anak-bertudung-ketika-kecil

Orang Arab tak memaksa anak bertudung ketika kecil, samai masa anak itu sudah berakal dan anak kecil itu punya kemahuan, baru dipakaikan.

Tetapi bila sampai waktu wajib pakai, wajiblah anak itu memakai tudung. Demikian perkongsian ibu ini, Khairunnisa Hamzah yang berkongsi pengalaman yang dilalui tentang anak-anak kecil yang ditegur agar memakai tudung.

Apa yang penting dalam hal ini adalah memberi kefahaman sejelas dan seikhlasnya kepada anak itu semasa mereka masih kecil. Sebaliknya janganlah memaksa, sehingga mereka sendiri tidak faham apa kepentingannya.

Hadamkan kisah penuh makna ini,

Semalam semasa solat raya,
Ada seorang nenek menegur Aiyraa,
Kenapa tak pakai tudung, ni? Lain kali pakai tudung tau, berdosa!” kata nenek tersebut dengan tangan warning dan buat muka garang.

Aiyraa malu, tunduk, nyorokkan muka ke peha Mommy. Yelah, satu saf dekat situ menoleh ke arahnya. Terkejut juga Mommy.

Mommy senyum sahaja sambil belai rambut Aiyraa. Risau dia nangis pula, ganggu khutbah. Try urut belakang dia harap dia cepat ok.

Dia ni kalau dah menangis, Bomba datang pun tak settle air mata dan meraung dia.

Tapi,
Sambil urut tu Mommy cakap juga,
Hah, kan nenek tu dah marah

Orang Arab Tak Memaksa Anak Bertudung Ketika Kecil

Tahun 2018 dahulu masa kami pergi umrah anak beranak, Mommy sendiri terkejut melihat anak-anak orang Arab dihias cantik rambutnya.

Berambut panjang dan pakai baju dress yang lawa macam Princess.

Rasanya tak jumpa pula anak kecil perempuan yang bertudung sepanjang kami ke sana.

Puas juga mencari.

Ada seorang Arab yang mencuit pipi kakak Aisyah dan Aiyraa yang masing-masing katika itu berusia 9 tahun dan 1 tahun.
MasyaAllah, MasyaAllah” katanya ketika melihat mereka bertudung.

Rupanya,
Mereka tidak memaksa anak-anak bertudung ketika kecil, sampailah sampai waktu mereka mula berakal dan ketika anak kecil itu sendiri punya kemahuan untuk memakai, baru dipakaikan.

Tetapi, apabila sampai waktu wajib pakai, yakni akal baligh, wajib pakai! Dah tak ada alasan atau pilihan. Sampaikan ketika itu, ada dah undang-undang Negara yang akan menangkap mereka yang membuka aurat di khalayak ramai. Sebab, sudah sampai perkiraan dosa pahala buat si anak.

Umur 4 Tahun Sudah Ada Kemahuan Sendiri Untuk Bertudung

Sememangnya betul lagi bagus kalau dapat diajar dari awal.

Macam kakak Aisyah dahulu, umur 4 tahun lagi kakak Aisyah sendiri yang mahu. Pakai tudung, mengaji, puasa dan solat penuh, dari kecil.

Tetapi Aiyraa lain
Penuh dengan soalan. Why, why, why,

Penerangan Mommy pun belum menusuk kalbu dia lagi.
Aiyraa masih kecil.

Tapi Mommy tetaplah dakwah dia. Belikan tudung yang comel dan selesa. Pergi school dia pakai tudung juga. Slow-slow.

Time dia tak mahu, moody, tak selesa, taklah nak marah atau berdosakan dia.

Ada seorang Wanita Arab pernah berkata pada Mommy, “Anak perempuan, layan dia seperti Puteri ketika kecilnya dia. Satu masa nanti, dia akan penuh terikat dengan aurat dan kebebasan dia

Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak Di Zaman Kanak-kanaknya

Pernah juga ada seorang makcik menasihati Mommy. Katanya, “Biarlah kanak-kanak menjadi kanak-kanak di Zaman kanak-kanaknya. Apabila dia terlarang daripada perkara yang dia tidak terlarang, maka dia akan memberontak apabila dewasa

Penting untuk berikan kefahaman dan keikhlasan ketika kecil sebanyaknya. Bukan memaksa tanpa mereka mengerti apa keperluannya.

Risau sebaik dewasa dan sudah lepas daripada ibu bapa, terus nak rasa apa yang masa kecil tidak dirasa.

Yang telah jelas terhukum dosa pahala itu ialah kita yang dewasa, bukan mereka.

Mingguan Wanita : Bagus penjelasannya, kadangkala bila membiarkan anak kecil menikmati zaman princess nya. Sampai satu masa, bila dia sudah bersekolah dan bergaul dengan kawan-kawannya, dengan kefahaman yang ibu ayah berikan.. insyaAllah, dengan sendiri dia akan mula meminta untuk memakai tudung.

Sumber/foto : Khairunnisa Hamzah

Cari TUDUNG BUDAK PEREMPUAN di sini : https://invle.co/clc5k02

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI