Selalunya, boleh naik ‘syeikhhh’ kalau lelaki bincangkan topik nak tambah isteri. Kononnya, ikut sunnah, boleh berlaku adil dan mampu.

Tak tahu apa ada dalam fikiran lelaki dan apa yang tak cukup lagi dengan isteri yang ada. Tapi, kalau dah ketentuan dan jodohnya, terima dengan redha buat isteri pertama dan suami jangan sesekali abaikan tanggungjawab.

Peliknya, ada juga lelaki yang rasa diri tak mampu tapi bukan main kecoh lagi nak tambah isteri. Kalau yang ada pun tak mampu baik tak payah.

Jadi, bagi lelaki yang berangan nak kahwin seorang lagi, cuba faham betul-betul pesanan ringkas dari Latifah Mohamad ini. Kalau mampu teruskan, jika tak bersyukurlah dengan isteri yang ada sekarang ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pasangan Tua RUJUK KEMBALI Selepas 16 Tahun Berpisah & Pernah Kahwin Lain

Lelaki Sebelum Kahwin Lain, Cukupkan Dulu Nafkah Belanja Anak Setiap Bulan, Jangan Zalim!

IKLAN

Nak Tambah Isteri, Lihat Kemampuan Diri, Jangan Munafik

Lelaki yang berhasrat atau bercita-cita untuk kahwin sorang lagi, fahami dulu beberapa pesanan ringkas ini.

1. Jangan sesekali sebut sebab kamu nak poligami tu kerana kelemahan isteri pertama. Tak pandai masaklah, tak pandai melayanlah, tak rajinlah, pemalaslah, degillah bla..bla…Nanti setepek kena kat muka kamu balik tuduhan itu. Dah beranak pinak baru perasan ke semua gejala yang kau sebut tu? Lebih baik kamu mengaku saja memang kamu gatal ke, tergoda ke, terjatuh cinta ke…tak lah nak marah sangat .

2. Jangan ungkit segala kesalahan isteri, sebab dalam tangan isteri ada 1001 kesalahan suaminya yang dia simpankan termasuklah dengkur kamu, kepam kamu, kentut kamu, pelahap kamu, semua…semua…nak cerita hal bini, cermin dulu hal kamu sendiri.

3. Dah nikah tu, jangan dah rasa pemenang lalu rasa masalah kamu pun berakhir. Sebenarnya masalah kamu baru bermula ok!

4. Kalau masih sayang isteri pertama, pujuklah dengan baik bukan hanya tayang kamu dengan isteri baru saja. Waktu tu hati wanita mana yang tak hancur. Berusahalah dan bersabar untuk menjahit semula perasaan isteri. Ajaklah bercuti, beli sebuah kereta mustag ke, beli emas sekilo atau jet peribadi ke. Tak kisahlah mana-mana yang kau mampu.

IKLAN

5. Berlaku adil. Jangan perasan yang kamu tu bagus dah. Sentiasa muhasabah diri sendiri dan jangan terlalu cenderung kepada yang kamu sukai lalu meninggalkan yang kamu tidak cintai.

6. Berhati hati setiap kata, setiap tindakan. Jangan salah sebut, jangan tersalah panggil, jangan terlupa tarikh, jangan tersasul apa apa kata yang sensitif, kadang hanya satu perkataan pun perang nuklear boleh meletus.

7. Semakin banyak bilangan isteri semakin berat tanggung jawab, amanah dan tugas. Semakin mudah kakimu terhumban di sirat. Kalau rasa tak mampu baik tak payah. Kalau rasa mampu mudah mudahan kamu berbahagia hingga jannah!.

Yang penting jangan suka PERASAN.

Perasan adil, perasan ikut sunnah, perasan mampu, perasan baik tapi sebenar hakikat?! Kalau betul, alhamdulillah. Kalau temberang, kamu memang munafik!

IKLAN

Mingguan Wanita : Ada lelaki, sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri. Itu lagi bahaya.

Sumber: Latifah Mohamad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI