Penat seorang isteri tak sama dengan suami yang penat bekerja menggunakan stamina. Ini kerana penat isteri banyak menggunakan emosi dan mental.
Celik saja mata dari pagi hinggalah tengah malam, isteri banyak menggunakan mental dan emosi. Oleh sebab itu isteri penat guna emosi, mental. Sebab itu suami kena pastikan isteri cukup tidur setelah seharian isteri kepenatan.
Ikuti perkongsian Mohd Phais itu dan fahami apa bezanya penat seorang isteri.
Isteri Penat Guna Emosi, Mental
Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul.
Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh sebab mereka bukan penat bekerja guna stamina, tapi mereka penat guna emosi dan mental.
Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.
Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.
Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.
Bila tenaga dah kering, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut kata hati. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.
IKLAN
Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.
Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.
Sebab Itu Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur
Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.
Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia tak rasa rehat.
Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.
IKLAN
Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka.
Bila cukup saja tidur isteri kita ni percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu yang kita pernah lihat.
Wallahu A’lam, Mohd Fhais – Jarang kedekut tidur dengan isteri
MW: Suami jangan kedekut tidur dengan isteri, barulah emosi dan mental isteri stabil. Seterusnya bila emosi isteri dalam keadaan yang baik, insyallah rumah tangga pun bertambah bahagia.
Suraya Abu Hassan, 26 tahun, tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan mengalami lumpuh separuh badan.
Segala-galanya bermula dengan sakit kepala yang dialami secara tiba-tiba. Namun, dia tidak menghiraukannya kerana mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal dihadapi pada tahun 2009.
Setelah tiga hari menamatkan peperiksaan, sekali lagi dia mengalami masalah yang sama. Kali ini lebih teruk kerana dia hampir pitam. Kejadian itu berlaku ketika dia menemani emaknya, Saayah Zaini ke Pekan Sehari berdekatan rumahnya.
Mereka kemudiannya balik ke rumah. Keadaan Suraya yang semakin membimbangkan menyebabkan emaknya membawa dia ke Klinik Desa Felda Lepar Utara, Pahang. Namun setelah bertemu doktor, Suraya hanya diberikan ubat tahan sakit.
Sebaik kembali semula ke rumah, badannya menjadi lembik. Kali ini bapanya Abu Hassan Zakaria segera membawanya ke hospital Temerloh.
Pembedahan
Doktor di Hospital Temerloh telah mengesyorkan agar Suraya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan scan oleh doktor di HKL mendapati ada air yang tersumbat pada otaknya.
Doktor segera melakukan pembedahan membuang air di bahagian kanan otaknya. Kesan pembedahan membuatkan Suraya tidak boleh bercakap lebih kurang 2 bulan lamanya.
“ Saya terbaring seperti mayat hidup. Itu yang saya rasakan ketika itu. Anggota badan terutamanya sebelah kiri tidak boleh bergerak. Perasaan saya pada ketika itu usah cakaplah.
Asyik menangis. Kalau diingatkan saat-saat tersebut memang menyedihkan,” ujar Suraya mengimbau kisah hampir Sembilan tahun lalu.
Walau lumpuh sebelah badan, Suraya masih mampu berjalan. Namun begitu langkahnya agak lemah. Nasib baik dia tidak memerlukan kerusi roda untuk bergerak.
Sambung Pelajaran
Lumpuh sebelah badan menyebabkan cita-cita Suraya tidak kesampaian. Lama juga dia mendiamkan diri di rumah tanpa melakukan sebarang kerja atau bergaul dengan ramai orang.
Dia mengakui keadaanya itu bukan sahaja memberi kesan pada dirinya malah emak dan ayahnya turut menerima tempiasnya.
“ Emak dan ayah risau tengok keadaan saya. Saya sedar saya perlu buat sesuatu untuk hilangkan rasa risau mereka itu. Dahulu saya fikir selepas SPM saya mahu menyambung pengajian. Saya mahu masuk Universiti. Cita-cita saya mahu jadi guru. Itu yang saya sedih bila jadi lumpuh sebelah badan.
Pada suatu hari saya, abang saya telah mengesyorkan saya belajar di PLPP Bangi yang kebetulan tidak jauh dari rumah dia. Saya setuju dan mengambil kursus IT dan Pembantu Tadbir.
Saya duduk di asrama. Itulah pertama kali saya berada berjauhan daripada keluarga. Di situ juga saya sedar masih ramai lagi OKU seperti saya. Malah ada yang lagi teruk daripada saya.
Melihatkan kesungguhan kawan-kawan OKU di sana telah menambah keyakinan saya untuk mengubah nasib. Saya akhirnya berjaya menamatkan kursus di sana.”
Jadi Guru Tadika Pasti
Sejak menamatkan pengajian di PLPP, Suraya telah mendapat kerja sebagai guru di sebuah Tadika Pasti yang terletak di Felda Lepar Utara Satu .
Tadika ini terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap kali pergi kerja, Suraya akan memandu sendiri kereta yang telah diubahsuai. Ternyata kekurangan diri bukan penghalang buat dirinya untuk berdikari.
