Gantunglah rotan di rumah. Rasanya setiap rumah mesti ada simpan rotan. Bukan untuk hiasan tapi mungkin boleh digunakan bila anak-anak dah mula buat perangai dan tak dengar kata.
Bukan dengan gantung rotan untuk menakutkan anak tapi untuk mendidik dan inilah sunnah yang sangat bagus.
Antara pengisian oleh Ustazah Asni, gantunglah rotan di rumah, inilah berkat rumah ada rotan. Gunalah untuk mendidik anak supaya anak tahu ada king dan queen dalam rumah itu.
Jangan takut untuk pukul anak dengan rotan. Ingat, berkat rumah ada gantung rotan dan sunnah yang sangat bagus.
Mak ayah kena tunjuk rasa marah bila anak buat perangai, barulah dia respect dan tahu ada king dan queen dalam rumah.
Sebaliknya, jika mak tak guna marah itu, ia dalam proses melatih tuan dalam tumah.
Tapi, kalau nak pukul anak, janganlah sampai hancur rotan itu. Niatlah untuk mendidik dan ikut sunnah.
Ads
Ada banyak lagi sunnah dan tidak hanya dengan merotan. Sunnah dalam sayang anak, pujuk anak dan peluk anak.
Untuk video penuh, boleh dengan di bawah ini.
Mingguan Wanita : Baik macam mana pun seorang mak, kalau dah anak buat perangai, mahunya nak kena rotan juga. Tunjukkan king dan queen kita itu. Jangan sampai anak jadi tuan dalam rumah.
‘Adik merajuk sampai block WhatsApp.’ Kakak gigih tulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk adiknya. Benarlah air dicencang tak akan putus, begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik.
Hubungan yang rapat membuatkan seorang kakak sanggup lakukan apa saja demi menjernihkan hubungan yang keruh. Tentu adiknya cukup terharu melihat kesungguhan sang kakak dalam memujuknya.
Kasih seorang kakak! Apabila adik merajuk, sanggup menulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk.
Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ yang lalu.
Menurut laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan.
Difahamkan wanita berkenaan membuat keputusan untuk membuat surat itu bagi meluahkan rasa sayang dek kerana adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon di aplikasi WhatsApp.
Selain itu, surat itu dibuat agar hubungan mereka adik-beradik juga pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan Hari Adik.
Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya.
Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.
“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Adik pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.
“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.
“Maka saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg,” ujar Krishnapriya.
Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.
Ujarnya lanjut, mereka sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa membesar, mereka juga seperti kembar memakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.
Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.
Mingguan Wanita : Begitulah hubungan adik-beradik, menipulah kalau mak ayah tak pernah bergaduh dengan adik-beradik. Bergaduh macam mana sekali pun janganlah dibuat musuh, nama pun adik-beradik.
Hakikat sebegini amat pahit, tapi sekarang inilah realitinya. Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol jelaskan ketidakfungsian mak ayah dalam membentuk keperibadian anak-anak. Walaupun mereka membesar depan mata mak ayah.
Rosaknya anak, bukan semata disebabkan membesar dalam keluarga berantakan (broken family). Tetapi bila mana mak ayah tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing, anaklah jadi mangsa keadaan.
Dua kes yang dikongsikan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya pernah pergi melawat ke salah satu buah sekolah yang menempatkan kanak-kanak yang mengandung luar nikah. Ada 1 kes, dua orang sekali adik beradik yang dimasukkan ke situ.
Si kakak 15 tahun, sedang mengandung 7 bulan manakala si adik darjah 6 baru sahaja bersalin masa hari saya sampai.
“Mak ayah bercerai?”
“Taklah, ada je.”
Kami pun berbual lebih mendalam tentang kejadian 2 beradik yang sampai mengandung luar nikah tu. Iya, pergaulan bebas dan tidak diawasi mak ayah. Even ‘Projek’ pun dibuat di rumah sendiri.
Si ibu habis kerja waktu pejabat, terus malamnya berniaga. Tak sempat tengok perihal anak-anak. Si ayah, menganggur, duduk rumah tak buat apa sampai anak-anak buat projek di rumah pun tak diambil tahu.
Kes kedua.
Ketika saya buat field work kajian mengenai kanak-kanak dalam institusi tahanan. Salah seorangnya kanak-kanak yg ditangkap sebab curi motor.
“Macam mana sampai boleh nak curi motor tu?”
“ Ala, dah lama dah buat, kali ni plak kantoi. Ayah saya yg ajar saya. Tapi malam tu ayah saya tak kena pulak!” Nada macam tak puas hati.
“Mak ayah bercerai?”
“Eh taklah, mak ada je jaga adik-adik 2 orang. Malam kena tangkap tu mak bersalin”
“Tinggal kat mana?”
“Tinggal kat rumah setinggan tapak orang buat rumah tinggi tu”
2 kes saja dulu saya cerita daripada berpuluh-puluh responden kami. Dan soalan latar belakang keluarga memang kami kena tanya untuk buat analisa. Bila data keluar, those anak-anak yg bermasalah umumnya bukan daripada broken family jika broken itu ditafsirkan sebagai mak ayah bercerai berai.
Majoriti datang dari keluarga mak ayah yang ada depan mata dan tinggal bersama.
Sebagai peguam syarie, common sangat saya jumpa alasan tak sanggup nak bercerai takut nanti beri kesan buruk pada anak-anak.
Takut anak memberontak, anak tak menjadi, anak akan ikut jejak mak ayah yang kononnya failed parenting sebab bercerai. Tambah-tambah dengan isu yg sedang viral sekarang ini kesan daripada mak ayah bercerai.
Kawan-kawan, failed parenting tu bukan pada status hubungan mak ayah. Divorced or Married. Cukuplah refer balik 2 kes di atas untuk jadi contoh failed parenting.
Ada mak ayah depan mata tetapi tidak mampu mendidik. Dan ada mak ayah depan mata tidak mampu memberi teladan. Ada mak ayah depan mata tidak mampu sediakan keperluan asas untuk well being anak-anak.
Tinggal bersama tak semestinya ia lebih baik untuk anak-anak. Jika tinggal bersama tapi yg ditonjolkan akhlak yang buruk, perangai syaitan, ajar pulak anak perkara maksiat dan mungkar, hari-hari drama pertengkaran maki hamun antara mak ayah, WTH lah ini dikatakan ‘LEBIH BAIK?”
Bahkan inilah genuine failed parenting!
“Tapi, suami saya baik je dengan anak-anak saya. Dengan saya je dia jadi macam tu. Saya taknak pisahkan anak-anak saya dengan bapak diorang.”
Kak long, dah siapa suruh pisahkan. Yang berpisah tu mak ayahnya. Anak-anak tu bagi jelah unlimited access kat bapaknya. Ha nak bagi bermalam setiap minggu pun bagi lah. Kak long pi lah holiday ke me time ke.
Bezanya tak tinggal sekali je, nak jumpa nak overnight dengan anak-anak bagi jelah sekerap mana pun.
Giliran penjagaan anak ni boleh manage. Boleh atur. Tu belambak contoh divorced parent yang successfully maintain good relationship dengan anak-anak even masing-masing dah kahwin lain. Menjadi elok pulak tu anak-anaknya tu.
Ibu ibu bapa-bapa sekalian,
Yang broken family tu bukan pada divorced parent atau tak.
Broken tu apabila wujudnya dysfunctional parent even 24 jam depan mata anak-anak.
Mingguan Wanita :Bila selalu diabaikan, anak-anak akan buat macam-macam sebab harapannya nak bagi mak ayah nampak akan kewujudannya.
Keadaan ini biasa berlaku bila anak ambil ubat demam, batuk atau selesema, tak sampai 5 minit anak termuntah balik.
Sebenarnya, kalau anak muntah balik antara masa 5-15 minit, mak-mak kena redosing ubat itu. Sebabnya, penyerapan ubat dalam sistem badasn anak tidak berlaku,
Sebaliknya, kalau lebih anak muntah lebih daripada 30 minit selepas mengambil ubat, mak-mak tak perlulah redosing sebab ubat yang diambil tadi sudah diserap masuk ke dalam sistem badan anak.
Jadi, apa yang mak-mak perlu tahu adalah redose ubat itu jika muntah di bawah masa 5-15 minit semasa makan.
Mingguan Wanita: Baiklah selepas ini mak-mak tak perlu ragu-ragu untuk bagi semula ubat bila anak termuntah. Tapi pastikan melihat kembali masa anak muntah dan tempoh pengambilan ubat itu.