
Sakit dada, mungkin kita rasa ia sakit biasa saja dan bila duduk rehat ia akan reda dengan sendiri. Begitulah cara kita nak tenangkan hati agar tidak terfikir dengan perkara yang tidak baik.
Sedangkan kalau sakit dada yang serius dan kerap, jangan ambil mudah kerana ia membahayakan diri, lebih-lebih lagi bagi anda yang berusia 35 tahun ke atas. Mudah sangat ia menyerang.
Sampaikan bila dah tak sakit, terus tak jadi untuk dapatkan rawatan doktor. Kata hati, ia hanya sakit biasa saja. Jangan begitu.
Inilah yang dikatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang sakit dada yang merbahaya ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kajian Terbaru Dedah Makan ANGGUR Dapat Cegah Serangan Jantung, Strok!
Info Lebih Menarik DI SINI
Sakit Dada Menjurus Sakit Jantung
Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi (hypercholestrole) dan obesiti, serangan sakit jantung adalah punca utama.
Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius. Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.
Bila ianya merbahaya?
Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.
Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika :
1. Sakit dada menjadi lebih kuat
2. Sakit dada tidak berkurang dengan berehat
3. Sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress.
Maka dapatkanlah rawatan secepat mungkin. Pesakit yang mengalami sakit dada digalakkan terus ke hospital kerana kemudahannya lebih lengkap berbanding dengan klinik.
Mingguan Wanita : Jangan main-main bila sakit dada. Kena dapatkan rawatan daripada hospital cepat-cepat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Panaskan Makanan Dalam Microwave BUKAN Penyebab Kanser!

Microwave atau Ketuhar Gelombang Mikro boleh dikatakan merupakan perkakasan asas yang menjadi satu keperluan di dapur. Ia memudahkan kerja terutama digunakan untuk panaskan makanan. Namun ada yang beranggapan, apabila memanaskan makanan dalam microwave boleh mengurangkan nutrisinya. Malah ada juga yang ragu-ragu untuk menggunakan microwave ini kerana percaya mitos radiasi gelombang mikro yang dihasilkan boleh menyebabkan penyakit kanser.
Hakikatnya, ia TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan, malah bukan juga penyebab kepada kanser.
Untuk faham lebih lanjut, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
PANASKAN MAKANAN DALAM KETUHAR MICROWAVE
Ada ahli Makmal Makanan (MaMa) yang bertanya mengenai keselamatan dan nutrisi memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave). Dan bekas yang patut digunakan. Baiklah mari kita teliti yang berkenaan.
Apakah Yang Berlaku Semasa Kita Memanaskan Makanan Dalam Microwave?
Radiasi gelombang mikro (microwave radiation) akan diberikan kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat dengan daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.
Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi microwave ini tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ianya hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.
Maksudnya radiasi ini tidak mampu memutuskan ikatan kimia atau menukarkan sifat kimia (non-ionising) molekul-molekul ini. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur molekul sedia ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.
Bagaimana Makanan Menjadi Panas Dalam Microwave Berlaku?
Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul yang paling terkesan dengan radiasi microwave ini ialah molekul-molekul air (H2O).
Molekul air ini akan menyerap radiasi microwave tadi dan menyebabkan tenaga kinetiknya meningkat (bergetar). Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba kembali kepada kestabilan (tidak bergetar) dengan melepaskan tenaga yang berbentuk haba.
Tenaga haba ini akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu dan seterusnya menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan. Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan microwave ini akan menjadi sedikit kering.
Apakah Bekas Yang Sesuai Digunakan Dalam Microwave?
Bekas seramik, plastik yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas besi (terutamanya yang tebal) kerana ada potensi peningkatan gelombang tenaga dan boleh mencetuskan api kebakaran.
Tips Mengekalkan Lembapan (Air) Dalam Makanan Yang Dipanaskan Dalam Microwave:
– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau
– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.

Disamping itu, menurut Dr Fatimah lagi, penggunaan microwave juga tidak menyebabkan kanser.
Baca Lagi Di Sini:
Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!
Cara Mudah Bersihkan & Wangikan Microwave Hanya Guna 2 Bahan!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jangan ragu-ragu untuk beli dan gunakan microwave bagi memudahkan urusan ketika di dapur. Ia TIDAK mengurangkan nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan, malah bukan juga penyebab kanser.
Sumber: Makmal Makanan (MaMa)
Follow Telegram Himpunan Survivor Kanser Mingguan Wanita untuk mendapatkan info berkaitan : https://t.me/himpunansurvivorkansermw
Susah Dapat Anak Tak Semestinya Kena Buat IVF, PENTING Jumpa Pakar Fertiliti Dulu!

Setiap pasangan berkahwin pastinya inginkan kehadiran anak sebagai pengikat kebahagiaan dalam rumahtangga dan penyambung keturunan. Namun, bukan semua pasangan ‘bertuah’ mudah nak dapat anak selepas kahwin. Ada suami isteri yang dah usaha bertahun-tahun, dengan pelbagai teknik dan cara namun rezeki untuk dapat cahayamata sendiri masih belum tiba.
Pasangan sukar mendapat anak adalah disebabkan pelbagai faktor dan ramai yang anggap bila sukar dapat anak, penyelesaiannya ialah KENA buat IVF. Hakikatnya, ia kurang tepat. Sukar dapat anak tak semestinya kena buat In-vitro fertilization (IVF), tak perlu takut dan segan, paling PENTING berjumpa dengan Pakar Fertiliti dahulu untuk mendapatkan nasihat dan melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti keadaan kesihatan.
Ini kerana, setiap masalah kesuburan individu adalah berbeza. Ada pasangan yang berjaya dapat anak, hanya memerlukan ubat-ubatan, rawatan hormon, teknik, tahu waktu ‘subur’ yang tepat dan sebagainya atas nasihat doktor. Tak perlu teruskan proses IVF pun.
Segera Lakukan Pemeriksaan & Dapatkan Rawatan
Dr Norazlin Rosli, Pengarah Perubatan, Pakar Fertiliti & Sakit Puan, Pusat Kesuburan SOPHEA menjelaskan pasangan berkahwin tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Jangka tempoh ‘menunggu’ satu tahun selepas berkahwin untuk mendapat anak secara semulajadi tidak berjaya, sudah boleh berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya.
“Sebenarnya masalah kesuburan boleh ditakrifkan bila dah satu tahun berkahwin, kerap melakukan hubungan suami isteri dan cuba mendapatkan anak namun tak berjaya, dah boleh dapatkan rawatan kesuburan. Tak kiralah umur berapa pun.”
“Sila datang berjumpa doktor. Kita akan lakukan pemeriksaan dahulu, lihat masalahnya berpunca dari siapa, sama ada isteri atau suami. Namun majoriti berpunca daripada kedua-duanya,” ujar Dr Norazlin.

Keperluan Lakukan IVF
Hakikatnya perlu tahu bukan semua orang perlukan IVF, ia bergantung pada masalah yang dialami seperti tiub fallopio tersumbat berpunca daripada jangkitan kuman, sperma tak aktif dan sebagainya barulah memerlukan prosedur ini.
“Perlu tahu tak semua orang perlu melakukan IVF. Ada treatment yang isteri tak ovulasi (mengeluarkan telur setiap bulan) jadi kita bagi ubat je, jadi tak perlukan IVF. Ada juga yang sperma tak aktif (kurang berenang) jadi perlukan rawatan IUI je.”
“Kaedah IVF diperlukan apabila masalah tiub fallopio tersumbat, sperma kurang dan tidak aktif yang memerlukan suntikan ke dalam telur (ICSI) , tanpa mengira peringkat usia. Tiub fallopio tersumbat biasanya berpunca daripada jangkitan kuman dan ‘silent’ iaitu tiada simptom. Kita tak tahu pun puncanya. Pembedahan lama mahupun apa-apa pembedahan yang masuk dalam perut dan akan berlaku radang iaitu proses penyembuhan akan ada parut dan ia juga boleh sebabkan tiub bermasalah dan selalunya jangkitan,” jelas Dr Norazlin.
Faktor Umur Pengaruhi Potensi Hamil IVF
Tambah Dr Azlin lagi, hampir semua wanita sesuai untuk melakukan IVF namun peringkat umur mempengaruhi pengeluaran dan kualiti telur yang dihasilkan. Mendapatkan rawatan pada usia lebih muda, potensi untuk berjaya hamil lebih besar.
“Hampir semua wanita sesuai buat IVF, kecuali wanita yang umurnya sangat lanjut, selalunya selepas umur 45 tahun. Kekangan dan masalah yang paling utama adalah kekurangan kuantiti dan kualiti telur, kerana ia terhad.”
“Setiap bulan wanita akan berovulasi, mengeluarkan telur. Wanita pada usia selepas 35 tahun, kualiti dan kuantiti telurnya akan turun mendadak. Pada usia 35 hingga 40 tahun masih boleh buat IVF namun masuk usia 44 tahun peluang untuk hamil tu turun mendadak, telur pun dah tua dan biasanya susah sangat nak berjaya. Kurang dari 10 peratus.”
“Selalunya pesakit saya yang datang selepas usia 44, saya tak galakkan untuk buat IVF.“
“Telur perempuan adalah terhad dan kualitinya berkurangan mengikut umur.Lagi cepat tampil buat rawatan dan pemeriksaan adalah lebih baik dan berpeluang lebih besar untuk dapat anak,” ujar Dr Norazlin.
Tempoh Melakukan IVF
Ramai yang menganggap tempoh waktu melakukan IVF lama dan memakan masa berbulan-bulan. Hakikatnya, jika segalanya berjalan lancar ia hanya memerlukan tempoh 4 minggu iaitu satu kitaran haid untuk disahkan berjaya hamil. Namun demikian, buat IVF ada cabarannya tersendiri, ada pelbagai ‘halangan’ dan bergantung masalah yang perlu dilalui individu sepanjang tempoh tersebut yang menentukan proses kehamilan berjaya atau tidak.
“Buat IVF tak lama, bermula daripada jumpa doktor pada hari kedua atau ketiga ‘period’ dan memulakan proses stimulasi. Iaitu melakukan injection setiap hari. Biasanya pada hari ke 12 setelah stimulasi, kita dah kutip telur. Namun ia bergantung juga pada keadaan saiz telur tersebut sebelum dikeluarkan “
“Pesakit perlu datang untuk scan saiz telur telur tersebut, sebagai refleksi telur tersebut benarbenar matang atau tidak untuk disenyawakan pada hari yang sama didalam makmal. Kita akan lihat berapa banyak telur dikutip dan berapa banyak embrio yang ada. Kadang-kadang ada yang kita transfer 3 atau 5 hari ke dalam rahim selepas telur dikutip” terang Dr Salleha Khalid pula.
Jelasnya lagi, selepas melakukan prosedur ini, wanita tak perlu baring atau ‘bed rest sahaja. Perlu pergerakan untuk memastikan perjalanan darah berjalan lancar. Namun demikian perlu berpada-pada dalam melakukan pelbagai aktiviti.
Dari segi pemakanan pula, pastikan makan makanan yang sihat dan seimbang, suplemen seperti asid folik, vitamin dan sebagainya kecuali jamu yang tidak diketahui kandungan bahannya.

Persediaan Melakukan IVF
Sebelum melakukan IVF, kena bersedia dari segi pemakanan seimbang, gaya hidup sihat, melakukan senaman pada masa yang sama mental, fizikal, emosi, sokongan dari suami dan spiritual sangat penting.
“Pada masa yang sama, berat badan juga memainkan peranan yang sangat besar. Kalau terlalu kurus, badan akan rasa tak berapa sihat untuk hamil dan mengganggu kesuburan. Kalau terlalu berat, bila inject ubat ia akan menyerap pada lemak sahaja dan tak sampai ke saluran darah dan ovari. Suami isteri bila mempunyai berat badan berlebihan, kesuburannya akan menurun,” tambah Dr Norazlin.
Bandingkan Harga Keseluruhan Dan Rawatan
Pesanan buat pesakit juga, sebelum memilih tempat untuk melakukan prosedur IVF, sebaiknya bandingkan harga, servis rawatan, keselesaan, pengalaman doktor, kredibiliti makmal yang ditawarkan. Pastikan ia berbaloi tanpa kos yang tersembunyi.
“Ramai pasangan yang bila nak buat IVF, mereka akan ‘survey’ dahulu harga dan bandingkan dengan beberapa tempat yang lain. Sebenarnya selain harga, penting juga kena tahu dan bandingkan apa yang kita dapat dengan harga tersebut. Adakah berbaloi? Kena bandingkan pakej ini dan itu, kenapa yang ini murah? Kenapa pakej yang itu mahal?” jelas Dr Salleha.
“Sebagai contoh ramai yang tak tahu apa yang berlaku didalam makmal. Ada yang menawarkan harga murah namun tidak mendapat certified International body dan tidak mengikut prosedur standard antarabangsa. Atau ada harga-harga tersembunyi yang tidak dinyatakan memerlukan tambahan kos kemudian. Yang mana akhirnya, harganya sama atau lebih mahal. Seharusnya tengok pada kos keseluruhan, makmal dan berapa kes yang telah dibuat.” tambah Dr Norazlin pula.

Paling penting jika ada masalah sukar dapat anak, berjumpa dengan Pakar Fertiliti & Sakit Puan dahulu. Lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor. Tak rugi pun berjumpa doktor, berbanding terus ‘menunggu’ dan ‘menanti’ bertahun-tahun untuk hamil, TANPA sebarang usaha dan tak diketahui punca dari segi kesihatan.
Boleh buat temu janji dan berjumpa Pakar Fertiliti & Sakit Puan dahulu. Pilihlah pusat pakar rawatan kesuburan bertaraf antarabangsa yang serba lengkap, dapat melakukan prosedur dalam keadaan selesa, serta mengikut garis panduan Islam seperti Pusat Kesuburan SOPHEA ini.
Untuk melakukan Intra-uterine Insemination (IUI) hanya RM2,200 manakala jika memerlukan prosedur rawatan IVF pula, harga pakej yang ditawarkan bermula RM16,800 (Dari stimulasi sehingga proses hamil).

Keistimewaan Pusat Kesuburan SOPHEA
- Pusat Kesuburan SOPHEA merupakan sebuah pusat pakar kesuburan lengkap yang memberikan servis daripada semua jenis pemeriksaan kehamilan kepada semua jenis rawatan kesuburan yang diperlukan.
- Menariknya, ia dikendalikan oleh satu pasukan kesuburan yang terdiri dari kaum WANITA supaya pesakit merasa selesa dan tak rasa segan untuk melalui proses-proses ujian dan rawatan yang diperlukan.
- Segala prosedur di sini dilakukan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak, mengikut “Maqasid Syariah” serta berlandaskan prinsip dan rukun Islami tanpa perlu ragu-ragu.
- Mempunyai kepakaran yang bertaraf antarabangsa, SOPHEA menggunakan teknik-teknik dan teknologi terkini sejajar dengan perkembangan pesat di dalam bidang fertiliti.
Pusat Kesuburan SOPHEA
106 Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline: +6016 739 5006
Tel: +603 7622 8622
Email: info@sopheafertility.com
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 7:30am – 5:00pm
Sabtu: 7.30am – 1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari;
Website Pusat Kesuburan SOPHEA https://www.sopheafertility.com/
Facebook Sophea Fertility https://www.facebook.com/sopheafertility/
Instagram sophea_fertility https://www.instagram.com/sophea_fertility/?hl=en
Ini Sebabnya Pengambilan Cuka, PUNCA Gastrik Teruk & Pendarahan Dalam Perut!

Tidak dinafikan pengambilan cuka mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya dari sudut kesihatan. Ramai yang mengamalkan minum cuka sebagai suplemen tambahan didalam pemakanan seharian. Namun terdapat dakwaan bahawa pengambilan cuka berterusan boleh menyebabkan gastrik yang teruk, penghakisan dinding perut serta pendarahan dalam perut.
Hapuskan Rumput Liar Di Halaman Rumah, Guna Cuka & Sabun Pencuci Saja! Jimat Lagi Berkesan
Untuk fahamkan lebih jelas baca perkongsian daripada Dr Noorul Amin A Rahman ini sebagai rujukan;
BENARKAH CUKA MEMUDARATKAN KESIHATAN ?
Pengambilan cuka dikatakan boleh sebabkan gastrik yang teruk dan penghakisan dinding perut dan dinding esofagus yang boleh menyebabkan pendarahan perut.
Cuka juga dikatakan kononnya tiada bukti klinikal ianya bagus untuk kesihatan
Cuka, Sebaik-Baik Lauk
Perhatikan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah (hadis nombor 3309 dalam kitab Sunan Ibn Majahh.
Ummu Sa’d ra berkata, “Saat Rasulullah SAW menemui Aisyah RA aku sedang berada di sampingnya, beliau bertanya: “Apakah ada makanan?”
Aisyah menjawab, “Kita hanya memiliki roti, kurma dan cuka.”
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik lauk adalah cuka. Ya Allah, berkatilah cuka, sesungguhnya cuka adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak dikatakan fakir rumah yang di dalamnya terdapat cuka.”
Cuka adalah sebaik-baik lauk menurut Nabi SAW dan ia juga merupakan lauk kepada para Nabi sebelum Rasulullah. Nabi SAW berdoa kepada Allah swt supaya cuka diberkati. Nabi SAW juga menjamin penghuni rumah yang ada cuka tidak akan menjadi fakir miskin.
Betul Ke Selamat Minum Cuka Epal Untuk Kurus, Sila Baca Jawapan Doktor Terang
Punca Gastrik & Pendarahan Perut
Jadi apa isunya dengan cuka ? Kenapa ramai dapat gastrik dan pendarahan perut kerana pengambilan cuka ?
Jawapannya ialah cuka komersil (cuka kurma, epal dll) yang dijual di kedai-kedai mempunyai kandungan asid asetik yang sangat tinggi iaitu di antara 10% hingga 12%. Kandungan kadar asid asetik yang sangat tinggi ini boleh menghakis dinding perut dan menyebabkan gastrik dan pendarahan perut.
Tetapi sekiranya kita buat sendiri cuka di rumah (home made vinegar) paras asid asetiknya sangat rendah iaitu sekitar 4% hingga 5%.
Kelebihan Cuka
Terdapat banyak kajian klinikal telah dijalankan membuktikan kehebatan kesan cuka ke atas kesihatan manusia. Dr Carol Johnston dan Dr Cindy Gaas dari Arizona State University, Amerika Syarikat membuktikan dalam kajian mereka bahawa cuka mempunyai kesan berikut :-
1. Cuka mempunyai kesan antibiotik semulajadi.
2. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan tekanan darah.
3. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
4. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan risiko kanser.
5. Pengambilan cuka secara berterusan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Ketahui Kandungan Paras Asid Asetik
Sekiranya anda tidak tahu cara membuat cuka di rumah, pastikan anda membaca label di botol cuka untuk mengetahui kandungan paras asid asetik. Pastikan kandungan tidak melebihi 4-5%.
Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila doktor-doktor Muslim di Malaysia menentang penggunaan cuka oleh pesakit mereka tetapi Nabi SAW dan saintis/doktor Barat menggalakkan pengambilan cuka disebabkan oleh kesannya yang menakjubkan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rebut kelebihan cuka sebagai supplemen tambahan dalam pengambilan makanan harian.Namun pastikan faham baca label pada botol cuka dahulu, pastikan paras asetiknya tidak melebihi kandungan yang dibenarkan bagi mengelakkan kemudaratan pada tubuh badan.
Hapuskan Rumput Liar Di Halaman Rumah, Guna Cuka & Sabun Pencuci Saja! Jimat Lagi Berkesan
Cara Berkesan Elak Kucing Buang Najis Merata Di Rumah, Guna Cuka & Pelembut Pakaian!