Waktu anak kecil-kecil inilah, mak boleh tanpa sengaja bertukar garang macam ‘singa’. Lagi-lagi bila ada anak-anak yang tak berhenti buat perangai. Berebutkan sesuatu, makan berebut.. itu pun boleh jadi punca.
Semakin anak-anak membesar, masing-masing pun makin faham tanggungjawab. Semakin kurang kerenahnya. Malah, ada yang sudah belajar ke menara gading. Seorang demi seorang, tinggalkan rumah sama ada disebabkan belajar, bekerja mahu berkahwin.
Dan sampai satu tahap, keriuhan anak-anak itulah yang buat mak ayah rindu. Inilah perasaan yang dilalui pasangan Suzy Sharif bila suara anak-anak tak lagi meriuhkan kediaman. Bezanya mak ayah ini pula yang perlu berjauhan dari anak-anak.
Pesanan yang dititipkan boleh mak ayah muda ambil dan simpan baik-baik dalam hati.
Makan tengahari berdua tadi, tiba-tiba Tuan Haji kata rumah kami sunyi.
Saya kata, ajaklah orang datang rumah.
Buat makan-makan riuhlah sikit.
Bukan sunyi tu, dia kata.
Sunyi sebab tak ada anak-anak.
“Kan Bang, kalau masa Kakak, Abil, Saddiq kecik dulu riuhlah jugak rumah.”
“Kalau masa makan semua ada.”
Saya rasa begitulah juga ibu dan ayah yang sama situasinya dengan kami.
Bila sudah tinggal berdua.
Ads
Saya pandang Tuan Haji, Tuan Haji pandang saya.
Untuk adik-adik yang masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Hargailah masa yang Allah kurnia.
Kerana masa yang pergi, tidak akan kembali lagi.
Layanlah semua kerenah anak-anak dengan lapang dada.
Kerana itulah yang menjadi kerinduan nanti.
Makan berebut. Makanan atau minuman tumpah, biarlah.
Anggaplah itu satu hal yang biasa.
Memekik. Menjerit berebutkan sesuatu, pun biarlah.
Itulah yang menghidupkan rumah tangga kita.
Ads
Suatu hari nanti, suara-suara itulah yang akan terngiang-ngiang.
Dan menjadi satu alunan melodi yang lunak kedengarannya di cuping telinga.
Hari ini, mungkin Tuan Haji teringat sangat kepada anak-anak.
Tak apalah, sabar sedikit sahaja lagi.
Sampai masa kami pasti pulang untuk bersatu dengan anak-anak tersayang.
The day will come.Bi iznillah
MW : Sungguhlah! Kadangkala keriuhan anak-anak itulah penawar kesunyian.
Selalunya, boleh naik ‘syeikhhh’ kalau lelaki bincangkan topik nak tambah isteri. Kononnya, ikut sunnah, boleh berlaku adil dan mampu.
Tak tahu apa ada dalam fikiran lelaki dan apa yang tak cukup lagi dengan isteri yang ada. Tapi, kalau dah ketentuan dan jodohnya, terima dengan redha buat isteri pertama dan suami jangan sesekali abaikan tanggungjawab.
Peliknya, ada juga lelaki yang rasa diri tak mampu tapi bukan main kecoh lagi nak tambah isteri. Kalau yang ada pun tak mampu baik tak payah.
Jadi, bagi lelaki yang berangan nak kahwin seorang lagi, cuba faham betul-betul pesanan ringkas dari Latifah Mohamad ini. Kalau mampu teruskan, jika tak bersyukurlah dengan isteri yang ada sekarang ini.
Nak Tambah Isteri, Lihat Kemampuan Diri, Jangan Munafik
Lelaki yang berhasrat atau bercita-cita untuk kahwin sorang lagi, fahami dulu beberapa pesanan ringkas ini.
1. Jangan sesekali sebut sebab kamu nak poligami tu kerana kelemahan isteri pertama. Tak pandai masaklah, tak pandai melayanlah, tak rajinlah, pemalaslah, degillah bla..bla…Nanti setepek kena kat muka kamu balik tuduhan itu. Dah beranak pinak baru perasan ke semua gejala yang kau sebut tu? Lebih baik kamu mengaku saja memang kamu gatal ke, tergoda ke, terjatuh cinta ke…tak lah nak marah sangat .
2. Jangan ungkit segala kesalahan isteri, sebab dalam tangan isteri ada 1001 kesalahan suaminya yang dia simpankan termasuklah dengkur kamu, kepam kamu, kentut kamu, pelahap kamu, semua…semua…nak cerita hal bini, cermin dulu hal kamu sendiri.
3. Dah nikah tu, jangan dah rasa pemenang lalu rasa masalah kamu pun berakhir. Sebenarnya masalah kamu baru bermula ok!
4. Kalau masih sayang isteri pertama, pujuklah dengan baik bukan hanya tayang kamu dengan isteri baru saja. Waktu tu hati wanita mana yang tak hancur. Berusahalah dan bersabar untuk menjahit semula perasaan isteri. Ajaklah bercuti, beli sebuah kereta mustag ke, beli emas sekilo atau jet peribadi ke. Tak kisahlah mana-mana yang kau mampu.
5. Berlaku adil. Jangan perasan yang kamu tu bagus dah. Sentiasa muhasabah diri sendiri dan jangan terlalu cenderung kepada yang kamu sukai lalu meninggalkan yang kamu tidak cintai.
