Ungku Ismail bersyukur “bukan satu doa Allah makbulkan tapi dua. Dapat jaga & miliki  awak Nanad”. 23 Januari lalu termetrai ikatan suci dua selebriti Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal apabila sah bergelar suami isteri.

Dari seorang rakan baik, berjanji akan mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin, banyak berlakon bersama-sama akhirnya janji itu dikotakan apabila keduanya memuat naik gambar penikahan mereka di IG masing-masing semalam.

Ungku Ismail Bersyukur “Bukan Satu Doa Allah Makbulkan Tapi Dua

Ungku Ismail Bersyukur “Bukan Satu Doa Allah Makbulkan Tapi Dua. Dapat Jaga & Miliki  Awak Nanad”

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail. Jodoh Allah,Tahniah

Nad Sebak Kongsi Pengalaman “Macam ‘Wow’ Hidup Baru. Begitulah, Sebulan Kot Tak Jumpa Anak”

Syukur Nad Zainal “Tidak Lagi Ditidurkan. Dah Sedar Boleh Berbual” Namun Perlu Berehat Panjang

IKLAN

Luka Di Paru-Paru Semakin Pulih, Sekali Sekala Ada Buka Mata & Tidur Semula

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Nad mengesahkan kini bergelar isteri apabila memuat naik naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan berserta bukti mas kahwin berjumlah RM1,000.

“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.

Tiada angin tiada ribut saat keduanya memuat naik sudah selamat bernikah, di Instagram mereka dibanjiri ucapan tahniah dan syukur apabila keduanya sah sebagai suami isteri dan ramai mengucapkan agar ikatan ini kekal till Jannah.

IKLAN

Baru pulih dari koma, ramai yang tahu bahawa Ungku Ismail antara “jurucakap” Nanad ketika itu dalam memaklumkan perkembangan artis kesayangan ramai ini.

Dan ternyata doa dari semua yang menyayangi Nanad termakbul bila dirinya kembali sedar dan seterusnya mengakhiri hari bahagia mereka bersama-sama.

Dapat Jaga & Miliki Awak Nanad

Dalam akaun Tik Toknya, @Ungku Ismail semalam berkongsi detik pernikahan mereka dan berkongsi bagaimana perasaannya selepas bergelar suami. Dan lebih indah dua doanya didengari Allah.

@ungkuismaill Allah dengar semua doaku 😭❤️ Iloveyou nanad ❤️ #ungkuismailaziz #ungkuismail #nadzainal #nanad #nadzainalchallenge #fypmalaysia #artismalaysia ♬ Aku Bidadari Syurgamu – MVM Music

 Tulis Ungku Ismail, “dulu ketika awak sakit saya orang paling sedih. Hari-hari saya tunggu perkembangan tentang awak sayang. Hari-hari saya berdoa semoga awak diberikan kesihatan baik. Hari-hari juga saya tunggu awak. Dan akhirnya Allah makbulkan doa saya sayang. Awak bangun, awak sihat.

IKLAN

“Bukan satu doa Allah makbulkan. Dua doa iaitu dapat jaga awak dan memiliki awak. Semoga Allah jaga bahtera perkahwinan ini dengan Sakinah, mawaddah wa rahmah. I love you Nanad, tulisnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI