Sejak dari kecil hinggalah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jangan sesekali lupa tentang jasa kedua orang tua kita. Kerana merekalah, kita berada di dunia ini dan kita berjaya hari ini kerana kita tumpang rezeki mak ayah.
Selalu kita dengar, mak ayah tak perlu mengeluh bila ada anak dan merasakan duit tidak cukup. Tapi sebenarnya anaklah yang membawa rezeki pada mak ayah.
Sebenarnya, bila kita fikir, masa kecil, kita tidak tahu dan belum kenal dunia, segalanya ditanggung oleh mak ayah. Syukur, rezeki yang diberikan oleh Allah dalam memberi tanggungjawab menjaga kita tidak pernah habis.
Namun, kena ingat, apabila dewasa dan berjaya, kita pula yang tumpang rezeki mereka. Sebab apa, sebabnya doa daripada mak ayah yang tak pernah lekang untuk memastikan kita berjaya dunia akhirat.
Jadi, jangan ingat, apabila kita berjaya dan setiap bulan memberikan wang untuk mereka atau mwnjaga mereka, kita sudah dianggap membalas jasa-jasanya. Seperti apa yang dikongsikan oleh Sri A’jilah Mohd Samsir ini ada benarnya.
Bila kita jaga orang tua, sama ada mak ayah sendiri atau pun mentua, kadang-kadang ada juga terlintas dalam kepala, “nasib baik aku ada. Nasib baik aku duduk dengan diorang.”
Kita nampak pengorbanan sendiri, nampak jasa sendiri sedangkan kita tak nampak yang sebenarnya kita sedang menumpang rezeki mak ayah. Sedang menumpang doa mak ayah.
Ads
Beberapa hari lepas, saya teringin sangat nak makan pisang berangan. Dah terlepas dari kedai pisang, baru sibuk beritahu suami.
“Laa kenapa tak bagitahu awal-awal. Abang pusing balik nak?”
Tentulah jawapannya, tidak! Dah lepas jauh kot. Esok-esok pun boleh.
Tak lama selepas sampai rumah mentua, ada jiran bagi pisang berangan. Subhanallah, saya tumpang rezeki mak mentua sebab jiran tu bagi pada dia. Syukur dan sebak dalam satu rasa.
Ads
Esoknya pula, jiran mentua yang lain beri cendawan. Orang sini panggil kulat. Allahuakbar!
Baru saja sebut pada mak mentua, “sedapnya kalau ada cendawan kan, mak?” Tup tup jiran mentua bagi.
See! Kau masih menumpang lagi rezeki mentua. Dan asbab kau sebut hajat kau pada mereka, diam-diam mereka tadah tangan dan panjatkan hajat kau itu pada Tuhan.
Jangan nampak jasa kita saja pada mereka. Sedangkan kau hidup hari ini atas ihsan mereka, atas doa mereka juga.
Kita rasa kita belanja barang dapur, belikan makan, dan hantar mak ayah pergi check-up, kita yang mudahkan urusan mak ayah. Sedangkan merekalah penyebab urusan kita jadi lebih mudah dan rezeki kita jadi melimpah ruah.
#SriAjilahSamsir
Yang mengharap doa mak ayah
MW: Sebab tu, kita jangan berkira dengan mak ayah. Pengorbanannya memang tak terbalas.
Setiap suami isteri menyimpan impian mempunyai cahayamata ketika membina alam rumah tangga. Malah melakukan hubungan intim juga salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan bagi suami isteri.
Namun begitu, Islam menggariskan beberapa perkara agar tuntutan nafsu itu tidak berlebihan atau menyalahi hukum. Umpamanya melakukan hubungan ganas, memasukkan sesuatu ke lubang anusnya, mendatangi isteri di dalam haid dan lain lagi.
Dalam mendapat keberkatan dalam perhubungan dan memperoleh zuriat yang baik, digalakkan suami isteri membaca doa ini dahulu sebelum melakukan hubungan intim agar anak yang terjadi dari perhubungan itu tidak dicelakakan oleh syaitan.
Pasangan suami isteri digalakkan membaca doa ini. Dari satu hadis dari ibnu Abbas r.a bahawa Nabi mengajarkan doa ini.
“Bismillahi, Allahumma jannibnasyaithana, wa jannibisyaithana maa razaqtanaa”
Ertinya: Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak),”
Dengan membaca doa ini, apabila pasangan suami isteri dikurnikan keturunan oleh Allah SWT dari hubungan diadakan, maka setan tak akan dapat mencelakakan anak itu (Hadith Riwayat Al Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434).
Doa ketika air mani keluar
Ketika pasangan sudah keluar air maninya, diwajibkan juga berdoa agar air mani yang keluar boleh. Ini doa ketika mengeluarkan air mani:
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan hubungan jima’, sekali lagi suami isteri digalakkan membaca di atas nikmat syukur kerana berupaya melakukan hubungan intim hingga pasangan merasai kepuasan masing-masing dan bukannya terbaring atau tertidur selepas melakukannya.
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak mahupun cucu-cucu. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan kasih sayang dan layanan buat mereka. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.Kerana waktu akan datang kita tidak tahu, anak manakah yang paling menyumbang bakti dan jasa pada kita di hari tua.
Jemput baca perkongsian Muhammad Hassan ini sebagai panduan kita.
Hargai depan mata.
Ada seorang pakcik berusia 61 tahun kena serangan stroke. Makcik agak uzur juga,selalu sakit lutut. Boleh dikatakan setiap 2-3 bulan kami akan bertemu. Hubungan kami agak rapat dan saya seronok dengar nasihat demi nasihat dan kisah kejayaan anak anak pakcik ini.
Cuma ada seorang anak yang ke 3 dari 7 adik beradik hanya kerja kampung dan jaga kebun sawit sahaja. Bagi mereka anak ini tidak setaraf dengan yang lain.
Yang lain semua kerja di bandar-bandar besar sebagai guru, pegawai di
putrajaya, pensyarah, askar, polis dan perkapalan.
Beri Kasih Sayang Sama Rata
Pakcik ini beri nasihat yang takkan saya lupa sampai bila bila.
Jika kamu ada anak ramai,beri kasih sayang mereka sama rata,jangan pilih kasih!
Pakcik dan makcik buat silap besar. Kami pandang rendah kepada anak ke 3 yang kerja kampung tu. Kadang kadang dia akan jadi bahan ketawa adik beradik yang lain. Disebabkan dia sumbing,masalah pembelajaran sejak kecil,maka dia selalu diabaikan.
Bila semua anak anak pakcik balik kampung,dialah yang selalu kami lupa nak jemput. Kadang kadang anak anak dia kami tak layan macam cucu cucu lain. Kami lebihkan cucu cucu yang jauh.
Jika masak sedap sedap,kami akan masak apabila yang lain balik sahaja. Ayam itik,kambing dialah yang jaga,tapi jika disembelih buat makan,kami lupa dia dan cucu.
Sedangkan,selang beberapa buah rumah dari rumah kami masih ada cucu cucu yang tagihkan kasih sayang nenek dan atuk.
Sehinggalah suatu hari pakcik kena serangan stroke. Semua anak anak yang lain tak dapat nak jaga,semua pakat tarik diri dengan pelbagai alasan. Akhirnya yang ke 3 inilah setiap hari datang ke ward,angkat pakcik ke tandas,basuh berak kencing pakcik.
Anak Sentiasa Ada
Sekarang kami baru sedar,betapa dia sentiasa ada bersama kami walaupun selalu ‘dipulaukan’, selalu diketawakan. Sikit pun tak mengeluh mahu pun kecewa. Tapi pakcik tahu,dia makan hati dengan layanan kami selama ini. Pakcik menangis minta maaf diatas layanan terhadap dia selama ini.
Sahabat. sedarlah hari ini. Kadang kadang yang depan mata ini selalu kita abaikan,selalu kita tidak hargai.
Peluk dan ciumlah anak anak kita. Curahkan kasih sayang terhadap mereka tidak kira apa kelebihan dan kekurangan mereka. Yang pasti mereka ada ada hati untuk disayangi dan dicintai.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah renungkan kembali bagaimana layanan kita pada anak-anak. Jangan terlintas sedikit pun untuk ‘pilih kasih’, membeza-bezakan perhatian dan kasih sayang kita baik pada anak-anak, menantu mahupun cucu.
Setiap tempat mahupun budaya mempunyai adat dan budaya yang perlu dipatuhi dalam menentukan calon yang sesuai sebelum mendirikan rumahtangga.Tak sangka, bermain alat muzik dianggap mempunyai status yang rendah dan reputasi yang teruk di sesetangah tempat di Arab Saudi sehingga dihalang hak untuk berkahwin.
Inilah yang dirasai seorang wanita Arab Saudi apabila mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan berkahwin selepas hakim menetapkan lelaki yang mahu mengahwininya tidak memenuhi ciri-ciri mengikut agama kerana bermain alat muzik, lapor akhbar, hari ini.
Di negara itu, sudah menjadi syarat bahawa wanita perlukan kebenaran daripada penjaga mereka sama ada bapa, suami atau saudara lelaki lain untuk melancong, berkahwin dan lain-lain.
Status Lebih Rendah
Di sesetengah tempat di Arab Saudi, seorang lelaki yang bermain alat muzik dianggap mempunyai status lebih rendah dan dianggap teruk reputasinya.
Dua tahun lalu, lelaki terbabit yang juga seorang guru memohon kebenaran berkahwin dengan wanita itu, seorang pengurus bank berusia 38 tahun di wilayah Qassim, utara ibu negara Riyadh, lapor Okaz.
Tetapi, keluarga wanita itu membantah atas alasan tidak mempunyai persamaan dari segi agama dengannya kerana dia bermain ‘oud’, alat muzik seperti biola yang popular di dunia Arab.
Tak Sesuai Dari Sudut Agama
Wanita itu yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka kemudian mengemukakan kes di mahkamah.Hakim mahkamah rendah memihak kepada pendirian keluarga wanita itu dan tidak meluluskan permohonannya.
“Oleh kerana pihak lelaki bermain alat muzik, dia tidak sesuai dengan wanita itu dari sudut agama,” kata hakim yang dipetik Okaz.
Hakim mahkamah rayuan mengesahkan keputusan itu, menjadikannya pendirian muktamad, kata akhbar itu lagi.
Wanita itu, bagaimanapun, enggan berputus asa dan memberitahu bahawa dia akan memohon campur tangan pihak berkuasa tertinggi negara iaitu mahkamah diraja. – AFP
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...