Bila bercakap tentang pemusnah rumahtangga, tentulah kita melihat pada hadirnya orang ketiga yang ganggu suami orang atau isteri orang. Mereka mula main peranan agar rumahtangga yang dibina selama ini runtuh dan bercerai berai.
Baik lelaki mahu pun perempuan jangan mula nak terjebak atau sekadar suka-suka. Bila dah jadi suami orang, binalah kebahagian hingga ke akhir hayat. Daripada suka-suka inilah boleh jadi akan wujud perasaan ‘lain macam’.
Bagi perempuan pula, tak perlulah nak kejar suami orang. Perempuan yang baik tidak akan kacau rumahtangga orang lain. Janganlah jadi pemusnah rumahtangga orang lain seperti yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini.
Kurang manis menghubungi rakan lain jantina yang telah berkahwin untuk perkara yang tak penting. Tak payah saja-saja nak call kalau setakat nak berbual perkara remeh.
Ads
Hormati perasaan pasangannya, walaupun kau takde niat apa-apa jangan lupa syaitan sentiasa mencari ruang menjolok rasa. Masjid yang telah siap terbina, janganlah di goncangkan.
Hendaknya kita sesama Islam saling melindungi dan menjaga di antara satu sama lain, bukan memusnahkan dan membuat kerosakan sesama sendiri.
Wahai perempuan, jangan suka ganggu suami orang. Andai kata terjebak perasaan dengan pasangan orang lain, dan dia seolah memberi harapan. Berhenti sejenak dan fikirlah apa kesudahannya?.
Wahai lelaki.. jika ada perempuan menghampirimu di saat kau sudah beristeri, sungguh dia bukanlah seorang perempuan yang baik. Perempuan yang baik, dia tidak akan kacau rumahtangga orang. Sedarlah wahai para suami.
Ads
Seksyen 34: Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jadi, aware of this matters..nasihatkan la mana-mana pihak yang terjebak dalam perkara ini untuk berhenti kacau ganggu rumahtangga orang lain.. ingatlah!! Tiada kebahagiaan akan muncul selepas meragut kebahagiaan orang lain.
Hidup Ada Imbal Balik Nanti
Jangan ganggu suami orang, jika tak ingin suamimu diganggu nanti dan jangan ganggu isteri orang jika tak mahu isterimu diganggu orang lain.
Hidup adalah imbal balik dari perbuatanmu sendiri. Jangan ganggu rumahtangga orang dan jangan galakkan perceraian orang. Kita hidup ada keturunan, esok lusa kena kat anak ke, anak sedara sendiri ke, nanti baru kau tahu, nak pulak berderet anak kau tu perempuan.
Ads
Kifarah tu ada!. Elak menyakiti orang kalau tak suka dilukai. Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang lain. Ingat, baik buruk sikap kita ALLAH bayar cash!.
Mingguan Wanita: Jangan ganggu suami orang sebab suami itu dijaga isterinya.
Iya.. mana ada seorang mak yang niatnya nak marah-marah. Bak kata Siti Suryani Yaakop ini, setiap kali buka mata mesti mak niatkan mahu berlemah lembut dengan anak-anak malah suami.
Tapi, setelah puas berusaha, mak tak berjaya nak tunaikan. Tetap akhirnya termarah-marah juga. Rupanya ada isteri, beban tugasnya itulah buatkan dia tak boleh kawal emosi marahnya.
Mak Kata ‘Jangan Bandingkan Kita Dengan Orang Lain’
Ye lah..
Betul mak aku kata tu.
Jangan banding kita dengan orang.
Jangan ingat kalau kita boleh tu pasal kita hebat sangat.
Kalau aku nampak artis bagi tips cara lemah lembut dengan anak, aku kena tengok juga.
Rumahnya kemas. Duit pun berlonggok. Ada yang ada pembantu. Kerjanya cuma layan anak manjang.
Takda banyak benda nak runsing. Itu rezeki dia.
Macam aku pun, anak dua je. Bolehlah rileks-rileks, sayang-sayang. Dah besar dah pulak tu. Takda nak kalut apa pun kat rumah.
Cuba wanita yang jenis pukul 4 pagi dah bangun sediakan makan. Lepas tu pergi kerja. Balik karang singgah pasaraya. Beratur lak panjang. PKP. Padahalnya nak beli ikan bilis je pun. Teringat suami nak makan sambal bilis petai katanya.
Sampai rumah pukul 6. Nak solat, nak mandi, nak masak, nak angkat baju. Bersilatlah kita laki bini ni balik-balik kerja.
Malam nanti nak urus kerja sekolah anak. Member dia yang lain semua dah hantar dah. Dia je belum lagi. Dah mak ayahnya dua-dua pun kerja. Siapa yang nak tolong tengokkan. Sambil belasah bilis petai, sambil tu tengok anak buat kerja. Suami ada kerja lain lagi. Bisnes online. Nak tambah rezeki keluarga. Dia pun penat juga. Dia pun buat tanggungjawab dia.
Siap dah semua, ingat nak baring kejap pelurus kaki. Allah…! Baju belum lipat. Tu kalau tak lipat hari ni, esok makin menggunung. Karang suami tak jumpa spender karang, tak pakai spender lak dia esok pergi kerja.
Tengah melipat, bangun pulak si kecik tu. “Nak acik”, katanya. Tadi dia tak berapa nak makan. Ni baru lapar perut. Takkan la tak buat kan. Kesian pulak dia.
Iye tak iye, pukul 1 pagi baru tidur. Esoknya pukul 4 pagi ulang rutin yang sama.
Tak Ada Isteri Yang Suka Nak Marah-marah, Tapi Beban Isteri Itu Berbeza
Lemah lembut.
Iye. Semua pun nak sangat jadi ibu yang lemah lembut. Takda orang niatnya bangun tidur esok, aku nak jadi lebih marah lagi.
Ingat wanita tu lepas dia marah-marah, dia seronok ke? Dia nak tulis dalam diari ke yang dia berjaya marah lagi hari itu?
Pergi tengok dia lepas marah. Kadang airmata mengalir deras kerana rasa bersalah. Kadang lama dia bersujud atas sejadah. Rasa sedih amat kerana tak berjaya menjadi ‘yang terindah’.
Tidaklah aku kata marah tu bagus. Marah tu takpa. Bukan. Maksud aku, takda wanita yang menjadikan marah tu sebagai hobi dia. Dia pun tak sengaja. Dia pun tak suka. Semua mak inginnya satu saja. Nak jadi mak paling baik dan paling lemah lembut apa adanya.
Tapi aku faham apa mak aku kata.
Hidup semua orang bukannya sama.
Belajarlah lihat manusia disekeliling kita.
Saiz bahu kita ni tak serupa.
Beban di atasnya juga berbeza.
Kita mungkin boleh sembang sebab hidup kita kencang….
MW : Bila suami faham akan penat isteri, dia tak ambil hati pun dengan ‘marah-marah’ isterinya itu. Sebab dia tahu betapa isterinya berusaha keras nak bantu ringankan beban suaminya.
Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis : Siti Suryani Yaakop
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaiknya perlu kawal pelajar sekolah kebangsaan dan didiklah ibu ayah dulu sebelum nak kawal sekolah tahfiz, inilah isu yang masih belum tamat disebabkan kes kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada kes balas dendam di kalangan remaja. Untuk bacaan penuh daripada pandangan Ustaz Hanafi, baca perkongsian ini…
Rasanya tak penting sangat kawal Sekolah Tahfiz, rasanya lah.. rasa je..
Yang tersangat penting ialah kawal pelajar Sekolah Kebangsaan dan didiklah ibu ayahnya.
1. Kenapa mereka ponteng. 2. Kenapa mereka bermasalah. 3. Kenapa mereka ganas. 4. Kenapa mereka dibuang sekolah. 5. Ke mana mereka selepas dibuang sekolah. 6. Ke mana remaja lepasan sekolah.
BUkan semua bermasala, ramai yang ok.
Ustaz… ini isu kebakaran dan keselamatan.
Alhamdulillah terima kasih fikirkan keselamatan kami.
Cuma fikirkan lah dan bertindaklah untuk selamatkan pelajar atau bekas pelajar sekolah kebangsaan atau sistemnya yang sedang musnah dan terbakar.
Sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan semakin goyang, anak-anak semakin tenat. Guru-guru semakin penat, masyarakat semakin melarat sebab keluarga tak bahagia. Sebab ayah tak pandai jaga, sebab tak ada ilmu , sebab tak belajar. Dari Al-Quran sebagai panduan hidup.
Maka kerajaan kena wajibkan ibu bapa atau pasangan nak berkahwin ambil kursus KEIBUBAPAAN sebagaimana kursus kahwin dan beritahu pada semua suami atau lelaki wajib faham dan amal apa yang disuruh oleh Allah dalam Al Quran.
Sehingga berapa ramai bekas pelajar bermasalah sekolah kebangsaan di hantar ke Sekolah Tahfiz untuk di Tarbiyah, akhirnya mendatangkan masalah pada Sekolah Tahfiz.
Sekolah Tahfiz tak sempurna, kekurangan bantuan. Maka bantulah bukan dipantau. Kalau tak selamat, selamatkanlah.
Kehilangan nyawa kerana menuntut ilmu lebih Mulia kehilangan nyawa ketika merempit.
Sehari sebelum Ramadan, Nurul Mastura Othman (25) sedang memasak air di dalam kuali di atas dapur. Hajat di hati nak makan mi segera. Sambil memasak, Mastura mencuci pinggan mangkuk dan membelakangkan dapur. Tanpa dia sedari, tiba-tiba anak sulungnya Ahmad Qhalish Amsyar Ahmad Nabil datang dan menarik pemegang periuk yang digunakan. Habis semua air yang sedang panas menggelegak di dalam kuali jatuh menyimbah ke bahagian muka Amysar dan sebahagian badannya.
“Sebenarnya petang tu, sambil cuci pinggan saya nak masak mi segera. Air dalam kuali yang ada pemegang tu dah menggelegak. Saya masukkan sayur-sayur dahulu. Sedang leka basuh pinggan, saya tak sedar bila masa anak datang. Amsyar baru belajar berjalan dan dia datang ke belakang saya sambil tangannya menarik pemegang kuali itu. Automatik air yang dalam kuali jatuh dan menimpa muka dan juga sebahagian anggota badannya yang lain.
“Saya dan suami bergegas membawa Amsyar ke Hospital Rembau. Memandangkan tiada doktor pakar disitu, kami kemudian dikejarkan ke Hospital Seremban dengan menaiki ambulan. Doktor memaklumkan Amsyar mengalami melecur sekitar 22 peratus. Amsyar kemudian ditempatkan di PICU untuk rawatan lanjut selama lima hari kerana perlu menggunakan oksigen,”jelas Mastura yang menetap di Pedas, Negeri Sembilan.
Mohon doakan si comel Amsyar kembali sembuh seperti sediakala. Jangan lupa hulurkan sumbangan buat keperluan Amsyar.
Amsyar trauma
Menurut Mastura lagi, ibu mana yang boleh tenang apabila anak kecil berusia setahun dua bulan meraung-raung kesakitan. Sedangkan kita yang dewasa pun kalau terpercik minyak pun dah merintih sakit, ini kan pula anak sekecil Amsyar.
“Sedihnya saya tengok keadaan Amsyar… selang sehari luka melecurnya akan dibersihkan. Terketar-ketar saya tengok dia tahan sakit sambil menangis. Amsyar sampai trauma apabila melihat doktor dan jururawat yang datang merawatnya,”jelasnya ketika dihubungi semalam.
Tambah Mastura lagi, Amsyar masih meneruskan rawatan di Hospital Seremban. Suami Mastura, Ahmad Nabil Nordin bekerja di sebuah kilang terletak di Chembong, Rembau. Waktu PKP ini suaminya tidak bekerja, Mastura pula suri rumah sepenuh masa.
Buat pembaca MW yang prihatin, pihak kami amat berbesar hati jika anda dapat memberikan sumbangan bagi meringankan kesulitan yang sedang dilalui Mastura sekeluarga. Disini MW sertakan nombor akaun CIMB 7628898554 NURUL MASTURA OTHMAN . Sumbangan ikhlas anda diharap dapat memberi sedikit kelegaan buat mereka sekeluarga. Semoga lekas sembuh Amsyar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...