6. Berhati hati setiap kata, setiap tindakan. Jangan salah sebut, jangan tersalah panggil, jangan terlupa tarikh, jangan tersasul apa apa kata yang sensitif, kadang hanya satu perkataan pun perang nuklear boleh meletus.
7. Semakin banyak bilangan isteri semakin berat tanggung jawab, amanah dan tugas. Semakin mudah kakimu terhumban di sirat. Kalau rasa tak mampu baik tak payah. Kalau rasa mampu mudah mudahan kamu berbahagia hingga jannah!.
Yang penting jangan suka PERASAN.
Perasan adil, perasan ikut sunnah, perasan mampu, perasan baik tapi sebenar hakikat?! Kalau betul, alhamdulillah. Kalau temberang, kamu memang munafik!
Mingguan Wanita : Ada lelaki, sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri. Itu lagi bahaya.
Beruntungnya bila ada mentua dan menantu yang cukup rapat. Anggap menantu ni macam anak sendiri. Macam-macam dibual bila berjumpa. Kadang-kadang ‘terbalik’ pula sebab anak sendiri macam tak berapa nak rapat kan!
Namun, tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Menantu Rapat Macam Anak Sendiri, Jangan Tinggal Sekali
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing.
Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya.
Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
Jangan Tinggal Sekali
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit. Haha”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik. Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.
Dia sambung bercerita,
“Kalau tinggal serumah, silap haribulan menantu dan mak mentua boleh banyak makan hati. Bahaya tuh.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu takpa, tak bahaya.
Fuh, deep sungguh pesanan mak cik ini!
Mingguan Wanita : Bersyukur dan beruntungnya bila anak mentua dan menantu yang ‘satu kepala’.
Sesungguhnya curang itu merupakan satu pilihan. Ia bukanlah satu kesilapan yang sepatutnya bukan mudah untuk dimaafkan. Meskipun memaafkan buat hati lebih tenang, namun sakitnya hati dan emosi apabila diri dikhianati dalam perhubungan.
Hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa deritanya hati dan emosi bila diri dicurangi. Untuk melupakan memori pahit ini pastinya tidak sama sekali.
Curang itu pilihan, bukan satu kesilapan. Nak curang ini perlu ada usaha, perlukan masa, wang, ayat ayat menggoda untuk memikat hati perempuan atau lelaki lain. Sebab itu kita lelaki perlu ada prinsip. Jika status kita suami orang, jangan bergurau senda mengatakan kita bujang mencari dara.
Curang ini bukan seperti kita tergigit cili dalam masakan. Ia pasti mencari dan berusaha seperti memilih taugeh dalam mee siam. Jika tidak berusaha, tidaklah berlakunya curang.
Alasan Berlaku Curang
Curang biasanya akan berakhir dengan ZINA, bukan dengan perkahwinan. Alasan curang kerana ingin seronok, hiburan, menampilan isteri tidak lagi menggoda, isteri sibuk dengan kerjaya dan anak-anak. Semudah itu kan alasan untuk curang?
Jika benar ikhlas mahu seseorang wanita lain dalam hidup kita, berusahalah untuk mencari jalan yang betul sebagaimana kita berusaha mencari jalan yang salah.
Islam memberi pilihan dan keistimewaan kepada lelaki untuk berkahwin lebih dari seorang, itu pun islam meletakkan syarat yang sangat ketat.
Sakitnya Dikhianati
Jika ingin mengatakan kahwin lebih dari seorang ini nafsu, curang itu juga lebih kepada nafsu tipu daya syaitan. Lihatlah kesannya curang akan bagi kesan kepada isteri dan anak-anak. Emosi isteri pasti disiat-siat.
Apabila kantoi dengan isteri, siang malam merangkak sujud kaki isteri mohon maaf. Akhirnya isteri memaafkan. Itulah kelemahan wanita, sentiasa memberi peluang. Begitulah Curang dalam rumahtangga, yang menjadi mangsa adalah isteri yang menanggung sakitnya dikhianati.
Agak-agaklah apa perasaan kita wahai suami jika isteri curang? boleh jadi 1 juta talak kita lafazkan, sepak terajang, lunyai isteri itu di bantai dek kerana sakitnya hati.
Tidak kiralah suami atau isteri, curang ini boleh terjadi kepada sesiapa atas pilihan diri kita sendiri. Fikirlah sedalam dalamnya. Percayalah, curang ini hanya disulami keindahan dan kenikmatan dari bisikan syaitan. Ia tidak akan kemana kemana melainkan satu kemusnahan.
Jangan Mudah Memaafkan
Dan jangan mudah untuk memaafkan apabila dicurangi, biar dia merasa betapa kau patut juga lalui sakitnya jiwa dan emosi ini.
Perlukah kita memaafkan pasangan yang curang?
Ia perlukan masa untuk diterima. Kerana curang ia suatu pengkhianatan dalam perhubungan.
Moga saya dan kita semua terpelihara dari ujian ini.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang bukan mudah untuk memaafkan apatah lagi untuk melupakan jika diri dicurangi berkali-kali. Fikirlah sedalam-dalamnya sebelum ‘bertindak untuk berlaku curang, sekaligus mengkhianati sebuah perhubungan perkahwinan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...