Sesetengah daripada kita memandang ‘enteng’ dengan lauk basah yang dibekukan terutamanya ikan frozen. Katanya ia tidak sesegar ikan ‘fresh’. Tambahan pula harganya boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.
Jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan frozen lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan segar dan jangan memperlekehnya. Nak tahu apa perbezaannya, ikuti ulasan ini.
1. Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana memikirkan ia lebih berkhasiat namun ini tidak semestinya benar. Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit. Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak nutrien seperti ikan segar.
Ads
2. Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya. Ini dicapai dengan segera membekukan ikan tersebut pada suhu rendah untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan.
Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat. Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada udara. Sebaik sahaja anda telah membeli Tilapia beku, pastikan anda menyimpannya di tempat beku sehingga anda bersedia untuk menggunakannya. Kemudian, nyahbeku ikan tersebut dengan membilas di bawah air sejuk dan masak dengan segera.
3. Ikan yang “fresh” pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku. Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk beku.
Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan “frozen” yang dibeku kilas; ini kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas. Ikan “frozen”, sejurus ditangkap, akan disiang, dibuang organ dalaman, dibersihkan, divakumkan dan terus dibekukan secara pantas pada suhu -18 darjah Celcius ke bawah.
Info: Fakta yang menyeronokkan: Teknologi pembekuan makanan pertama kali dicipta oleh Clarence Birdseye untuk membekukan ikan!
Rujukan: Wang, C., Li, X., Zhao, X., Bi, H., & Xie, J. (2022). The investigation of storage situation of fish muscle via the analysis of its exudate by MALDI-TOF MS. Food Chemistry, 373, 131450.
Ads
Mingguan Wanita : Rasanya pun tak jauh beza dengan ikan segar.
Daun selom adalah antara ulam-ulaman yang menjadi kesukaan ramai. Rasanya segar dan banyak pula khasiatnya yang tersendiri. Selain dijadikan ulaman, sedap juga dibuat kerabu, urap, daun hiasan untuk laksa.
Rupanya mudah je nak tanam daun selom ini di rumah. Yang pastinya organik, segar dan bebas dari racun serangga. Bila dah tanam sendiri, nak guna pun mudah tinggal petik je. Kena guna kaedah tanam batangnya yang berakar secara melintang, tak perlu tunggu lama 2-3 minggu dah boleh tuai hasil.
Ikut kaedah tanaman yang betul seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddinini barulah daunnya jadi gemuk-gemuk dan segar!
CARA MUDAH TANAM DAUN SELOM
1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.
2.Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman).
3.Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4.Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5.Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.
Gemuk-gemuk daun selom dan sangat segar!
Berikut pula antara khasiat Daun Selom yang dikongsikan oleh Puan Suzy Honey;
Sedapnya daun selom ni. Orang zaman dahulu memang suka makan dengan ulam yang ini.Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica ini terkenal kat hampir seluruh kawasan Asia termasuk di Malaysia. Kita boleh jumpa di kawasan tanah lembap seperti paya dan tepi sungai.
Khasiat ulam ini bermanfaat seperti:
1. Air rebusan daun selom boleh diminum sebagai penawar demam panas, demam kuning, sembelit serta melawaskan kencing.
2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur ini mungkin berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Petua zaman dahulu mengesyorkan untuk kerap minum secawan jus daun selom ini kerana ia dapat membantu kita untuk dapat kualiti tidur lebih baik.
3. Kalau kalian jenis masuk hutan macam akak, memang kena amalkan daun selom ni. Ia bagus untuk meredakan bisul dan gigitan haiwan. Daun dan batangnya dapat mengurangkan masalah bisul dan gigitan ular atau kala jengking.
Caranya cuma, tumbuk lumat daun dan batangnya. Kemudian tampalkan ke tempat yang sakit.
4. Biji selom berkhasiat dan dapat membantu menstabilkan peredaran darah. Buah selom ini juga membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyaknya khasiat daun selom ini jika dijadikan ulaman harian. Ada baiknya kita tanam sendiri di rumah ikut cara tanaman yang dikongsikan.
Roti boleh dikatakan ‘benda’ wajib ada di rumah. Kadang kala tak perasan tarikh tamat tempoh dah dekat, mula lah kalut nak habiskan roti segera. Sayang kalau dibuang begitu sahaja, mak-mak boleh cuba resipi roti sardin celup tepung ini. Gerenti cepat je licin, anak-anak pun pun suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Hampa..roti kalau nak abih tarikh hampa jangan dok kalot nak buang na..mai akak ajaq hampa buat roti sardin celop tepung..”
Bahan-Bahan Diperlukan :
Sardin
Roti
(Bancuhan Tepung)
1 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baking powder
sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Bancuh kesemua bahan dengan air. Jangan pekat dan jangan terlalu cair sangat.
* Kalau buat roti celup tepung, bancuh tepung dahulu, sebab lagi lama biar lagi elok dia jadi.
2. Tumis sardin dengan cili, baru pedas sikit.
3. Sumbat dulu inti sardin baru kelim dengan kelim karipap. Sumbat isi penuh, jangan risau, kalau goreng takkan terkeluar intinya.
4.Lepas dah kelim, boleh lah celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik idea ni, sesuai untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Jadi bila ada banyak roti lebih dekat rumah tu lebih-lebih dah nak tamat tempoh, boleh cuba resipi ini. Gerenti cepat habis licin, anak-anak makan.
Bermulalah lembaran baru persekolahan dan juga hari kedua tahun 2018. Seperti biasa, bila buka sekolah mak ayah akan sibuk bayar yuran dan menguruskan kemasukan sekolah sesi baru. Begitu juga dengan saya yang agak kelam kabut di hari pertama sekolah dibuka.
Maklumlah semasa sebulan anak-anak bercuti sekolah pagi saya tidaklah sesibuk sewaktu mereka bersekolah. Sebabnya seawal 5 pagi saya sudah bangun untuk sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka.
Kena Ikut Bajet
Sebelum itu seperti ibu bapa yang lain saya juga membeli pakaian persekolahan anak-anak tetapi saya beli mana yang perlu saja. Memandangkan tahun lepas saya dan suami tersalah bajet hingga perbelanjaan kami melebihi had. Tahun ini kami ambil pendekatan yang lebih mudah iaitu hanya membeli seorang dua pasang baju saja untuk tiga orang anak saya. Dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini rasanya kita perlu banyak berjimat.
Oklah sebenarnya sebelum anak-anak mula sesi baru persekolahan selama sebulan juga saya ambil peluang mengambil cuti dan berehat pada hujung dengan mereka. Setiap minggu , alhamdulillah ada saja lokasi percutian yang kami kunjungi.
Tak Suka Membazir
Saya ni jenis yang tak suka membazir dan tidak berapa gemar bercuti. Namun dek kerana anak-anak saya ikutkan juga dan pada saya mereka juga perlukan ganjaran selepas hampir setahun bertungku lumus belajar.
Tidak seperti orang lain percutian kami merupakan percutian bajet dan hanya di sekitar melaka dan Lembah Klang.
Dua hari sebelum cuti sekolah tamat saya sempat bawa anak-anak ke Aquaria KLCC. Disini banyak pengetahuan tentang hidupan laut yang anak-anak saya perolehi. Masing-masing cukup gembira apatah lagi bila dapat lihat ‘baby shark’. Pulang saja dari situ mereka bertanya bila lagi cuti sekolah. Hai lah anak ya, waktu tu belum sekolah bermula dia dah tengok kalendar untuk bercuti lagi. Saya dan ayahnya minta mereka belajar rajin-rajin dan buktikan pada kami mereka capai keputusan peperiksaan yang baik barulah kami akan bawa bercuti lagi.
Pada saya bercuti sangat penting kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pada waktu inilah saya sedari sebagai ibu yang bekerjaya saya sebenarnya tidak benar-benar selami hati mereka dan sewaktu bercuti barulah saya dapat dekati mereka dan berbual-bual mesra. Paling ketara sekarang ni anak kembar perempuan yang berumur 9 tahun dah pandai melaram. Malah mereka juga rupanya gemar menyanyi dan artis paling mereka minat sudah tentu Aiman Tino.
Azam Tahun Baru
Sentuh tentang azam tahun baru 2018 saya pula, seperti insan lain saya juga berharap kami dimurahkan rezeki. Malah saya juga berharap saya boleh menjadi seorang pekerja yang versatile, ibu serta isteri yang berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usahawan tudung yang tidak lekang kontroversi, Haliza Maysuri menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dengan suasana meriah disaksikan 150 tetamu terdiri dari insan-insan yang sentiasa...