Untunglah siapa yang suka amalkan makan buah anggur kerana banyak khasiatnya untuk kesihatan diri. Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Sepasukan penyelidik di California, Amerika Syarikat menguji teori tersebut dengan memberi 19 peserta kajian sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari.

Bantu Kuatkan Sistem Imun

Selepas empat minggu penggunaan anggur, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.

Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.

Turunkan Kolestrol

Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.

IKLAN

Makan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang memainkan peranan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.

Kajian baharu tersebut diketuai oleh Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan Universiti California, Li Zhaoping dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient.

“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.

“Kajian ini turut mengukuhkan lagi manfaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li.

Baca Lagi Di Sini:
Ketahui Risiko Jantung Bermasalah Menerusi Pemeriksaan Sendiri Ujian Ibu Jari!

IKLAN

Petanda Awal Jantung Bermasalah, Ramai LAMBAT Sedar & Tak Ambil Peduli!

Petua Jaga Jantung Sihat Amalkan Minum Jus Tomato Selalu

IKLAN

Mingguan Wanita: Banyak khasiat amalkan makan buah anggur ni. Boleh turunkan paras kolestrol sekaligus mencegah penyakit jantung dan strok.

Sumber: Kosmo, Daily Mail

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI