Perkara pertama bila berlakunya banjir, selain selamatkan diri, sudah tentulah barang berharga. Bukan saja keperluan rumah tapi juga kenderaan yang kita naiki hari-hari.
Bagi kawasan yang biasa dinaiki air, mungkin akan ‘standby’ bila-bila masa untuk langkah berjaga-jaga dan sedaya upaya untuk selamatkan barang keperluan yang penting.
Paling menyedihkan bila berlaku banjir tentulah kenderaan yang digunakan setiap hari. Sebab kita tak tahu, bila sekali dimasuki air, nak baiki memang banyak kosnya.
Kali ini, ada tip yang boleh kita semua ambil tahu untuk selamatkan kenderaan daripada ditenggelami banjir.
Tip Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir
Sebelum Tenggelam
1. Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, anda bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutupnya menggunakan plastik.
Ads
2. Cabut terminal bateri kereta kerana anda tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.
3. Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur.
Ketika Tenggelam
1. Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali apabila air banjir sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu!
Selepas Surut Banjir
1. Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN!
Ads
2. Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!
3. Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.
Namun jikalau sistem transmisi jenis auto, anda mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tidak dapat diselamatkan lagi. Anda mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap tidaklah sampai macam tu
4. Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.
5. Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Anda tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk mencucinya. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal kerana mereka terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.
Ads
Selepas siap dicuci, tidak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!
Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.
Yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!
Mingguan Wanita: Sedihnya bila tengok banyak kenderaan yang ditenggelami air. Nanti bolehlah guna tip ini untuk elak banyak komponen enjin banyak rosak.
Setiap kali beli makanan di kedai, mesti penjual akan bungkus makanan guna bekas polisterin yang berwarna putih. Cara mudah dan senang, terutama kalau makanan tak habis bolehlah tapau. Harga pun murah.
Walaupun sekarang ini, ramai peninaga yang sudah bertukar kepada bekas kitar semula yang lebih selamat. Dikatakan dengan guna bekas polisteri sebagai bekas makakan bukan saja membahayakan kesihatan tetapi menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Difahamkan juga, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) Pertubuhan Kesoihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kasner.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar supaya elakkan daripada guna bekas polisterin atau juga dipanggil ‘styrofoam’ yang boleh membahayakan kesihatan diri.
Bila kita tapau makanan selalu kedai guna styrofoam macam ni kan?
Lepas ni bolehlah elakkan. Kenapa? Ada bahan bernama stirena yang digunakan.
Stirena ni ganggu hormon estrogen. Bila estrogen terganggu macam macam impak yang terjadi kat tubuh.
Stirena ni juga ganggu kitaran menses bulanan. Menses jadi tak teratur. Ada panjang. Ada pendek.
Stirena juga dikaitkan dengan risiko kanser prostat dan kanser payudara.
Lepas ni hati hatilah bila tapau. Guna alternatif lain. Bawa bekas sendiri. Kalau kedai makan tu guna syrofoam ni, tak payah belilah dari situ. Ini ikhtiar. Selamatkan diri.
Boleh begitu?
Mingguan Wanita : Nak selamat, kita bawa saja bekas sendiri kat rumah.
Bahaya styrofoam memang disebabkan oleh perpindahan zat kimia yang ada di dalam styrofoam ke makanan. Ada beberapa hal yang mungkin dialami jika perpindahan zat tersebut terjadi:
a) Menyebabkan gangguan pada sistem saraf
b) Mengalami sakit kepala
c) Meningkatkan risiko leukemia dan limfoma
d) Dapat mengganggu perkembangan dan pertumbuhan janin dan menyebabkan bayi lahir cacat
Cara Cegah
Ada beberapa cara untuk mencegah daripada timbulnya bahaya styrofoam yang sering kita gunakan.
a) Jangan menggunakan styrofoam berulang kali. Gunakanlah hanya untuk satu kali pakai.
b) Hindari penggunaan styrofoam untuk makanan yang panas.
c) Jangan menggunakan styrofoam sebagai bekasmakanan yang akan dipanaskan.
d) Jangan guna langsung bekas ini. Gantikan dengan plastik atas kertas kitar semula yang memang digunakan untuk tapau makanan.
Baru-baru ini saya telah di “tag” oleh adik tentang ceramah seorang ustaz bahawa tak baik menyimpan pakaian seperti tudung, baju banyak-banyak tanpa memakainya. Sebagaimana kita menyimpan emas yang banyak, setiap satunya perlu dibayar zakat.
Jika selama ini mungkin ramai yang menganggap hanya emas sahaja perlu dibayar zakat, tetapi hari ini tahukah anda menyimpan baju, tudung tanpa dipakai dengan harapan akan kurus bolehlah pakai semula adalah perbuatan yang tidak baik.
Jenis Perangai Orang Perempuan, Hobi Kumpul Tudung
Mati lahai, dah baju dalam almari pun hampir separuh jarang-jarang pakai. Hahaha, sesetengahnya saya tak pakai sebab tangannya kecil sedikit kalau di luar nak solat susah bila ambil wuduk. Setengahnya pula tangannya terlalu kembang, susah kalau nak ambil lauk di kenduri. Separuhnya pula, baju itu tak sesuai untuk ibu yang breastfeed.
Banyakkan alasan, tetapi itulah punca kalau seseorang wanita itu akan pakai atau rotate baju atau tudung yang sama jer setiap hari kerana dalam 300 set pakaian mereka, mungkin 10-15 helai sahaja dorang rasa sempurna di mata mereka.
Selebihnya dorang akan pakai sekali, kemudian simpan yang tak tahu bila lagi dorang akan ulang pakai. Malahan mereka juga sanggup habiskan duit untuk pakai mengikut tema tetapi selepas tak sanggup dah sarungkan kerana baju itu dibuat semata-mata untuk event itu sahaja. Sangat kelakar dan uniknya perangai wanita kan.
Para suami pasti geleng kepala setiap kali kenduri-kendara, sang isteri pasti akan berbelanja kononnya nak beli baju dan tudung baru dengan alasan tiada baju hendak dipakai. Pada hal di rumah, hampir 90 % almari baju dipenuhi baju isteri. Siap kena beli almari baju baru disebabkan baju isteri yang melimpah ruah. Kadang-kadang baju suami macam menumpang jer di celah-celah baju isteri.
Rasanya setiap wanita memang dilahirkan untuk membeli baju. Pantang kawan sepejabat jual kain, baju atau tudung, pasti dibeli. Selain nak suport bisnes kawan-kawan, wanita juga cepat terpengaruh dengan trend tidak kiralah trend tudung ke atau baju.
Lepas satu-satu trend itu melewati masanya, maka ke storlah tudung-tudung tersebut, tunggulah sampai trend tersebut berulang kembali. Itu pun kalau wanita itu ingat dekat mana dia simpan atau terpahat memori yang dia pernah membeli tudung tersebut.
Tip Elak Beli Tudung Melampau
Mungkin tip ini saya boleh kongsikan dengan wanita di luar sana agar tidak mengikut nafsu membeli pakaian lalu tak memakainya. Antaranya ialah, jangan beli sejenis tudung itu berhelai-helai. Memadai beli tudung itik sehelai, jadi takde laa rasa membazir dan ralat apabila nanti nak simpan tudung itu.
Keduanya, setiap kali anda basuh pakaian atau tudung, pastikan anda sorting atau susun mengikut giliran, agar setiap pakaian anda dipakai mengikut jarak waktu yang ditetapkan, tidaklah orang tegur, minggu lepas ko pakai baju ni kan? Padahal kat rumah baju selambak, tetapi yang sehelai itu jugak ko nak pakai kan.
Ketiganya, bila agak-agak ko tak nak pakai dah, cuba jual secara online, insyallah pasti ada yang berkenan. Jual murah-murah sudahlah, teruja kan bila dapat duit tu boleh beli tudung baru. Yeay!
Terakhir, apa salahnya sesekali anda sedekahkan pakaian anda yang menimbun tu pada kawan-kawan atau orang yang tidak berkemampuan. Dapat pahala tau gembirakan hati orang, tak percaya cubalah. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam tip untuk memasak agar-agar agar jadi cantik, dan teksturnya ikut citarasa yang kita inginkan. Bagi mak-mak yang baru nak belajar masak agar-agar boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Zaleha Rusli ini. Senang je ikut tip ini, tak perlu sukat beriya ikut timbangan.
Berikut perkongsian tersebut;
Tips untuk beginner masak agar-agar dengan cantik dan berjaya.
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam mana-mana bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan.
Agar-agar : cecair 1 bekas : 4 bekas (keras-keras manja tapi kalau suka keras-keras sikit ok dah cantik ) 1 bekas : 4.5 bekas (sedang-sedang saja) 1 bekas : 5 bekas (lembut. Tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat)
Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yang disukai.
Anggaran dia contoh agar-agar dapat 1 gelas, airnya 4 ke 5 gelas ikut suka kita nak keras mana. Kalau letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas tu.
Jadi tak perlu sukat-sukat beriya tepat-tepat sangat timbangan agar-agar/isipadu cecair sekiranya tak yakin.
MW: Jadi buat mak-mak yang pertama kali nak cuba buat agar-agar boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Mudah sangat tak perlu beria nak sukat dan ikut timbangan, agar-agar jadi cantik ikut citarasa yang kita mahukan.
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.