Jadi guru menyeronokkan Suraya. Setiap hari dia perlu melayan kanak- kanak berusia 4 tahun. Keletah mereka menghiburkan hatinya.
“ Kadang-kadang ada juga mereka bertanya pada saya apabila mereka melihat saya berjalan dalam keadaan tidak teratur. Kak Su, kenapa jalan macam itu? Itu antara soalan yang biasa saya terima dari mereka. Saya hanya mampu senyum sahaja apabila mendengar soalan tersebut.
” Tugas saya di tadika itu mengajar kanak-kanak membaca, menulis dan mewarna. Apabila tengok kanak-kanak ini saya rasa gembira. Kecacatan tidak menghalang kerjaya saya.
Paling penting saya perlu ada kesabaran. Saya perlu sabar menghadapi dugaan dan berusaha untuk membangunkan diri. Itu paling penting.”
Penyelidik UM Ajar Suraya Melakukan Regangan
Prihatin terhadap nasib insan yang kurang bernasib baik telah membuatkan sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) telah melawat Suraya.
Program lawatan ini merupakan sebahagian dari siri program yang dinamakan ‘Be Able’ yang mendekati pelbagai segmen masyarakat OKU dan cuba mendekatkan mereka dengan aktiviti kemasyarakatan arus perdana.
‘Be Able’ telah dimulakan sejak 2016 dan menerima dana geran penyelidikan komuniti dari Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UM Cares). Geran dalaman ini diberikan kepada penyelidik UM yang mampu memindahkan kemahiran dan kepakaran penyelidikan mereka untuk manfaat masyarakat setempat.
Pensyarah Kanan dan Pakar Prostetik dan Ortotik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Dr Nasrul Anuar Abdul Razak yang mengetuai delegasi penyelidik ini berkata, walaupun perjalanan mereka ke Felda Lepar Utara Satu, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang ini mengambil selama 4 jam dari Kuala Lumpur, namun tidak mematahkan semangat ahli kumpulan penyelidik ini.
“ Objektif lawatan ini adalah bagi mendekati segmen komuniti orang kelainan upaya (OKU) yang mungkin terpinggir dan menerima khidmat sokongan pakar rawatan dan pemulihan.
Melihatkan keadaan Suraya ini saya percaya dengan latihan regangan yang betul dan dilakukan dengan konsisten, keadaan Suraya masih boleh dipulihkan lagi.”
Dengan bantuan pelajar sarjana Nur Afiqah Hashim dan Saibah Ghani, beberapa latihan regangan pemulihan telah dikongsi bersama Suraya untuk diamalkan secara konsisten.
Keadaan lumpuh sebelah badan, atau dikenali sebagai ‘hemiplegia’, boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang melibatkan sistem saraf, sama ada strok atau lain-lain kecederaan fizikal.
Bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami oleh otak dan sistem saraf yang terlibat, tahap kelumpuhan yang terhasil juga berbeza, dan memerlukan strategi rawatan dan pemulihan yang bersesuaian.
Untuk jangka masa panjang, latihan regangan pemulihan sentiasa dicadangkan oleh mana-mana perawat pemulihan untuk mengembalikan fungsi fizikal tubuh pesakit yang lumpuh kepada tahap yang lebih baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rasanya masih ramai yang gagal nak kontrol perasaan nak pegang anak orang waktu ziarah bayi baru lahir.
Bukan tak tahu, tetapi rasa geram nak peluk cium itu muncul tetiba. Mangsanya, bayi kecil lah. Jangan ambil mudah ya, sebab dah banyak kes anak kecil diserang macam-macam penyakit selepas digomol orang waktu ziarah.
Mungkin mak budak tak sampai hati nak melarang orang daripada memeluk anaknya, jadi yang datang ziarah itu kena lah ambil tahu. Kalau tengok anak sendiri macam tak sihat, awal-awal tarik jangan bagi dekat dengan si comel.
Dan lebih selamat, jika mak ayah boleh ikut nasihat saudara Firdaus Shakirin ini sebelum bayi comel jadi mangsa keadaan.
Beringat Sebelum Pegang Anak Orang
“Setakat pegang, cium tu, tak jadi apa lah. Lebih-lebih pulak. Baru anak sorang macam tu la..”
Ada orang ok, ada orang tak ok apabila orang pegang, cium anak dia. Nak plak, bertukar-tukar orang. Main passing-passing pulak si baby tu.
Geram sebab montel, comel, pipi bulat, putih melepak tapi jangan gunakan alasan geram untuk sesuka hati pegang anak orang. Kita kena tahu, tangan kita bersih tak? Baju yang kita pakai tu, bersih tak?
Sebab sekarang ni, hanya dengan sentuhan macam tu saja dah boleh bagi baby atau anak orang tu kena mcacam-macam penyakit. Mostly yang berkaitan dengan sakit kulit dan bila anak tersebut sakit, bukan kita yang nak menjaganya, tapi parent dia. Bukan kita yang tak tidur malam, tapi parent dia.
So parent dia ada hak sepenuhnya ke atas anak dia.
Don’t make it as a habit, berkunjung ke rumah orang especially yang baru bersalin, then gomol-gomol, pegang-pegang, cubit-cubit pipi anak orang tu. Tengok je, biar dia dan ahli keluarganya saja yang pegang. Benda tak jadi kat anak kita, kita boleh la kata tak ada apa-apa. Kalau selepas orang pegang tu, jadi apa-apa kat anak kita, kita nak kata apa? Setiap dari kita, antibodi, tahap ketahanan melawan penyakit itu tak sama.
So, mencegah lebih baik dari mengubati. Tengok je eh, lain la kalau mak bapak dia yang bagi (but still need to be careful, extra careful)
“Setakat pegang, cium tu, tak jadi apa lah. Lebih-lebih pulak. Baru anak sorang macam tu la..”
Ada orang ok, ada orang tak ok apabila orang pegang, cium anak dia. Nak plak, bertukar-tukar orang. Main passing-passing pulak si baby tu.
Geram sebab montel, comel, pipi bulat, putih melepak tapi jangan gunakan alasan geram untuk sesuka hati pegang anak orang. Kita kena tahu, tangan kita bersih tak? Baju yang kita pakai tu, bersih tak?
Sebab sekarang ni, hanya dengan sentuhan macam tu saja dah boleh bagi baby atau anak orang tu kena mcacam-macam penyakit. Mostly yang berkaitan dengan sakit kulit dan bila anak tersebut sakit, bukan kita yang nak menjaganya, tapi parent dia. Bukan kita yang tak tidur malam, tapi parent dia.
So parent dia ada hak sepenuhnya ke atas anak dia.
Jangan Jadikan Ini Satu Tabiat Bila Ziarah Bayi
Don’t make it as a habit, berkunjung ke rumah orang especially yang baru bersalin, then gomol-gomol, pegang-pegang, cubit-cubit pipi anak orang tu. Tengok je, biar dia dan ahli keluarganya saja yang pegang. Benda tak jadi kat anak kita, kita boleh la kata tak ada apa-apa. Kalau selepas orang pegang tu, jadi apa-apa kat anak kita, kita nak kata apa? Setiap dari kita, antibodi, tahap ketahanan melawan penyakit itu tak sama.
So, mencegah lebih baik dari mengubati. Tengok je eh, lain la kalau mak bapak dia yang bagi (but still need to be careful, extra careful)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keputusan ujian peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan. Ada anak yang mendapat keputusan cemerlang dan ada yang mendapat keputusan sebaliknya. Buat mak ayah, usahlah kecewa tak kiralah apa pun keputusan yang anak perolehi, berapa A pun yang anak dapat, hargailah kerana itu adalah hasil usaha mereka.
Perjalanan ‘kehidupan’ anak-anak ini, masih jauh. Anak yang kurang cemerlang dalam akademik, tak semestinya corot dalam sahsiah akhlaknya. Paling penting mak ayah jangan putus berdoa agar anak-anak berjaya baik di dunia dan akhirat.
Tadi aku solat maghrib kat sebuah stesyen minyak. Sorang-sorang. Masuk rakaat kedua ada suara perlahan baca Allahuakbar jadikan aku imam. Habis sembahyang aku tengok rupanya sorang budak mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 sembahyang belakang aku.
Lepas tu aku duduk kat kerusi luar pakai kasut. Tengah-tengah pakai kasut budak yang jadi makmum datang kat aku. Dia kata best la abang jadi imam, lepas tu dia salam aku.
Tiba-tiba dia hulur kacang rebus kat aku. Rupanya dia kata dia jual kacang rebus kat kedai makan kat kawasan situ.
‘Bang ambillah’ dia kata. Aku tanya ‘berapa ringgit dik?
Dia kata ‘takpe bang hari ni saya belanja sebab saya happy sangat, adik saya dapat 3A UPSR, jadi saya nak bagi kat abang sebungkus la..Alhamdulillah bang..’sambil tersenyum. Lepas tu dia hilang dengan bakul merah dia.
Allah, Allah. Aku belajar sesuatu malam ni.
Ada anak yang dilahirkan pandai. Ramai mak ayah suka kerana akademiknya pandai.
Ada anak yang dilahirkan biasa-biasa, akademik biasa-biasa tapi rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin doakan mak ayah dunia dan akhirat.
Setiap anak ada level mereka masing-masing.
Berapapun A yang mereka dapat, hargailah kerana itu adalah usaha mereka. Peluk mereka, senyum pada mereka, bagi kata-kata semangat pada mereka. Insyaallah, satu hari nanti bila mereka matang, mereka inilah yang akan jadi anak yang membahagiakan kita, dunia dan akhirat. Percayalah.
Semoga bermanfaat.
MW: Ada benarnya. Tak kiralah berapa pun jumlah A yang anak dapat, hargailah usaha dan penat lelah mereka. Kurang cemerlang dalam bidang akademik, tidak semestinya corot dalam akhlak sahsiah mereka. Setiap anak adalah permata yang berharga, ada nilainya yang tersendiri.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...