumah – Kerja – Keluarga

1) Tinggalkan segala kerja apabila anda mahu pulang ke rumah. Jangan sesekali berfikir mahu membawa pulang kerja untuk dihabiskan di rumah. Sekali-sekala mungkin boleh, tetapi JANGAN jadikan kebiasaan. AWAS!
2) Tinggalkan segala emosi yang negatif di tempat kerja (jika ada) daripada di bawa masuk ke dalam rumah. Masuk melalui pintu rumah kita sebagai seorang ibu, bapa, anak, isteri atau seorang suami yang penyayang dan sangat gembira.
3) Berfikir mahu menghabiskan saat yang gembira apabila pulang ke rumah. Sentiasa rasakan rumah adalah tempat yang sangat selesa di muka bumi ini. Sematkan di dalam hati dan fikiran ‘Rumahku, Syurgaku’.
4) Jangan balik lambat daripada tempat kerja kita. Habis masa kerja, terus pulang ke rumah. Tubuh badan kita memerlukan rehat. Hidup kita bukan hanya untuk bekerja. Hal-hal kerja tidak akan pernah habis. Tinggalkan dan sambunglah keesokkan hari.
5) Silent smartphone ketika berada di rumah. Tetapkan masa jika mahu memeriksa smartphone (andai ada berita penting). Contoh, memeriksa smartphone pada pukul 7 malam dan 9 malam selama 10 minit sahaja.
6) Belikan jam loceng di rumah untuk tujuan bangun tidur. Jangan gunakan jam smartphone kita. Ini akan menyebabkan kita memegang smartphone dan scroll tanpa tujuan pada awal pagi melebihi 30 minit.
7) Sejam sebelum tidur, silentkan smartphone atau berhenti memegang smartphone. Ini sangat membantu otak dan minda kita rileks untuk persediaan tidur dan rehat. Tips ini juga untuk mengelakkan insomnia (sukar untuk tidur).
8) Jika stress di tempat kerja, rasa ada beban tidak mampu kita galas. Berceritalah dengan pasangan atau ahli keluarga. Mintalah pendapat mereka. Hanya dengan meluahkan, separuh dari masalah kita berkurangan.
9) Rancang apa kerja yang kita mahu lakukan keesokan hari sebelum pulang ke rumah. Buat list. Rancang juga pukul berapa mahu bangun dan mahu sampai di tempat kerja.
10) Mulakan hari baru dengan penuh semangat. Bangun seawal pagi sebelum subuh. Mandi. Solatlah dengan tenang dan bacalah sedikit Al-Quran. Sebelum ke tempat kerja, peluklah pasangan dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

MW: Jangan biasakan. Kerja memang tak akan habis. Kasihan anak-anak yang perlukanerhatian mak ayah.

https://t.me/norzimalek

Sumber: Norzi Malek

Dari Therapist Untuk Therapy

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI